Rabu, 9 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 11- Butter Prawn

Macam biasa... pagi ni bangun pukul 4.30 pagi. Dlm hati mmg teringat nak masak butter prawn je... Mula la letak nasik dan sediakan bahan2 nak masak....sampai terlupa untuk solat tahajjud.. Betapa lalainya aku YA ALLAH....
mula2 kita buat floss ni dulu ya...
Cara nak buat dia sgt mudah... guna 2 biji kuning telur. pukul rata.. kemudian panaskan minyak... sambil tuang  bertali dan gunakan sudip untuk membuat putaran ikut arah jam. Pastikan kacau  dengan satu arah saja. Kemudian sejatkan untuk pastikan floss tidak terlalu berminyak.

kemudian kita goreng udang sehingga udang separuh masak. Angkat dan toskan.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak bersama butter. Aku guna buttercup sbb lebih berlemak.
Tumiskan bawang merah,daun kari dan cili padi sehingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit garam. bila mendidih, masukkan udang dan kacau sehingga kuah  pekat.

kemudian taburkan floss yang kita buat mula2 tadi... ha... siap untuk dihidangkan.

Resepi ni sgt mudah. Boleh la try ya kawan2.... 



Selasa, 8 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 10

Pagi ni bangun pkl 4.30 pagi. fresh ja rasa sbb mlm tadi pening kepala dan angin2 satu badan, Lepas rehat dan ambil supplement secukupnya, tidur. Alhamdulillah, pagi ni dah ok.

Fikir punya fikir tak tau nak masak apa,,, buntu.. tgk dlm peti ais ada baki santan... ermmm masak lemak lah ye...
ayam masak lemak. Aku pakai cili merah je. nak guna cili padi takut perut cik abg meragam pulak,  santan + susu cair menjadikan masak lemak ni sempurna,.. :-)

Jenguk lagi dlm peti ais, ha... baru teringat terubuk masin. So, goreng la separuh, Yang ni yg sedap pagi2 mcm ni....

goreng bersama bawang besar dan cili kering. Perah sikit asam limau kat atas ikan tu...

mmg sedap!

 
 

menu berbuka hari ke 8

Hari sabtu, hari cuti.. so pagi2 dah keluar p nat (pasar pagi) untuk bencari bahan2 basah untuk memenuhkan peti ais.

so ptg aku buat puding cocktail.

x comey pulok tgk dalam gambar ni.


menu ke 2:

siakap 3 rasa... 

bawa p mkn rumah mak mertua ramai2...


Rabu, 2 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 4

ha... hari ni aku bangun awal, boleh masak nasik makan panas2.. habis masak semua, panggil anak makan....

ha... kesian pulak tengok... mata tak mau buka, nasib baiklah umi dia ni  rajin suap. Harap abah??? disuapnya sudu besi dekat Irfan.. abah... abah... saja nak bg anak nangis pagi2.


so.. pagi ni mkn yang kering2 je... tak da kuah.. mkn ngn nasi panas2... dengan  cuaca hujan... mmg layan .

pekasam daging. goreng dengan bawang besar + bawang putih+cili padi+ cili hidup. Tp klu ada cili kering pun best... alkisahnya, cili kering dah habis!

yang ni pulak,  sambal bilis+tempe+kacang.
yang ni aku beli siap dekat kenalan kat opis. RM15 sebekas. kira ok la...

dengan ayam golek balance yang waktu berbuka mlm td.

ha.. lepas mkn terus masuk tidur. umi pulak p bg air masak suruh minum. takut dia haus esok pagi..
Irfan.. Irfan, mcm tu jugak umi dulu2 kan... hihihiihi


Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulillah, Semoga Ramadhan tahun ini adalag yg terbaik dari tahun sebelum ini,
 i need more energy.... Tak pe, jgn risau... Shaklee kan ada...insyaallah sedikit sebanyak dapat membantu.

so...jom usyar apa yg aku masak sepanjang 3 hari sahur.

sahur  hari pertama:


hari ke2
 

 hari ke 3

ketiga2 menu adalah berasaskan AYAM. sbb anak aku suka mkn ayam.  Itu je dia punya favourite, sebagai ibu, ikutkan sajalah asal dia berselera nak mkn sahur,
:-)