Jumaat, 22 Februari 2013

persiapan ke hospital ibu yang bakal melahirkan bayi

Ha,,, hari ni nak buat entry pasal persiapan kelengkapan ibu dan bayi ke hospital. Selalunya bila perut sampai 7 bulan, misi akan ingatkan suruh sediakan beg kelengkapan siap2 dalam kereta.  Tp aku belum masukkan dalam kereta lagi... :-)
Sebelum tu...n3 smlm cakap aku nak snap gambar beg tali kan...

ha... nilah rupanya beg yang diperbuat daripada tali. lepas ni kalau tak mau guna letak baju, boleh bawak pergi picnic... Hihihi.. sapa2 yg teringin boleh la oder... aku boleh tolong p cari kat padang besar... :-)

lupakan sekejap pasal beg tu... ni kita bercerita pula pasal kelengkapan ibu dan bayi. 

Kelengkapan bayi:

1) Pampers baby newborn (1 pek)- yg ni aku bawak 8 helai je, nak bawa 1 pack mcm byk sgt. ada 64 keping..
2) baju ( 5 pasang)- aku baru letak 3 pasang baju( baju lengan pendek, baju lengan panjang, dan baju yg ada lubang2...
3) minyak telon- belum letak
4) tisu basah-siap
5) tuala mandi-siap
6) stokin/sarung tangan baby (4 pasang)- baru letak 2 pasang
7)peralatan mandi- beli yg travel pack tu.. tp selalunya hospital tak mintak pun..
8)selimut /bedung- siap
9) barut (5 helai)- siap
10) topi- digunakan masa nak bawa baby balik rumah... _siap

antara barang pakai buang.. :-)




dah siap masuk dalam beg.. hurmmm barang umi tak masuk lagi ni... mcmmana ye? tgk senarai barang umi lagi byk....

Kelengkapan ibu:
1) buku merah - ada dlm handbeg
2) kAD  pengenalan - ada dlm handbeg
3) Telefon - ada dlm handbeg
4) baju ibu ( 2 helai)- belum masukkan
5) stokin (3 pasang)- x beli lg
6) kain batik ( 2 helai)- baru sehelai
7)seluar dlm ( 5 helai)- belum masukkan. dok ingat mcm nak cari yg pakai buang tu je.
8) tudung ( 2 helai)- belum siapkan
9) peralatan mandi( pencuci muka, berus gigi, ubt gigi)- belum siapkan juga
10)tuala mandi- belum siapkan
11) maternity pad- dah siap. cari yang overnight wings. lebih panjang. nak guna yg maternity tu mcm seksa sikit. tak reti nak ikat.. hahaha.
12) selipar - selipar jepun la kot.. nak pakai p toilet. juga belum disiapkan
13) minyak selusuh- dah siap tapi belum masukkan dlm beg
14)_minyak angin- belum siap juga
15) air zam2- belum siapkan
16)termos air panas- kena beli yg baru la kot no...
17) beg plastik ( 2)- belum siapkan.. beg plastik ni utk letak pakaian kotor nanti.. senang kirim kat asben suruh balik cuci
18)sweater- belum masukkan lg
19) sikat- belum siapkan juga,,,

hurm... pendek kata.. barang umi tak siap2 lagi.... dok ralit siapkan baby.. lupa pulak kat ibu pun  penting jugak... mlm2 sejuk tu....





Khamis, 21 Februari 2013

Jalan2 Padang Besar Lagi...

Ini cerita jumaat lepas.

Oleh sbb nak  cari beg yang diperbuat daripada tali.. gambar lupa nak amik.. balik ni aku snap lain. Sebenarnya nak letak baju baby dan baju umi sekali. Sebagai persediaan  nak bawa ke hospital.
Sebelum cari beg, isi perut la dulu.
ORG RAMAI SGT2... Tp nasib baik ada kawan yg sampai dulu ke kedai yang kami selalu makan tu. Jadi minta depa  buat pesanan dulu.
Elok kami sampai ja, makanan terus siap. Alhamdulillah, dimudahkan urusan hari tu.

hidangan wajib kalau datang padang besar. Somtam... ermmm sambil menaip ni... kecur je air liur nih.. Mmg sedap. Sepinggan RM4. selalunya sepinggan ni mkn utk 3 org.. Kali ni kwn aku yg oder dan bayar somtam.. aku tukang rasa a.k.a makan... hehehhe

ha.. ni menu aku pulak: bihun tom yam... fuhh... sapa tak tahan pedas, sila spare air lebih ye.. mmg kena ngn selera aku. Harga semangkuk ni RM7.50..

penghilang dahaga.. air kelapa muda... Klu sini panggil air nyioq muda.. err.. RM4 sebiji.. Mahal mcm beli kat resort. padahal klu tepi jalan dapat  dengan harga RN2.50 ja... hihi berkira kan??? Tp sbb teringin kena minum jugak la kan...

yang ni pulak nasi goreng tom yam. Kawan aku punya menu. Boleh tahan jugak rasanya... 

Lepas makan terus shopping beg je la yg sempat pun, sbb berkejar masa nak masuk opis pulak,,,




Tapai pulut hitam Daun Getah

2-3 minggu lepas teringin nak mkn tapai pulut hitam yang dibalut daun getah.
Aku bgtau mak... nak mkn tapai pulut hitam. Tak bgtau la daun getah ke apa... sbb aku tahu payah nak cari daun getah.
Mak kata ragi tak dak.. erm.. kecik hati tau... tp aku buat tak tau je la,,,

Nak dijadikan cerita... bgtau suami nak mkn tapai.. dia jugak boleh buat tak tau... sampaila hari pasar malam.

"hari ni pasar malam kan?" aku cuba pancing nak tgk dia ingat ke tak yg aku nak mkn tapai.
"ya... awat? " sambil masuk bilik  dan terus baring sbb letih baru balik dari hospital.
"tak dak apa lah"... sambil keluar dari bilik n p baring atas sofa.

Lepas tu terus nangis... air mata berderaian tak terkata... menangis tanpa suara. Kenapa dengan aku?? Memang org mengandung mcm ni kan klu teringin nak mkn sesuatu tp tak dapat.

"pasai apa ni? menangis tak dak pasal? "
lagi laju ayaq mata keluaq...
"jom p pasar mlm. Nak mkn apa? "
 erm..." tak ingat tak pa la" lagi laju ayaq mata keluaq..

" tapai kan? "
erm... terus senyum.. "ha.. ingat pun"
terus asben keluar beli tapai. Nasib baik ada. Tp tapai tu pulut putih... tak seperti yang aku nak. Tp tak pa la.. ada dari tak da,


Kebetulan mak aku balik kampung nenek di Pattani.... semalam mak balik...
Bila aku sampai umah mak, Mak suruh buka peti ais.. "ada makanan kegemaran hangg dalam Tu. Tok kirim"

Buka peti ais... " TAPAI!!!"
Seronok ja rasa... rasa nak melompat pun ada. Pagi buta pukul 7 pagi terus sarapan tapai.. Seb baik tak sakit perut... hhihi..
ha.. ni lah rupanya tapai yang dibalut dengan daun getah...

ha.. ni isi tapainya.... tapai beras pulut hitam... 

Alhamdulillah... terima kasih mak  dan Tok yang sangat2 memahami.... Ummuah... sayang sgt.....



Rabu, 20 Februari 2013

2cm dari stereng

Balik kerja ptg smlm... di perhentian lampu isyarat, aku tunduk bawah,...\
ehh rapatnya perut aku ke stereng kereta.2 cm je dari stereng tu...
Ohh dah besar perut umi....
ha.. hari ni usia kandungan  dah menjengah ke 33 minggu,,,
Mengandung kali ni buatkan umi rasa kuat.
Mana taknya, byk dugaan yg terpaksa umi hadapi . Alhamdulillah.. Allah bg kekuatan pada umi. Byk sokongan moral dari keluarga membuatkan umi rasa umi seorang yg kuat.
"La. haulawala qu watailla billa hil aliyyilazim.."
maksudnya.. " Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Izin Nya.."
Pagi2 kalau buka siaran IKIM . fm mmg menjadi santapan rohani...

semoga kita semua dalam lindungan Allah..
Buat mummy2 yg tengah mengandung... ALLah kurniakan kita zuriat...
Dan dari situ terciptanya syurga buat kita.
Susah senang yang kita tempuh saat bergelar ibu,
Hanya Allah yang Tahu...
krn itu.. Syurga dibawah tapak kaki ibu....

Isnin, 18 Februari 2013

diet menu for bsp kali.ke 4,

Sabtu, buat bsp kali ke 4, risau juga sbb mlm sblm tu.pulun mkn bihun sup dan kek coklat 2 potong. Sblm tdo,  ambil satu sudu besar pati delima.
So.... bacaan bsp sblm mkn pagi esoknya ialah 4.9..

Balik rumah, goreng nasi .
so untuk sarapan pagi makan nasik goreng dan segelas air masak serta sebiji  VCO.
result untuk bacaan selepas mkn pagi ialah 5.9..
erm.. agak tinggi tu...

tghari dah mula risau...
pergi hospital tgk bapa mertua, singgah kat kantin  makan bihun sup dan sebotol kecil air mineral.
dan result selepas pukul 4.30 ptg ialah 4.7... :-) ok balik..

lepas tu pukul 6 ptg, bedal mkn nasi + ayam masak kicap + sayur kucai
dan.. result mlmnya ialah 4.6....

Esoknya jumpa doktor.
doktor kata good diet control...

"u biasa bersalin czer?"
"tak pernah"
'' this time.. u kena bersalin ikut due date. jika tak bersalin juga, kena admit ward pada tarikh itu"
"kenapa tak da lanjutan sampai seminggu?"
" sbb u ada kencing manis"

Tak kisah la mcmmana.. janji kandungan dan ibu selamat... :-)

Rabu, 13 Februari 2013

kemboja sudah berbunga


Inilah rupanya bunga kemboja sulung aku...
Sebelum ni tertanya2 juga... apakah warna bunga kemboja ini??
Merah? putih? pink?
Akhirnya terjawab setelah ia mengeluarkan bunga. Mmg warna yang aku iadamkan. Masa beli tu mmg tak tahu warna bunga.. sbb masa beli tu kecik saja pokoknya. 
Beli kat tesco dalam pasu2 kecik tu... satu pasu RM8.
So bila dah makin membesar ni rasa seronok la pulak tanam pokok yang menghasilkan bunga... sebelum2 ni pokok aku byk jenis yang berdaun hijau je...
Insyaallah.. lepas ni akan aku mula berkebun kembali... :-)

Serangan Jantung

Malam Chinese New Year, bapa mertua rasa sukar untuk bernafas. Kebetulan kami pulang ke kampung. Nasib baik ada adik ipar yang baru balik dari bercuti. Terus bawa ke PMC. Doktor kata angin... kena satu cucuk ubat, ok sikit. Doktor  suruh terus makan ubat. Keesokannya kami ke Kulim untuk menziarahi anak saudara ibu mertua yang baru melahirkan cahaya mata. Masa di sana, ayah mertua sudah kelihatan tidak bermaya.
Kami sampai rumah dah maghrib. Bapa mertua mengadu sakit dada lagi.
Pukul 5 pagi, ibu mertua datang rumah kejutkan suami .
Suami terus bawa ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah.
doktor pada mulanya suruh balik rumah dan makan ubat dulu. Kalau sakit datang semula.
Tp suami masuk sekali dalam bilik pemeriksaan tu.
Minta doktor check semula sbb dah makan ubat tp sakit makin kuat.
Lepas tu baru doktor tu kata.. ok... kita buat pemeriksaan jantung. Lepas check.. mmg disahkan bapa mertua kena serangan jantung...
Terus buat ujian tekanan pengisar injakan.
Pengisar injakan ni ialah satu ujian dimana Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi. (sumber google)


Alhamdulillah, dapat kesan awal, klu ikut doktor, asyik suruh balik rumah je...
Doktor pun tak sangka.. sbb nampak bapa mertua seperti tiada apa2. Doktor kata Ayah seorang yang kuat semangat.. 
So sekarang bapa mertua ditempatkan di CCU.
Semoga cepat sembuh. AMIN,..


inilah namanya kanak2... masih belum mengerti apa itu hospital. Bila ditanya mana wan? Wan p kedai tak balik2 lagi la... kalau CCU kanak2 bawak 12 tahun mmg tak dibenarkan masuk. Hanya 2 org pelawat sahaja dibenarkan sekali masuk. So.. budak2 ni mmg tak tahu la apa yg terjadi kat dalam tu...

Khamis, 7 Februari 2013

pen drive


cenderahati aku dapat hari ni dari pihak prestariang... :pendrive...
Alhamdulillah... rasa seronok plak bila dapat barang free mcm ni. 
8 GB ye....boleh la simpan citer2 best buat koleksi peribadi..

Ini adalah sebagai cenderahati  krn 2 minggu mereka disini menjalankan  satu program pentauliahan profesional 3P untuk Autocad.

Terima kasih daun keladi... ada masa datang la lagi... :-)


Rabu, 6 Februari 2013

Kalsium untuk ibu hamil

sejak akhir2 ni.. kerap rasa sakit gigi... almaklumlah gigi berlubang.
Hari tu misi suruh p check gigi.. tp aku dok melarikan diri merata.. sekarang bila rasa sakit gigi, mula nak cari doktor gigi. Byk rasa gigi ni mcm kosong je... org kata waktu mengandung kena ambil kalsium yang mencukupi. Mungkin susu yg aku minum tak cukup kalsiumnya, Sbb  sehari sekali minum je. tu pun ikut hari yang rajin dan sempat nak membancuhnya.
untuk maklumat lanjut, boleh klik sini...


Fikir punya fikir dan tanya pendapat kawan2 yang malas minum susu, mereka cadangkan aku makan supplement kalsium dan magnesium je.,
So, utk hari ni, aku dah dapat supplement tu...

ini dia... dietry supplement  from shaklee... satu botol ada 120 caplets.


yang bestnya.. dengan setiap pembelian, kawan yang jual ni bg free gift:

ha.... vitamin C... jgn salah sangka.. bukan dapat sebotol... ni botol je.. dalam ni ada 15 biji vitamin... kira ok la kan?  hehehhe.

harap2 lepas ni kalsium yg kurang akan ok balik.... :-) 


Selasa, 5 Februari 2013

Kedudukan baby

Tadi selepas majlis ucaptama, terus ke Remedic Clinic nak scan baby...
Alhamdulillah... baby dah pusing kepala ke bawah. Mula2 tak nak tunjuk muka dia, meniarap elok je...
Pas tu umi cakap, adik, pusing la.. umi nak tgk muka adik... lepas tu terus dia pusing. ermmm... dengar kata jugak baby umi...  Mcm adik aku pulak, tadi baby dia kejut mcmmana pun dia tak nak tunjuk muka... Tak pe la.. janji tahu keadaan baby sihat sudah.
tgk bentuk hidung mcm hidung abg, mulut pulak mcm mulut adik.... :-)
Jantina??? Dirahsiakan... Surprisee!!!! Nanti bila lahir ke dunia ini., Insyaallah aku akan bgtau ok...
  Lepas tu terus hantar PC untuk direpair kat kedai... Then terus balik opis....
Pukul 3 ptg mcm tu, ada mkn free lagi sempena sambutan Birthday staf dan kelahiran bayi staf...
Best tgk hadiah beg baby tu...
Dulu masa Insyirah aku dapat beg kecik comei je... Tp yg kali ni tgk hadiah yg  mereka dapat tu besar2 jugak... :-)