Isnin, 27 Julai 2015

cornflakes madu

satu2nya kuih Raya paling simple tahun ni yg saya buat bersama anak2 tercinta.

cornflakes madu.

Bahan:

Cornflakes
marjerin
6 sudu madu
kismis
choclate rice
2 sudu gula

Cara:
1)satukan kismis dan cornflakes di dalam satu bekas.
2) Panaskan marjerin,madu dan gula...
3) Campurkan bahan yang dipanaskan tadi ke dalam bekas cornflakes.
4) Gaulkan sehingga sebati.
5) masukkan ke dalam cup2 kecil menggunakan sudu.
6) Bakar seketika.

Sangat mudah. Malam ni nak kena buat semula sbb anak2 minta nak bawa ke jamuan Aidilfitri sekolah.

Jumaat, 24 Julai 2015

Puding Roti kuah kastard

Alkisahnya... Insyirah nak makan roti.. ajak umi masak2....

Memandangkan roti dekat nak expired dah... bahan pun ada.. so, try buat puding roti sos kastard. First time try nih.. hihii...

yang dah siap dibakar...guna pemanggang ajaib ja...

sos kastard...

ha.. nak makan...potong roti dan curahkan sos kastard ni atas roti tadi...
Senang rupanya.. 
Mak saya kata sedap. Beli dekat mana? hihihii

6 keping roti dicarik2...
kismis.
2 biji telur
susu segar
1 sudu gula

bahan untuk sos:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula

Untuk sos... masak semua bahan sehingga pekat.



Isnin, 6 Julai 2015

popia

Alkisahnya.. aku pergi bazar ramadhan..
tetiba teringin nak mkn popia...
tp bila tgk harga popia tu 4 biji rm2.. aku rasa mcm mahal sbb popia tu kecik je,

balik terus beli bahan nak buat popia....
tp tak terbuat2 sampai seminggu jugak la...
sebelum  bahan layu.. terpaksa gagahkan diri jugak la buat popia ni,,,

ha... mula2 parutkan carrot dan sengkuang.
kemudian tumis menggunakan bawang merah...masukkan isi ayam yang dicincang halus. Tapi aku tak masukkan ayam sbb mertua tak makan ayam..so aku gantikan dengan ikan bilis yang ditumbuk halus. kemudia perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam... sejukkan sebentar.


buka satu persatu kulit popia... kulit popia ni aku beli ja kat giant....
susun inti yang kita masak tadi macam ni.. dan gulung....
kemudian goreng dlm minyak yang panas.


ha.. dah siap goreng popia ni... 
tapi aku heran kenapa dia serap minyak..
mungkin sbb minyak tak mau panas sgt.. aku dah kuatkan api.. tp api slow ja...gas nak habis agaknya...
bila lama sikit popia ni jadi lembik... hhuhu..





sotong percik

ni menu sahur yang keberapa tah... tak pati..sbb tak sempat nak update... bz sikit.


nasib baik la ada jugak pemanggang ajaib ni... boleh gak panggang di pagi yang gelap gelita...

meh nak syer resepi...
kot2 nanti aku teringin nak buat lagi..refer blog ni je...


bahan:
8 tangkai cili kering
1 tangkai cili hidup
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 btg serai
daun limau purut.
air asam jawa
minyak utk menumis

cara:
semua bahan dikisar kecuali daun limau purut dan asam jawa...
tumis bahan kisar....
masukkan asam jawa..
perasakan dengan gula dan garam...
masukkan hirisan daun limau purut . Kalau ada daun kunyit.. boleh masukkan hirisan daun kunyit...
masak biar pekat...

susun sotong yang telah digaul bersama garam ke dalam pemanggang ajaib.. curahkan kuah tadi ke atas sotong dan panggang dalam 5 minit.