Kata pengasas Air Asia, Dato' Tony Fernandes, budak sekolah ajarkan mereka bermain dan berkawan dengan bersungguh-sungguh!
Apa maksudnya?
Pendidikan pagi sehingga malam, dari sekolah, tuisyen dan kelas di rumah itu jangan sampai membunuh sifat manusia mereka dalam kedua-dua elemen itu.
Itulah insuran sosial mereka, belajar membina hubungan tanpa kepentingan.
Apabila mereka dewasa mereka tahu membina rangkaian yang berkualiti dalam kerjaya.
Bukan menjadikan mereka robot mencipta banyak A dan pandai mengalahkan budak lain dengan jumlah A.
Situasi itu sudah kita lihat di pejabat, sesama pekerja bersaing mengalahkan dan menekan orang lain melalui pangkat dan pendidikan yang dimiliki.
Pada zaman universiti, kita boleh kira dengan jari, berapa ramai pelajar IPT yang memberi salam dan senyum kepada para kakitangan yang membersihkan kelas, membuang sampah makanan pelajar di kafeteria, apatah lagi memohon izin mereka melintasi di hadapan ketika mereka sedang bekerja.
Itu tanda-tanda kegagalan pendidikan insuran sosial.
Memberi salam kepada mereka yang memberikan CGPA tetapi bukan yang mencuci kelas untuk keselesaan pelajar itu sendiri.
Apabila memasuki dunia kerja, memohon kerja dengan gaji tinggi seolah-olah memberitahu, "Nilai saya tinggi..."
Hakikatnya kegagalan mereka sangat besar ditampung dengan nombor yang cantik pada CGPA sahaja. Ditambah lagi input dalam fikiran pun tidak dapat mencerna idea baru yang memberi nilai ganda 200 peratus kepada organisasi.
Ujian adab dengan 'makcik cleaner' di universiti pun tidak lepas!
Kerana pada waktu kecil ibu-bapa memberi beban pendidikan individu berbanding pendidikan komuniti.
Selepas bersara daripada jawatan tinggi, mereka tidak ada kawan yang betul-betul di sisi mereka.
Jgn meninggi diri krn tanpa yang dibawah kita takkan berada diatas.
Jgn sombong krn hidup kita ini saling memerlukan serta lengkap melengkapi.
Apa yang saya perhatikan, Kebanyakan pelajar yang baru masuk universiti sudah nampak kesombongannya.
Tp tak kurang juga yang masih hormatkan org sekeliling. Bukan susah pun nak hulur senyum....hurmmm...

Apatah lagi rakan Yassin mereka, entah ada atau tidak.