Jumaat, 28 November 2014

Denggi Menyerang, tips untuk sembuhkan denggi

Assalamualaikum...

Kes Denggi semakin menjadi jadi jadi.
Sebelum ni kami dekat kampung nyamuk berkoyan2 pun tak de masalah denggi... cumanya dah terkena kuman yang nyamuk denggi bawak la kan...

Alkisahnya.. adik perempuan aku bersalin. So, kami pakat pakat pergi melawat dekat hospital. Dalam dok tunggu nak discaj wad..kami ke taman permainan yang terletak dalam kawasan hospital.. Time maghrib.. mmg  waktu nyamuk keluar la kan... Tengah anak2 aku dok seronok bermain, mak dan adik aku cakap... nyamuk byk gila ni... habis dah kaki kena gigit nyamuk..
Balik rumah.. tgh mlm tu aku terus menggeletar... rasa seram sejuk mcm nak demam...

2 hari lepas tu aku demam...rasa tak larat sgt2. baby pun ikut demam.
5 hari lepas tu adik aku pulak demam teruk. pergi klinik , tambah air...kemudia pergi klinik lain pulak... rasa nak pengsan, terus doktor cek... gula dalam darah down...doktor terus buat surat suruh check kat spital.

Adik aku disahkan Denggi..

Hati aku pun lagi la risau.. sbb kami sama2 demam... tambah lagi risau.. baby pun demam...
Kemudian kawan2 cadangkan suruh makan sup ketam nipah dan air daun betik.
Masa adik kat hospital... mak bawakan sup ketam nipah ...dan air daun betik ni...
Alhamdulillah.. sehari lepas tu dah boleh keluar wad.

boleh senyum lagi kat wad...ni hari sebelum dia teruk..

Aku yang dah semakin cuak ni pun tiap2 hari mak bekalkan sup ketam untuk aku dan baby makan... Alhamdulillah... kami dah beransur pulih... mungkin aku demam biasa2 saja...

Kawasan rumah mak aku kementerian kesihatan dah mai sembur ubat nyamuk tu.. (fogging)...
Mlm tu nyamuk makin banyak... bukan makin kurang.. sebelum ni nyamuk tak byk pun.. terus banyak... keluar dari celah2 hutan  gamaknya..

Yang aku heran, kenapa tak gi sembur kat kawasan hospital jugak.. sbb aku pasti gigitan nyamuk aedes tu berpunca dari kawasan hospital jugak..

So... kepada kwan2 dan ahli keluarga boleh la try sup ketam nipah dan air daun betik ni ya.... kita cuma usaha... disamping minum air masak banyak2 dan minum juga air 100 plus. Klu ada performance drink Shaklee pun bagus!.

untuk resepi sup ketam nipah rujuk sini Sup Ketam Nipah

untuk daun betik rujuk sini 

Selamat mencuba  dan semoga cepat sembuh ya...



Isnin, 17 November 2014

Masak Lemak cili Padi Ikan Patin


Mak mertua bagi Ikan Patin, So.. aku buat  Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin.

Kalau ada tempoyak lagi sedap kot!

 Resepi

Bahan2

1 Ekor Ikan Patin yang telah disiang
serbuk kunyit. Kalau ada kunyit hidup lagi bagus.
daun kunyit
santan
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 batang serai diketuk
2 keping Asam Keping
Garam


Cara Masak

1) Ikan dibersihkan dan dikisar bersama asam limau/cuka/asam jawa sehingga hilang bau hanyir
2) Masukkan santan cair.
3) Blender cili padi + bawang dan masukkan kedalam santan... sentiasa kacau dengan api yang sederhana.
4) Masukkan serbuk kunyit dan asam Keping.
5) Bila santan agak masak, masukkan ikan.
6) perasakan dengan garam.

hoho.... tak reti nak masak masakan org Pahang ni,.

Isnin, 10 November 2014

Mee Hailam

Mlm td tak rasa nak mkn nasi...
Tengok dalam peti ais ada mee, jadi ambil keputusan untuk masak mee yang berkuah.
Maka jadilah mee Hailam.


Kalau ada udang lagi sedap tapi minggu ni dalam peti ais tak ada udang, Maka gunakan apa yang ada saja...
Budak2 pun boleh makan.