Khamis, 25 Jun 2015

sahur ke 7 ~ nasi goreng pataya~

pening memikirkan nak masak apa.. senang2 buat nasi goreng je la...
pagi tadi lepas masak nasi goreng tgk mcm ada masa je lagi./.. nasi goreng biasa bertukar kepada nasi goreng pataya... :-)
ha ni dia....nasi goreng pataya... ada gaya boleh buka restoran masakan Thai tak? kikikiki

3 pinggan nasi goreng pataya siap!...
Alhamdulillah.. lega hati bila tgk pinggan masing2 licin hari ni....

Untuk hiasan, saya pakai sos cap mudim je... senang picit terus, tak payah letak dlm bekas lain dah.


Rabu, 24 Jun 2015

Paprik sotong sakitnya tuh di sini

Menu Sahur ke 6
kenapa aku bagi nama sakitnya tuh di sini?
sbbnya sorang pun tak sentuh.. aku sorang je yang mkn.. sakit hati tau...
Irfan tak suka sotong.. abahnya pulak tak nak mkn yang berminyak. sakit dada katanya...
Tapi kalau buat menu berbuka mesti habis ni.

paprik sakitnya tuh disini.

 diorang mkn ni je...
ayam goreng tepung.

JOM NAK SHARE RESEPI PAPRIK SOTONG NI..

BAHAN:
6-7 Ekor sotong
bawang merah
serai
carrot/putik jagung/kobis bunga
tomato
daun limau purut
1 sudu paste tomyam
sos cili
sos tiram
sedikit gula

cara:
1) Tumis bawang merah...
2) masukkan paste tomyam... sos cili dan sos tiram.
3) masukkan serai yang dititik
4) masukkan sedikit air kemudian tambah daun limau purut yang dicarik2.
5) masukkan sedikit gula...
6) bila dah mendidih, masukkan sotong.
7) masukkan carrot dan tomato. sedia untuk dihidang,

Tak sampai 10 minit. mudah kan? :-)

Selasa, 23 Jun 2015

Cuti sekolah, Teluk batik

salam.. ni cerita masa cuti sekolah hari tu sebenarnya.. bz bebenor  tak sempat nak mengupdate...
Mcm  biasa.. kami selalu membuat percutian yang tak dirancang,,,,
Pagi telefon hotel, ada kosong.. terus packing baju masuk kereta dan p jalan2...
Budak2 ni  tak de tempat lain dah.. asyik Teluk Batik, Lumut ja.. nak mandi pantai.



Alhamdulillah... dapat jugak la katil super single + single ni... gabung 2.. muat la kami anak beranak.

Hotel ni senang, dah 2 kali kami duduk sini, bawahnya ada 7Eleven.. Berdepan dengan tu boleh nampak flat TLDM.

Petang2 bawa jalan dekat persisir rehat Lumut ni...


Gambar mandi kat Teluk batik tak ambil sbbnya aku nak mandi dengan tebnang tanpa pegang henset.
Sungguh.. puas rasanya... dapat mandi air laut.


Isnin, 1 Jun 2015

peraduan mewarna sempena karnival amal hari penyayang

umi ambil cuti sbb nak bawa Insyirah masuk pertandindingan mewarna. Sekolah insyirah hantar wakil mewakili taska JHEIK. Lagipun hari jumaat kan..abah ada kerja..umi lah yg kena drive. Nasib baik ada parking.



tu..insyirah bersila dekat lantai. banyak org bawa meja. ooh tak pe, tahun depan kita usung meja ya syg...

abang Irfan dan kak Athirah pun join sekali. kebetulan pendaftaran masih dibuka. berkat kesabaran mak ngah irfan beratur nak daftar...boleh gak diorang join. yuran rm3 ja.


tgk budak depan ni..dengan meja siap dengan kipas lagi. cayalah!

balik awal..x sempat nak tunggu result sbb dok tau dah x menang. Insyirah asyik dok nangis dalam tu, Umi nak masuk pun x boleh..last sekali tanya dia kenapa nangis,, sakit perut lapar katanya.. hadoi... ingatkan apa...urusetia dah bg beg sorang satu ..dalam tu ada roti dan air kotak. dia tak perasan la tu. dekat tgn umi pun ada makanan tp x boleh nak masuk bg..sorry ya sgt..my careless.