Jumaat, 27 Februari 2015

grill rumah

Assalamualaikum.

baru siap pasang grill untuk satu rumah.
Mula2 ada 3 design yang dok teringin..

Design 1: Bunga menjalar mcm ni...nampak meriah je...

Design 2: Simple dan cantik comel je...

Design 3: Paling simple
 Akhirnya.. pilih punya pilih... tanya pendapat kawan2 Decor.. satu pun aku tak ambik... Aku dan en suami pilih design ni.. Simple dan tak sarat.

Ha.... Siap pasang petang semalam. dari pukul 12 tghari sampai pkl 5.30 ptg baru siap.
Tapi kunci tu nampak mcm bawah je kan... kalau dari luar elok2 la...budak boleh buka sendiri.

Ni grill untuk pintu dapur. Bawah sekali letak 1 plate je.. senang... kucing, ular tak masuk.

tingkap bilik no 2, Tingginya... yg ni org tak pasang lansir la kot nooo...

Untuk tingkap... simple mcm ni ja...

Encik suami mai pantau kerja pemasangan.

Yang ni pulak pintu grill rumah jiran sebelah.

Kos pasang Grill 4 tingkap dan 2 pintu termasuk lubang angin bilik air Adalah RM2000.

Paling Frustt.... Tanya jiran sebelah..dia punya kos RM1200 jer...

Gulp... beza kat mana ye??

Bila ditanya pendapat... ada yang mengatakan material yang digunakan mungkin berbeza.

Dia buat dekat cina... Aku buat kat org Melayu.

Mungkin itu rezeki dia...

Semoga rezeki aku pun akan ada juga... :-)













Rabu, 25 Februari 2015

bila mok cik mula bershawl

erm... tetiba tgk dlm laci byk juga shawl mok cik ni.
dalam 2 tahun gitu...tp aku lebih suka pakai tudung yg biasa ala2 mak cik nak pergi pasar tu..senang tak yah belit, tp skrg shawl pun dah senang. instant. sarung ja... lagi mudah tak payah belit jerut bagai. godek2 tab jumpa gak gambar selfie hegeh2 ni. tangkap ja gambaq sbb nak tgk ok ke tak tudung. tp x letak dlm fb la... malu aihh mok cik. nanti org kata dok perasan sorang2 plak. dalam ni tak pa... hanya pembaca2 yg dok follow ja baca. :-)

Sekian, edisi hegeh untuk hari ini.



Rabu, 18 Februari 2015

tabung suka suka

Alhamdulillah....
Hari tu terbaca bagaimana kita nak menabung.

Ada yang kumpul duit rm5. ada yang kumpul rm20.
Aku pun cuba nak buat.
Aku target nak beli console table.
So... cari balang kuih macam ni. buat label "meja console"
Bila tgk duit lebih sikit.. aku masuk dlam tabung ni agak tak terasa sgt . Pejam sebelah mata..
Sedar2 duit dah cukup.
Boleh la beli meja console pujaan hati.

tapi tabung aku ni aku namakan bukan tabung hijau, bukan tabung oren tapi tabung warna warni. hihii...


ha.. ni lah rupanya meja console pujaan hatiku. Mulanya teringin yang warna putih..nampak style modern. Tapi memandangkan suami aku lebih suka kayu kayan..so aku pilih untuk beli kayu jati je la... masuk sikit dengan kabinet TV. Tak lari konsep sangat. tidak ni jadi caca merba pulak.

So.. untuk harga meja tu harga dia RM235. Tapi aku tawar p tawar mai.. dapat la harga rm215. Kira ok la kan???

Dok ingat nak letak pasu bunga atas tu... tp bb Izzan asyik dok sorong tarik je laci tu... mcm kena lupakan hasrat nak mendekor rumah.

Kesimpulannya disini: Best jugak no buat tabung gini...

Mari menabung.




Selasa, 17 Februari 2015

pokok bunga kertas

cuaca panas mcm ni tgk bunga kertas cantik2 ja.
so. aki teringin juga nak bela bunga kertas ni. dekat rumah dah ada sepokok yang dulu aku rembat pokok biras aku. tp colour dia tak berapa cantik...ungu pudar gitu.
so baru ni p nursery beli sepokok lagi.


ha... yang ni aku beli sepokok ni rm7. dah ada 2 kuntum bunga. Daun corak batik.
tanah tu sepaket rm2.50 dan pasu rm5.
hi... tak sabar nak kumpul banyak lagi pokok yang berlainan warna.
jom layan gambar yg aku google...







Isnin, 16 Februari 2015

rumah aku

Alhamdulillah.
Rumah dah boleh diduduki.
Harap2 ada penyewa yang bertanggungjawab.. Boleh la cover duit bayaran bulanan sikit.
 Walaupun  rumah ni kecil, inilah  saja harta yang aku boleh dan mampu beli kat dunia ni pun.
Mungkin juga untuk diwariskan kepada anak2.

Grill belum pasang,
Api dah masuk.
Air pun dah masuk.
Kipas, lampu dan wiring tambahan pun belum buat,