Jumaat, 5 April 2013

Aku dah mula cuti

HAri ni hari last aku keja.
esok aku mula cuti dalam menyiapkan diri untuk menyambut kelahiran cahaya mata baru...
Due aku 11 hb april ni. Doakan aku dipermudahkan bersalin ye kawan2...
 Dan... akan mula melupakan dunia blog ni buat seketika.
nanti apa2 hal.. aku akan update ye...
Aku nak mohon maaf andai terkasar bahasa, tersalah bicara dan jika ada termenyinggung hati dab perasaan mana2 pihak...


Khamis, 4 April 2013

ESP Shaklee

Org dok kata ESP ni bagus utk kulit dan sebagai milk booster.  So.. utk org yg bajet ciput mcm aku ni... aku amik satu demi satu dulu la.. klu nak beli segedebuk rasa mcm mahal je... :-)


Dalam pantang nanti ingat nak minum ESP ni sebagai makanan tambahan.  Dan jamu tetap menjadi pilihan hati... lepas habis jamu baru ingat nak amik Alfalfa sebagai pelengkap Milk Booster. Apapun kita cuba dulu sbb tak semua produk sesuai dengan kita. 

Apapun.. aku tgk member aku, setelah amik ESP selama setahun, kulit dia jadi cantik ditambah dengan supplement2 lain... 



Rabu, 3 April 2013

Pavlova


Sebenarnya dah lama teringin nak mkn pavlova ni... sbb tgk  kombinasi warna mcm menarik. Tp terpaksa pendamkan sbb org kata manis. Kan aku kena diet control. Tp memandangkan perasaan teringin nak mkn tu   lagi tebal dalam diri ni... Hari ini, aku beli jugak la pavlova tu. Selalunya tgk Akak ni jual.. aku telan ayaq liur je la... hihihi...  Memmandangkan minggu ni minggu terakhir bekerja.. so, beli je la untuk menghilangkan rasa mengidam itu... :-). Yg terbaru ada perisa coklat. tp aku pilih yg ori ni lagi.... yg coklat lain kali je la... 


Selasa, 2 April 2013

Buku Teks Bahasa Melayu Hilang

Seperti kebiasaannya...mlm2 umi yang akan kelaskan buku2 Irfan ikut jadual.
Mlm tadi... umi naik hangin sbb umi tgk dalam beg buku teks bahasa melayu tak ada. Aduiii.. p tinggai tang mana pulak dah!!! Hari ahad dah tinggal  bekas isi air. dah nangis2 dah sbb takut umi marah. Ptg tu jugak ajak abah p cari botol air dia kat sekolah.. Tp tak jumpa... Ptg smlm tgk dia bawa balik botol air tu sambil sengih2 cakap abg dah jumpa botol ni kat surau. Hurmmm tertinggal masa amali solat la tu... :-) Tau takut...

So.. teruk jugak la kena leter ngn umi. Pas tu  beralih ke beg kelas KAFA. Lagi la umi hangin, buka  pencil box.. apa pun tak dak kosong. Aduii... suka sgt tinggal barang merata2... Hurm... Garangkan umi... mcm tak patut je. Abah pulak...mai pelan2... Jgn la marah kat dia.. kesian kat dia... Erm... mcm nak marah plak kat abah.. Umi tgh  mkn tebuan ni!.. :-)

Tp bila tgk anak tidur.. kesian pulak datang secara tiba2. 
Umi cuma nak ajar anak umi supaya disiplin. Nak anak umi berjaya. 
Tp biasa la kan anak2.. bila depa bangun tidur, keadaan pulih seperti biasa. Masa nak hantar p sekolah.. Umi pesan, nanti abg cari buku tu ye.

Tghari tadi aku call...
Irfan cakap.. dah cari dekat kawan2 tapi tak jumpa juga,...
hihii.. umi gempaq ja lebih... klu tak jumpa juga.. nanti kena p cari kat pustaka union la kot no...
Kesian pulak bila cikgu suruh share ngn kawan2.... 
Mesti tak boleh concentrate.. sbb umi dia dulu pun tak suka share buku...

Isnin, 1 April 2013

kontraksi Braxton hic

Jumaat mlm sabtu...
Aku rasa mcm terjadinya kontraksi. 30 minit sekali sakit. 30 minit sekali sakit. Hati dah mula cuak? adakah aku akan melahirkan mlm ni?  Segera cari  akar genggam fatimah untuk direndam. Punyala lupa.. sepatutnya kena rendam dengan air panas.. tapi aku rendam  dgn air sejuk. Dok tunggu kembang tapi tak kembang2 pun. Puas tunggu sampai terlena. Esok bangun pagi, dah kembang elok. Perut pun dah tak dak tanda kontraksi. OOo.. rupa2nya aku mengalami kontraksi Braxton Hic atau lebih dikenali dengan kontraksi palsu. Menjelang detik2 kelahiran,  ada sesetengah org akan mengalami rasa mcm ni.
Tu yg pelik.. dan mengapa aku tak ke hospital sbb tak ada turun tanda air atau pun darah. Cuma rasa sakit mcm nak bersalin je.,,,

So.. bgn pukul 8 kena buat BSP lagi.
Sebelum mkn.. bacaan darah ialah 4.1

Lepas tu aku sarapan : milo panas secawan. Kemudian balik kg, singgah mkn roti canai telur dan teh o ais. ohh tersangatlah manis teh o ais ni. Sampai rumah mak.. telan pisang sebiji. lepas tu baru mkn sebiji VCO.

Pukul 12.30 tgh hari p buat BSP. Resultnya ialah.... jeng.. jeng.. jeng... 7.2.. ha.... hamik ko. mkn tak hengat dunia...

untuk lunch: minum air kelapa, nasi putih 2 senduk dan sambal sotong 2 ekor.
Result pukul 4.30 tu ialah 4.5 je.. Alhamdulillah.. dah stabil semula bacaan darah.

Balik rumah, mkn 3 biji nugget bersama secawan milo.
Mlm tu pukul 9.00 p check... bacaan darah 4.7.
ha.. lega!!!

balik rumah... ada celebrate birthday pak mertua... so, sesuka hati sesedap rasa aku bedal 1 ketul ayam KFC, coslow dan kentang putar. Air pulak... oren 2 gelas + kek sepotong.. er,,,, klu p check Bsp selepas 2 jam.. agak2 berapa ye bacaan BSp?? kikikiki...

Keesokannya.. kena jumpa doktor. Doktor tu cakap: Pergi mkn kenduri lagi ke? hihihi.. sori dktor... saya mkn terbyak gula.. So aku dinasihatkan supaya control mkn...