hari ni adalah hari untuk aku berleter...
dah jemu dengan tindakan sekumpulan kakak/adik cleaner kat sini. Sepanjang aku kerja,(sblm pindah mai sini).. aku tak pernah jumpa lagi cleaner yg berani marah staf... ooh ya Tuhanku...
Kalau dulu... aku sentiasa baik ngn mak cik2 cleaner.. pagi2 mai kerja.. mesti nak sembang2 kosong dulu sambil tgk depa sapu koridor. Depa pun rajin nasihatkan aku supaya memandu berhati2.. dan byk jugak la berkongsi pengalaman ngn org2 lama ni...dulu2 pun pernah jugak la kena marah ngn cleaner sbb aku terkurung kucing dalam bilik... 2 hari u.. kucing tu terkurung . Habis berterabur najisnya.. Mau mak cik tu tak berleter kat aku. Tp tu sbb salah aku.. marah2 syg la....aku tak amik hati pun.
Tapi sejak aku pindah kat sini... Hanya tuhan saja yg tahu. Bukan aku sorang mengalaminya.. malah satu pejabat terasa dengan tindakan mereka ini yg tidak menghiraukan staf kat sini. Bukan sekali 2 dah buat report.. tp depa seakan2 jaguh kat sini. Aku ni tak apa lah jugak.. bilik aku kat tingkat 1.. agak jauh dari port mereka melepak. Yg jadi mangsa, seorang kawan aku ni. bilik dia betul2 sebelah tempat lepak depa,. Dah tak larat dengar mereka pasang lagu kuat2 dan nyanyi... Sakit telinga hokey!! Sungguh tak menghormati org lain.
Bab kerja, kita takut nak panggil mereka tolong cuci. Nanti mcm2 alasan yg diberi. Kami sibuk. Tak larat. baru kemas bilik mesyuarat .. bla.. bla..bla.. Satu hari aku ada panggil untuk vacum carpet kat bilik aku. sekali datang sampai 6 org u... mcm mafia nak serbu org. lepas vacum.. alamak! habis komputer aku jadi hang!... sampai longgar RAM komputer aku dikerjakan mereka... depa sepak CPU aku ke? hehehe.. ingatkan aku sorang je yg kena.. rupanya.. semua kawan2 aku pun jadi mcm tu...haduiii
oleh krn tak tahan sgt dengan apa yg berlaku, kami report kat bos, Bos plak dah bgtau depa punya tokey. So, nampak tokey depa mai... depa kena marah la kot. Ptg tu.. depa memberontak.. cakap kuat2 kat bilik kawan aku tu sambil ketuk tingkap... Cepat wei!!! satgi org kata kita tak buat kerja pulak. Bila kwn aku melewati kawasan lepak depa, ada nada menyindir... Tak puas hati cakap depan2.. jgn cakap belakang...
Hurmmm.. bg aku, benda ni sungguh kurang ajar!
Pukul 8 tak start buat kerja lagi....sarapan dulu.. pukul 11.15 tu dah pakat melepak dah bawah tangga tu ..diselang selikan dengan lagu tah apa2... cakap dengan kuat... sampai pukul 2 time rehat.. pas tu pukul 2 masuk, pukul 3 lebih baru nak mula kerja.. pukul 4 dah bersiap sedia nak cabut balik sbb pukul 4.30 tu dah aman dan tenang...
APA NAK DIKATA???
Kalau korang berada ditempat aku.. apa korang akan buat???