Jumaat, 28 November 2014

Denggi Menyerang, tips untuk sembuhkan denggi

Assalamualaikum...

Kes Denggi semakin menjadi jadi jadi.
Sebelum ni kami dekat kampung nyamuk berkoyan2 pun tak de masalah denggi... cumanya dah terkena kuman yang nyamuk denggi bawak la kan...

Alkisahnya.. adik perempuan aku bersalin. So, kami pakat pakat pergi melawat dekat hospital. Dalam dok tunggu nak discaj wad..kami ke taman permainan yang terletak dalam kawasan hospital.. Time maghrib.. mmg  waktu nyamuk keluar la kan... Tengah anak2 aku dok seronok bermain, mak dan adik aku cakap... nyamuk byk gila ni... habis dah kaki kena gigit nyamuk..
Balik rumah.. tgh mlm tu aku terus menggeletar... rasa seram sejuk mcm nak demam...

2 hari lepas tu aku demam...rasa tak larat sgt2. baby pun ikut demam.
5 hari lepas tu adik aku pulak demam teruk. pergi klinik , tambah air...kemudia pergi klinik lain pulak... rasa nak pengsan, terus doktor cek... gula dalam darah down...doktor terus buat surat suruh check kat spital.

Adik aku disahkan Denggi..

Hati aku pun lagi la risau.. sbb kami sama2 demam... tambah lagi risau.. baby pun demam...
Kemudian kawan2 cadangkan suruh makan sup ketam nipah dan air daun betik.
Masa adik kat hospital... mak bawakan sup ketam nipah ...dan air daun betik ni...
Alhamdulillah.. sehari lepas tu dah boleh keluar wad.

boleh senyum lagi kat wad...ni hari sebelum dia teruk..

Aku yang dah semakin cuak ni pun tiap2 hari mak bekalkan sup ketam untuk aku dan baby makan... Alhamdulillah... kami dah beransur pulih... mungkin aku demam biasa2 saja...

Kawasan rumah mak aku kementerian kesihatan dah mai sembur ubat nyamuk tu.. (fogging)...
Mlm tu nyamuk makin banyak... bukan makin kurang.. sebelum ni nyamuk tak byk pun.. terus banyak... keluar dari celah2 hutan  gamaknya..

Yang aku heran, kenapa tak gi sembur kat kawasan hospital jugak.. sbb aku pasti gigitan nyamuk aedes tu berpunca dari kawasan hospital jugak..

So... kepada kwan2 dan ahli keluarga boleh la try sup ketam nipah dan air daun betik ni ya.... kita cuma usaha... disamping minum air masak banyak2 dan minum juga air 100 plus. Klu ada performance drink Shaklee pun bagus!.

untuk resepi sup ketam nipah rujuk sini Sup Ketam Nipah

untuk daun betik rujuk sini 

Selamat mencuba  dan semoga cepat sembuh ya...



Isnin, 17 November 2014

Masak Lemak cili Padi Ikan Patin


Mak mertua bagi Ikan Patin, So.. aku buat  Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin.

Kalau ada tempoyak lagi sedap kot!

 Resepi

Bahan2

1 Ekor Ikan Patin yang telah disiang
serbuk kunyit. Kalau ada kunyit hidup lagi bagus.
daun kunyit
santan
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 batang serai diketuk
2 keping Asam Keping
Garam


Cara Masak

1) Ikan dibersihkan dan dikisar bersama asam limau/cuka/asam jawa sehingga hilang bau hanyir
2) Masukkan santan cair.
3) Blender cili padi + bawang dan masukkan kedalam santan... sentiasa kacau dengan api yang sederhana.
4) Masukkan serbuk kunyit dan asam Keping.
5) Bila santan agak masak, masukkan ikan.
6) perasakan dengan garam.

hoho.... tak reti nak masak masakan org Pahang ni,.

Isnin, 10 November 2014

Mee Hailam

Mlm td tak rasa nak mkn nasi...
Tengok dalam peti ais ada mee, jadi ambil keputusan untuk masak mee yang berkuah.
Maka jadilah mee Hailam.


Kalau ada udang lagi sedap tapi minggu ni dalam peti ais tak ada udang, Maka gunakan apa yang ada saja...
Budak2 pun boleh makan.


Rabu, 29 Oktober 2014

Adab di jalan raya

Hari2 balik kerja dok perhati cara org bawa kereta.
ramai yang suka potong kiri iaitu memandu di lorong motorsikal. Terkejut mak jemah tau... sedar2 ada kereta sebelah kiri tgh jln.. seb baik tak melatah ...

gambar contoh: saya google je sbb saya tak pandai nak  tangkap gambar mahupun menjawab sms sewaktu memandu.

Bagi saya... pemandu yang memotong kiri.

1) Anda tidak beradab dijalan raya
2) Membahayakan  penunggang dan pembonceng motorsikal
3) Anda tak macho langsung.. Kalau Macho, sila potong ikut kanan.... org lain pun nak cepat jugak...
4)Anda juga boleh menyebabkan pemandu yang tgh jln selow2 sbb tak boleh nak memotong  membara je tgk gelagat korang tu.


Ermmm kenapa kita tidak sabar?

Sambil bawa kereta, banyakkan berzikir untuk tenangkan hati....Semoga perjalanan kita selamat sampai... Ada yang tersayang menunggu kepulangan kita dengan selamat.


Rabu, 8 Oktober 2014

Spaghetty

Ni cerita lama... baru nak update....

Oleh sbb insyirah ni suka sgt mkn spaghetty... so, ini kali ke 2 aku try buat spaghetty.. Pakai bahan2 mudah yang beli dalam tin tu ja... campur p.. campur mai... jadi la spaghetty....

untuk spaghetty kali ni...
guna

sos prego tradisional

gambar ehsan google.

Mudah je nak sediakannya...

1) tumis bawang besar...
2)masukkan daging/ayam cincang...
3) masukkan cendawan butang.
4) agak masak..masukkan kedua2 sos itu...
5) perasakan dengan sedikit garam dan daun oregano.

maka terhasillah spaghetty ni... Insyirah suka sbb tak masam sgt.

ehhh comot pulak pinggan tu dengan sos spaghetty...


Jumaat, 26 September 2014

Hormat dan jaga Adab tangga kejayaan.

Pagi ni ingin berkongsi apa yang saya dapat dimuka buku.

Kata pengasas Air Asia, Dato' Tony Fernandes, budak sekolah ajarkan mereka bermain dan berkawan dengan bersungguh-sungguh!
Apa maksudnya?
Pendidikan pagi sehingga malam, dari sekolah, tuisyen dan kelas di rumah itu jangan sampai membunuh sifat manusia mereka dalam kedua-dua elemen itu.
Itulah insuran sosial mereka, belajar membina hubungan tanpa kepentingan.
Apabila mereka dewasa mereka tahu membina rangkaian yang berkualiti dalam kerjaya.
Bukan menjadikan mereka robot mencipta banyak A dan pandai mengalahkan budak lain dengan jumlah A.
Situasi itu sudah kita lihat di pejabat, sesama pekerja bersaing mengalahkan dan menekan orang lain melalui pangkat dan pendidikan yang dimiliki.
Pada zaman universiti, kita boleh kira dengan jari, berapa ramai pelajar IPT yang memberi salam dan senyum kepada para kakitangan yang membersihkan kelas, membuang sampah makanan pelajar di kafeteria, apatah lagi memohon izin mereka melintasi di hadapan ketika mereka sedang bekerja.
Itu tanda-tanda kegagalan pendidikan insuran sosial.
Memberi salam kepada mereka yang memberikan CGPA tetapi bukan yang mencuci kelas untuk keselesaan pelajar itu sendiri.
Apabila memasuki dunia kerja, memohon kerja dengan gaji tinggi seolah-olah memberitahu, "Nilai saya tinggi..."
Hakikatnya kegagalan mereka sangat besar ditampung dengan nombor yang cantik pada CGPA sahaja. Ditambah lagi input dalam fikiran pun tidak dapat mencerna idea baru yang memberi nilai ganda 200 peratus kepada organisasi.
Ujian adab dengan 'makcik cleaner' di universiti pun tidak lepas!
Kerana pada waktu kecil ibu-bapa memberi beban pendidikan individu berbanding pendidikan komuniti.
Selepas bersara daripada jawatan tinggi, mereka tidak ada kawan yang betul-betul di sisi mereka.
Apatah lagi rakan Yassin mereka, entah ada atau tidak.

Jgn meninggi diri krn tanpa yang dibawah kita takkan berada diatas.
Jgn sombong krn hidup kita ini saling  memerlukan serta lengkap melengkapi.

Apa yang saya perhatikan, Kebanyakan pelajar yang baru masuk universiti sudah nampak kesombongannya.
Tp tak kurang juga yang masih hormatkan org sekeliling. Bukan susah pun nak hulur senyum....hurmmm...

 

Jumaat, 19 September 2014

Bukan Senang Untuk Puaskan hati semua

Erm.. pagi ni nak menulis.. meluahkan rasa...

Bukan senang untuk kita puaskan hati semua org...

1)Jika kita menulis tentang tazkirah, tentang agama, tentang doa dikatakan kita konon2 nak tunjuk baik, nak jadi ustazah.

2) Jika kita menulis tentang pengalaman, tentang anak2, tentang harta benda dikatakan  kita menunjuk2 dan mengguris hati org yang tak punya semua itu.

3) Jika kita menulis tentang lirik lagu, tentang puisi diakatan kita jiwang karat.

4) Jika kita menulis tentang tidak puas hati diakatakan kita Asyik nak mengomen ajeeee...

5)Jika kita menulis tentang makanan pun ada juga org tak suka... eh eh mcm  dia sorang je ada makanan mcm tu... ermm kdg2 niat kita untuk berkongsi kat mana tempat yang sedap, kat mana yg tidak...sbbnya kadang2  ada org buntu fikir nak mkn kat mana..

Pendek kata... mmg kita tak boleh nak puaskan hati semua org.
Asalkan kita pasang niat yang baik, untuk berkongsi mana yang baik, tidak mencetuskan  maki antara satu sama lain dah cukup baik.

Semoga yang baik2 saja kita ambil iktibar... yang buruk jangan jadikan teladan.
Hidup ini tak mudah.
Belajar melalui pengalaman.... krn pengalaman byk mendewasakan kita. Buang semua perasaan ego yg bersarang dlm hati agar kita tak rasa sakit hati.. Hidup pun aman....

:-) Nasihat akan sentiasa berguna pada orang orang yang berakal.



Rabu, 17 September 2014

Langkawi

 Sempena cuti Malaysia, Kami satu family  pergi Langkawi.

Tujuan sebenar ialah untuk menghadiri kenduri kawan kepada adik...
Dia selalu datang rumah kami, so  family dia pun agak rapat la dengan kami.

Mcm tahun sebelum ni... perjalanan untuk kesana (teruk). Alun sgt kuat  sbb skrg musim hujan. Bayangkan feri yang besar boleh masuk dalam 500 org.. melambung2.... akibatnya.. ramai yg muntah termasuk aku! nasib baik baby tak buat perangai. Tidur je sepanjang perjalanan.  Rasa nyawa dihujung tanduk. Minta Allah lindungi kami. Rasa serik nak naik Feri. Tapi sbb masa mula naik feri, diorang dah alunkan bacaan ayat2 suci alquran, rasa selamat la...Good Job!
ha... mcm nilah rupanya feri yang kami naik tu. My Ferry 2
gambar ehsan: google

Dari jeti Kuala Kedah ambil masa 1 jam 45 minit. Mmg menyiksakan. Kalau tak mau duduk lama2 dalam feri, boleh naik feri ikut Jeti kuala perlis,  1jam je...

Sampai dekat Jeti Kuah Langkawi, Kami dijemput oleh sepupu dan masing2 pergi ambil kereta sewa. Kali ni kami sewa 3 biji Wira. So, sebiji  wira kami boleh dapat harga RM80 ringgit utk satu hari. Kira murah la kan?? selalunya rm100.
Singgah rumah sepupu dulu sbb dia dah masak banyak..s, mkn2 dulu.. kemudian bertolak ke rumah kenduri yang terletak di Kg EWa. 

ha.. inilah pengantin nya.. sgt cantik bila dimakeup. persis zizie ezette lagi..Semoga  bahagia berpanjangan. Sedap pulak mkn masakan kenduri org Langkawi.. Gulai ikan bawal, ikan kembung goreng, gulai itik, sambal belacan... fuhhh terangkat!

tgk la kelaku abah ngn anak ni... sudu habis, ginilah cara hirup bubur jagung, hohoho...mcm2 lah.

Lepas kenduri, kami  ke chalet yang disewa berdekatan lokasi rumah kenduri.

Mess Pegawai Kanan PDRM. Sgt cantik dan sgt Murah. Terima kasih sbb tolong carikan tempat untuk kami berehat. Kakitangan kat sini pun baik2. 

yang ni pulak view dari belakang bilik. boleh nampak pantai.. tidur mlm2 ditemani bunyi ombak menghempas pantai... sgt menenangkan...

Ptg pulak kami bertolak ke Beras terbakar. Kat sini boleh shopping2 tau.. ada kain batik, key chain, fridge magnet dan byk lagi.


ha.. nilah rupanya beras terbakar tu.. dah berzaman. Tinggal ciput ni je.. Aku ingatkan boleh korek2 kat tanah... hihihi. Tp ok la kan,, boleh jugak tgk hasil tinggalan sejarah dan lagenda Langkawi ni.

Keesokan pagi.. kami dijemput oleh keluarga pengantin  bersarapan kat rumah mereka. Alhamdulillah, rezeki. :-). Siap bagi buah tangan (ikan bilis langkawi) lagi. Terima kasih banyak!....

Kemudian kami bertolak ke makam Mahsuri. Nak masuk dewasa RM10, kanak2 RM5.

pintu masuk.. ada gambar ni, tetiba pulak  asben i nak menggatal ye.... hihi... sabor je la...

Difahamkan kalau datang ke Makam Mahsuri ni pada hari Ahad, ada persembahan.
antara patung dalam muzium ni.

Ini namanya lesung tumbuk padi. Zaman dulu2 org proses padi untuk dijadikan beras menggunakan lesung ni la. Zaman sekarang masuk kilang padi, terus keluar beras. Betapa mudahnya teknologi. erm.. so ibu bapa perlu bawa anak ke sini. Banyak jugak benda boleh belajar. Tak rugi bayar rm10.

yang ni buaian anak mahsuri. masa kami masuk ni, ada berendoi yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita.

bergambar di dapur mahsuri...

Sempat beramah mesra dengan aunty salah seorang pengunjung di telaga mahsuri. Lawak betul aunty ni.

Telaga ni diakatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Dan air ni juga dikatakan untuk awet muda. So, ramai je yang pergi basuh muka guna air telaga ni. sejuk!

Kemudian kami bertolak ke Pantai Chenang untuk mandi manda... Yuhuu... gambar tak sempat nak ambil sbb anak2 teruja nak terjun laut.
yang ni yang sempat ambik pun. lepas tu pulun dok  kejar depa la....

sempat ke Komples Haji Ismail group. Mata terus berpinau2 tgk pinggan mangkuk yang  sgt cantik. Ohoiii... sgt best tp sempat beli coklat je... Kemudian bertolak balik. Feri pukul 6 ptg. 

Alhamdulillah.. perjalanan balik dipermudahkan walaupun pada awalnya masa kat jeti tu angin kuat sgt sampai jeti bergoyang2. Tp... dalam perjalanan sgt tenang. Tak de muntah2...

















Jumaat, 5 September 2014

Mee Udang Pulau Sayak

Satu hari sebelum merdeka, teringin sgt nak rasa Mee Udang Pulau Sayak.Feedback dari org yang pernah try mee Udang tu rata2nya sedap. So... dlm tghari mcm tu ajak encik suami pergi Pulau Sayak.

Ha.. Nilah rupanya Mee Udang tu. Udang 3 ekor. Puas hati sebab Besar!
Rasa pun sedap. Macam tak cukup pulak sepinggan.
So.. harga sepinggan mee Udang ni ialah RM8 sepinggan. Kira ok la kan..

Kepada siapa2 yang  on the way nak pergi Pantai Merdeka boleh singgah kat Kedai Yusoff Mee Udang Pulau sayak.. sambil makan, boleh menikmati keindahan pantai.. ditiup angin sepoi2 bahasa.


Gambar signboard ehsan dari blog Reesha. 

Lepas makan bagai.. terus bawa family mandi manda dekat Pantai Merdeka.


Khamis, 21 Ogos 2014

moi marrybrown

tghari td kwn ajak gi mkn marry brown.. esh, hujung2 bulan deme nak ajak gi  marry brown ye...
NAk makan bubur katanya.. So, pergilah kami lunch kat marrybrown.

Aku pesan bubur nasi seafood. Hihi ingatkan ada udang dan ketam bagai... sekali fillet ketam ni je... Tapi ok la... sedap! pedas2 sikit....

ni geng 2 lunch yg klu makan jenis tak hingat donia ni.. ada duit ke.. tak de duit ke, makan tetap sama. hahaha. Yang sebelah kiri tu mek jun. Blogger jugak ni... korang bleh masuk baca blog dia yang kadang2 merapu... kadang2 masuk jugak dek akal... hii... sorry jun... mengutuk hang seketika. jun

ha... aku yang diapit mira dan ct. awt kelam muka masing2... tak aci betul.. depa yg kat atas tu awat cerah??? hihihi.

So.. untuk lunch hari ni Bubur+jus oren+mashpotato =RM9.90 je. Kira ok la tu... tak lebih dari rm10. :-)





Rabu, 20 Ogos 2014

Hobi Umi

Mlm td... mood malas masak... lepas tu tekak ni dah banyak hari teringin nak mkn nasi Arab atau nama manjanya  nasi MANDY.
Terus asben ajak p satu cawangan dekat jln Sultanah... Tp apakan daya... bukan rezeki kami. Kedai tutup.
Hurm... nasi2 lain dah tak terbayang depan mata aku. Tiba2 teringat  gemilang Burger. Satu kedai yang pernah dicadangkan oleh kwn2 aku. Kat situ western food.

So.. sampai disana aku oder chicken chop utk aku dan Irfan, abahnya nasi goreng gemilang dan Insyirah burger biasa.

Bila sampai je chicken chop yang masih berasap tu.. aku mcm biasa la.. keluarkan henfon. Ambil gambar. ermm gambar tak berapa nak cantik sbb kawasan tu gelap. Nak keluarkan kamera malu.. sbb kami duduk dekat dengan TV.

Tetiba Irfan cakap

"abang dah tau Hobi UMi... Tangkap gambar dan sms."

"ops...abg tau ya hobi umi?"

" ya la.. abang tau..."

"abg jgn cerita kat ustazah tau"

"ok... abg janji"

abah kat sebelah dah sengeh2 tgk anak smash umi...

Hadoi....

Isnin, 18 Ogos 2014

Pekasam Rebung.

First time dgr dan first time rasa..
Mula2 dgr mmg pelik... Rebung pun org buat pekasam ya...
Selalunya  dok dgr pekasam Ikan, Pekasam Daging, Pekasam Ayam.... kali ni aku berpeluang merasa pekasam rebung.
ha... ni rebung yg dihiris nipis2 campur dengan udang kecik2 ni.... Aku oder dengan biras. member opis dia buat.

Goreng... campur bawang besar dan cili padi...

Fuhh... mmg terangkat... ada telur dadar.. ermmm pecah peluh!


Ikan sekarang

ha... kali ni aku nak tunjuk pula ikan sekarang yang ada dalam akuarium kecik aku tu..

ha.... ramaikan ikan dalam akuarium ni,. Sekarang ni makin membesar. pantang tgk org lalu... mesti dia akan ikut nak minta mkn. Kalau boleh tukar rumah yang lebih besar utk ikan2 ni kan best.... :-)
kena tgk bajet la... tunggu la sampai sesak sampai tak bleh berenang. kiki ... kesian engkau wahai ikan... 
Syok jugak tgk ikan ni berenang2... Org kata kalau bela ikan dalam rumah ni bagus sbb ikan ni akan sentiasa berzikir....

Jumaat, 15 Ogos 2014

kecuaian sendiri, ikan peliharaan ku mati

Budak2 kat rumah ni minat nak bela ikan..
So, kami belikan depa tiger fish ni... kali pertama tukar air ok.. sbb aku ikut prosedur.
Masuk kali ke 2 tukar air... aku malas dan nak cepatla konon2nya....
Terus  tukar air paip tanpa letak anti clorine dan garam.

Mula2 pakat berenang ligat ikan2 itu.... kemudian sekor demi seekor tumbang.

tgk tu... dah terapung dipermukaan air. sedihnya.....

yang dapat diselamatkan ikan bandaran ni seekor ja...hurm tahan lasak betul ikan bandaran ni....

Huhu... Aku cuai... tp  semua ni menjadikan aku untuk lebih berhati2 pada masa akan datang.

Nak tukar air, jgn malas... jgn nak cepat.. pastikan letak anti clorin dan garam.

macam2 jenis dan jenama anticlorin yang ada kat pasaran boleh pilih ikut yg kita suka.

ni contoh anticlorin yang aku pinjam dari en google.

Ada satu lagi petua:
Kalau guna air paip, pastikan air paip tu dibiarkan semalaman sebelum diletakkan bersama ikan2.



Selasa, 12 Ogos 2014

Raya 2014

Alhamdulillah.... Hari Raya... Hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.
 Aku baru nak  update blog... mood raya pun dah tak dak... hihi. Apapun janji update....

Bergambar di pagi hari Raya... Biru tema tahun ni... Geng  Baju sekolah KAFA depa kata.. kikiki.


Adik wrestling ngan abg... sesi mintak ampun  ngn abg la kot.



Rabu, 9 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 11- Butter Prawn

Macam biasa... pagi ni bangun pukul 4.30 pagi. Dlm hati mmg teringat nak masak butter prawn je... Mula la letak nasik dan sediakan bahan2 nak masak....sampai terlupa untuk solat tahajjud.. Betapa lalainya aku YA ALLAH....
mula2 kita buat floss ni dulu ya...
Cara nak buat dia sgt mudah... guna 2 biji kuning telur. pukul rata.. kemudian panaskan minyak... sambil tuang  bertali dan gunakan sudip untuk membuat putaran ikut arah jam. Pastikan kacau  dengan satu arah saja. Kemudian sejatkan untuk pastikan floss tidak terlalu berminyak.

kemudian kita goreng udang sehingga udang separuh masak. Angkat dan toskan.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak bersama butter. Aku guna buttercup sbb lebih berlemak.
Tumiskan bawang merah,daun kari dan cili padi sehingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit garam. bila mendidih, masukkan udang dan kacau sehingga kuah  pekat.

kemudian taburkan floss yang kita buat mula2 tadi... ha... siap untuk dihidangkan.

Resepi ni sgt mudah. Boleh la try ya kawan2.... 



Selasa, 8 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 10

Pagi ni bangun pkl 4.30 pagi. fresh ja rasa sbb mlm tadi pening kepala dan angin2 satu badan, Lepas rehat dan ambil supplement secukupnya, tidur. Alhamdulillah, pagi ni dah ok.

Fikir punya fikir tak tau nak masak apa,,, buntu.. tgk dlm peti ais ada baki santan... ermmm masak lemak lah ye...
ayam masak lemak. Aku pakai cili merah je. nak guna cili padi takut perut cik abg meragam pulak,  santan + susu cair menjadikan masak lemak ni sempurna,.. :-)

Jenguk lagi dlm peti ais, ha... baru teringat terubuk masin. So, goreng la separuh, Yang ni yg sedap pagi2 mcm ni....

goreng bersama bawang besar dan cili kering. Perah sikit asam limau kat atas ikan tu...

mmg sedap!

 
 

menu berbuka hari ke 8

Hari sabtu, hari cuti.. so pagi2 dah keluar p nat (pasar pagi) untuk bencari bahan2 basah untuk memenuhkan peti ais.

so ptg aku buat puding cocktail.

x comey pulok tgk dalam gambar ni.


menu ke 2:

siakap 3 rasa... 

bawa p mkn rumah mak mertua ramai2...


Rabu, 2 Julai 2014

Sahur Ramadhan ke 4

ha... hari ni aku bangun awal, boleh masak nasik makan panas2.. habis masak semua, panggil anak makan....

ha... kesian pulak tengok... mata tak mau buka, nasib baiklah umi dia ni  rajin suap. Harap abah??? disuapnya sudu besi dekat Irfan.. abah... abah... saja nak bg anak nangis pagi2.


so.. pagi ni mkn yang kering2 je... tak da kuah.. mkn ngn nasi panas2... dengan  cuaca hujan... mmg layan .

pekasam daging. goreng dengan bawang besar + bawang putih+cili padi+ cili hidup. Tp klu ada cili kering pun best... alkisahnya, cili kering dah habis!

yang ni pulak,  sambal bilis+tempe+kacang.
yang ni aku beli siap dekat kenalan kat opis. RM15 sebekas. kira ok la...

dengan ayam golek balance yang waktu berbuka mlm td.

ha.. lepas mkn terus masuk tidur. umi pulak p bg air masak suruh minum. takut dia haus esok pagi..
Irfan.. Irfan, mcm tu jugak umi dulu2 kan... hihihiihi


Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulillah, Semoga Ramadhan tahun ini adalag yg terbaik dari tahun sebelum ini,
 i need more energy.... Tak pe, jgn risau... Shaklee kan ada...insyaallah sedikit sebanyak dapat membantu.

so...jom usyar apa yg aku masak sepanjang 3 hari sahur.

sahur  hari pertama:


hari ke2
 

 hari ke 3

ketiga2 menu adalah berasaskan AYAM. sbb anak aku suka mkn ayam.  Itu je dia punya favourite, sebagai ibu, ikutkan sajalah asal dia berselera nak mkn sahur,
:-)