Rabu, 31 Oktober 2012

ceritaku

Ptg smlm kami menghabiskan masa di kampung.
Tiba2 ayah diserang penyakit penat lagi. Nasib baik kami ada masa tu... terus bawa ayah ke hospital.
3 kali sedut gas pun masih tak berapa nak ok... dr nak tahan ayah wad, tp dia tak nak.
Risau dengan kesihatan ayah yg kurang baik sejak akhir2 ni. 
Doktor kata paru2 ayah kembang. Kesan merokok.

Akibat daripada  bekalan ubat yg dah habis. Ayah ke hospital untuk ambil bekalan ubat tapi surat doktor pulak hari tu dia tak bagi. So nak kena buat appoinment ngn doktor sekali lagi la nak ambik ubat tu.. Hurm...mcm2 prosedur...akibatnya bertambah teruk sakit ayah aku...

So, mlm tadi kami bertolak balik dan sampai ke rumah dalam pukul 11 malam. Aku terus kemaskan tempat tidur sbb anak2 dah tidur dalam perjalanan tadi. Dengan mak2 depa sekali tidoq. Pukul 11.30 aku terjaga, Kesian tgk suami tgh menjahit butang tack kat baju uniform dia.. Aku mintak nak tlg jahit... Dia kata dah mlm, biar abg ja yg jahit...
huhu tetiba rasa mcm mendera suami sendiri pulak.. sbb tugas menjahit tu biasanya dilakukan oleh isteri. Dia cuma minta aku tlg simpulkan benang je...
Lepas tu aku minta izin tdur dulu..
Pagi tadi bangun pukul 5.30  nak iron baju, tgk dia siapkan 4 butang tack...:-) mlm ni aku sambung plak la..insyaallah...

Khamis, 25 Oktober 2012

selamat hari raya Haji

Aku masih belum bercuti...
Tp dapat pelepasan balik awal hari ni... Yuhuuu....kul 1 satgi cabut balik!!!!
ngntuk la pulaks....
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua....
Kepada yg balik kampung, Hati2 di jalan raya....

Rabu, 24 Oktober 2012

Bila Org asing menjadi Raja

P stesen minyak nampak bangla...
P kawasan pembinaan nampak bangla, indon dan myanmar,
P kawasan kilang myanmar jugak
Masuk kawasan airport, bangla dan indon
masuk bilik air, indon
P kedai makan,  dipelopori warga Thailand
Pendek kata mmg byk org asing yg  mencari rezeki di Bumi kita, Malaysia.

Makmur dan rezeki mencurah2.

Tu yg seronok dilihat

Tp yg tak seronoknya...

Kes bunuh.. kerat kepala... warga asing
Kes samun... warga asing jugak... Tak dinafikan.. org tempatan pun ramai jugak yg buat benda ni..
Kadang2 tgk mcm citer hindustan plak... tembak menembak, bom, boh pisau kat leher...
Tgk 999.. pelacuran,.. warga china.. oohh sarang maksiat banyaknyeeee


Erm.. mula2 menapak, semua takut... nak cakap pun terketar2.
Tp bila dah bertahun2.. dah lama kerja...  mula nak naik kepala

Alkisahnya...
Aku ada seorang adik lelaki.
Skrg tgh bercuti sbb baru habis PMR.
Tp gedik nak kerja. Mak kata dok umh je la... Tp budak lelaki kan.. ada saja la nak cari income lebih sbb nak topup prepaid tepon aweks le tu...
So.. dia  dan kwn dia dapat la kerja kat kilang ais.
Nak dijadikan cerita, adik aku tertumpahkan ais dia...
terkena la si mamat bangla ni...

Tahu apa bangla ni cakap??
" Wei BABI! mata letak mana??? nak bunuh aku ka???"
Wah2.. sesuka hati sesedap rasa nak maki org kan??
See...mcmmana diorang punya bahasa. Jgn kepala kita sebagai rakyat tempatan dipijak sudah....

Tp aku percaya tak semua mcm tu. Ada yg berbudi bahasa... datang dengan niat utk mencari rezeki menyara anak bini kat negara mereka yg begitu  daif sekali.

Hurm.. adik.. oh adik... semoga kau belajar mcmmana susah payahnya mak ayah  mencari rezeki nak membesarkan kita adik beradik. Dan lepas ni... masuk tingkatan 4... mula belajar bersungguh2... krn masa depan kita terletak di tgn kita. Takkan selamanya nak mengerah tulang 4 kerat yg gaji hanya ciput? Sekurang2nya dia dapat belajar erti susah dan tak mau rasa susah nak hadapi masa depan.

Selasa, 23 Oktober 2012

Ibu

Rasa seronok sgt2 saat kali pertama dapat berinteraksi dengan sidia...
saat melihat denyut jantungnya,
saat tangan dia bergerak2....
erm....
canggih kan teknologi zaman sekarang... ada 3D dan 4D lagi...
Zaman tok nenek kita dulu tak dak benda2 mcm ni...
Hanya mengharapkan bidan kampung nak tahu kedudukan baby dalam rahim ok ke tak.
..
gambar ehsan: encik google
ha... bukan senang nak alami fasa pertama mengandung. Adik aku baru2 ni.. sampai pengsan2 kat opis. Kat dewan makan pulak tu... kesian dia. Mengandung anak sulung mmg  byk cabarannya. Ada org alah teruk, ada org tak alah langsung. Mcm2 pengalaman ada... Ada yg tak lalu tgk nasik, ada org yg selera mkn bertambah2... ada org nak tgk blog yg menjadi favourite dia sblm tu pun jadi muak... buka blog... nak termuntah. ha... mcm2 kan? Yg lagi teruk... bau suami pun tak boleh.... sian suami kan? Tapi nak buat mcmmana... sementara hormon dalam badan nak stabil balik...


Terima Kasih Ya Allah... krn memberi peluang untuk aku merasa indahnya menjadi seorang ibu....
Ya Allah.. Rahmatilah ibuku,
Buat semua yg bergelar ibu... Tahniah dan jadilah ibu yg terbaik buat anak2  krn mereka adalah anugerah yg tak ternilai...




Isnin, 22 Oktober 2012

kek besday

Seperti yg dijanjikan...
nin dia kek yg umi tempah sempena besday anak teruna umi...



Jumaat, 19 Oktober 2012

Buah Ciku

Buah ciku... Kalau  sebelah utara ni  sinonim  dengan panggilan buah sawa.
Aku suka akan baunya yg  bau manis2 gitu....
Dari kecik lagi... mmg antara makanan kegemaran aku. Kalau mak atau nenek bagi buah ni.. mesti senyum sampai ke telinga....


ha.. ni rupanya bila dah dikupas dan dibelah

Ciku merupakan buah buahan tropika yg dipercayai berasal dari Amerika Tengah,... Ohooo...
Nama sains dia pulak: Achras Zapota.. tudia!! sekali keluaq nama sains da....
Kandungan Kalsium dan Vitaman C lebih tinggi dalam buah ciku ni... Ha.. setanding dengan buah Pear gitu... Tak yah mahal2... belakang rumah boleh cari...

Tp buah ciku ni adalah pemberian seorang kawan sekerja. Baru je sebut teringin nak makan buah sawa. Minggu depan... toinggg seplastik dok depan mata. Thanks Mira. Rezeki.... Alhamdulillah....


Rabu, 17 Oktober 2012

Hadiah birthday Irfan

Untuk hadiah birthday thn ni... abah dia hadiahkan helipcopter ni... dok mintak lama dah...


kuat pulok menatang ni makan bateri...

meningkat pulak la bil elektrik....
:-)

Umi hadiah apa??? tak de apa2.. :-(

Selasa, 16 Oktober 2012

Durian Crepe

Aku tahu mkn saja.. buat tu tak pandai lagi.. tak pandai atau malas??? terus terang mmg malas bab2 buat kuih ni...
Bila mendengar tentang kesedapan durian crepe ni.. aku pun oder la... Ptg smlm sampai ke tgn aku.. 5 biji RM10. Maknanya sebiji tu  dlm RM2.

Inilah rupanya durian crepe tu...

x besar mana pun kecik aje...

ini rupa isi dalam dia... mengandungi whipping cream dan isi durian... sgt sedap

Nak dijadikan cerita, ptg smlm Irfan, Insyirah dan abah diorang datang Perlis naik Bas. Adui.. abah bawa anak jalan jauh ye... susu pun tak bawak .. sian Insyirah. So dalam kereta, diorang jumpa  durian crepe ni. Irfan 2 ketul, Insyirah 2 ketul.. tinggal la kat umi dia seketul. Jadilah... umi boleh rasa jugak... Depa mintak umi belikan lagi benda ni. Sedap katanya....




Isnin, 15 Oktober 2012

Selamat HAri Lahir yg ke6


Hari ni... 15.10.2012.. genap 6 tahun umur putera sulung aku... Syamsul Irfan. Sekejap ja masa berlalu. pejam celik.. pejam celik... ohhh dah tinggi dan besar anak umi.  Semoga anak umi membesar menjadi anak yg soleh, taat pada ibu bapa, hormat org tua, sihat sejahtera serta menjadi pembela agama, bangsa dan negara.. ohh terasa patriotik pula bila umi bercakap mcm ni. :-)

Mlm td, setelah diberitahu yg esok adalah birthday dia, abg dan adik bersungguh2 ajak p KFC.  Dah menjadi kebiasaan klu birhday sapa2 pun mesti p KFC, Tak dak tempat lain ka??? Mc D ke??? Marrybrown ke??? Dah la umi teringin lama dah nak mkn Samurai burger tu... hehe tp kehendak anak2 punya psal, umi ikut je la.. asal depa suka...

hanya oder dinner plate .. 3 ketul ayam untuk diorang. Buat masa sekarang tekak umi x bleh terima ayam, so umi hanya oder cheezy wedges. Tp pakat berebut nak cheezy wedges umi la pulak... akibatnya... abah kena perabis 2 1/2 ketul ayam goreng... kenyang tak abah?? hehehhe
erm.. adik klu tgk kamera, mcm2 aksi yg nak dibuat,

Ifran tya... Umi nak hadiah apa kat abg??
"umi hadiahkan kasih syg yg tak ternilai"
kasih syg ja ka? mainan tak dak??
erghhh... hehheheh..... Insyallah akan menyusul....


Jumaat, 12 Oktober 2012

Jalan2 cari makan sekitar bandar ARAU

tghari kalau hari jumaat kitorang suka ronda2 cari kedai makan... So tghari ni kami ke arau.
Hajat dihati nak mkn di kedai makan  Favourite kami iaitu Kafe D'kontena. Terletak di belakang pasaraya cmart arau. Sblm p tu, call dan oder dulu. sampai kedai, kedai baru buka.. so tunggu jela... jom layan pic yg sempat aku ambik, Kebetulan hari ni meriah krn kami dapat berkumpul ramai2. almaklumlah... masing2  kerja berlainan tempat sekarang ni... Bila dapat berkumpul mcm ni rasa seronok sgt2... Sorang je tak dak.. Kak su... lupa plak nak ajak tadi.. huhuhu sori sue...sbb tak nampak hg online hari ni.

memandang tekak aku ni masih belum dapat menerima makanan yg pelik2... aku oder koteow goreng je,, licin  hokey

spaghetty chicken mushroom ni... kak citah yg oder. mmg makanan kegemaran dia pun.. aku jugak suka.. tp setakat tumpang makan pinggan org punya je.. sbb aku pernah oder.. tp bercinta jugak la nak habis.. sbb perut aku ni jenis sebu....

chicken chop sos blackpapper.. ha.. yg ni pun sedap. Siti makan sampai licin.. baguih sungguh... :-)

koteow  tom yam... Mira punya... rasa td mcm sedap.. heheh mungkin sbb dalam claypot yg jadi sedap... 

gambar2 lain tak sempat nak snap sbb teruja dah nak mkn.. lapaq punya pasal... len kali aku update lagi  pasal makanan ni...  
Kalau tokey D'kontena tgk aku promote kedai dia ni..  Confirm len kali aku p, dia bagi diskaun.. hehhehe
tp dia kenal aku ke?? ahhahaha




wangian kereta

 ha... ni  satu wangian yg aku jumpa masa dok servey2 nak tukar car perfume baru... saja nak try yg lain plak selain ambi pur

"hokkaido Lavender" sedap jugak bau dia... Beli kat Giant Alor Setar. RM 15.90....
 Cubalah,,,, 

Khamis, 11 Oktober 2012

JASa BoNdA ~ warisan

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untukmu kehidupan yg sempurna
Punya kekuatan jiwa... punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yg diwarisi ..Pesan ibu terpahat dihati
Beringat2lah berpesan2 utk kebaikan
Marah bukan kebencian, Itu tanda syg....

Engkau semakin dewasa berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua membilang usia
Disaat kau berjaya, dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa.... Jasa bonda


psst: pendek je lirik lagu ni . Tp cukup menyentuh hati dan perasaan. Sungguh benar apa yg ingin disampaikan... Ibu bapa marah anak2 bukan sbb mereka benci tp sbb mereka syg.
Baru2 ni Irfan tanya aku: pasai apa umi suka marah abg? umi tak syg abg ke?
erm.... berlegar2 juga nak cari jawapan  yg membuatkan dia  faham kenapa aku marah dia..
so aku teringatla lirik lagu ni.
Umi marah bukan sbb umi benci. Umi marah sbb umi syg.
Contohnya la kan.. Abg main pisau.. sbb umi syg, umi akan marah abg.. umi tak bg main pisau . sbb apa?? sbb umi syg la... umi tak mau tgn anak umi berdarah kena pisau. Klu  berdarah, nanti sakit.
Katakanlah umi tak syg abg... klu abg pegang pisau, umi biar saja.. biarla.. kena  biaq p, biaq sakit... ha... tu baru tak sayang..
Irfan jwb... oooo marah sbb syg la kan umi?
Aku hanya tersenyum dan menjawab... mestilah umi sayang anak umi....




Isnin, 8 Oktober 2012

Mega TT PPEOC, Bukit Ayer, Perlis

Sabtu lepas, Aku join aktiviti konvoi  untuk menjayakan aktiviti  mega TT kelab Persona.
Mula2 pulun nak p sbb tarikh TT tu asben cuti. Nasib tak baik, tarikh tu telah diubah ke tarikh selepas itu. Hrm.. hati ni mmg  niat tak mau p dah... Tp asben yg bg kebenaran suruh join. So.. aku apa lagi, dah mmg aku minat aktiviti konvoi ni. Lagipun tempat yg ingin dituju tu aku dah biasa, Kalau luar dari Kedah dan Perlis, pakai tak p dah...

pakat berkumpul di stadium utama Kangar, sbb nak tunggu escort dari polis trafik.

ha.... antara kereta yg  ikut serta....

antara ahli2 kelab yg sporting...

siap sedia nak berlepas dah...

bestnya boleh main sukaneka.... kesihatan yg tidak berapa mengizinkan membataskan pergerakan.. tak bleh lasak2 ok.. :-)


insyaallah... mega TT Tahun depan, boleh join lagi... :-)





Khamis, 4 Oktober 2012

TiRaMiSu

Hajat dihati dari minggu lepas lagi nak mkn tiramisu.
Tp terpaksa tunda sbb kwn yg buat tiramisu ni terpaksa cuti kecemasan sbb pak mertua dia kritikal.
So, hr ni dia telah tunaikan janji dia untuk oder tiramisu.. Hurmmm Tq CT....




Gambar2 diatas adalah gambar tiramisu ye.... klu nak oder sila oder ngn kwn saya 
Saya tak pandai bab2 buat kek mcm ni... :-)
Apa pun... mmg sedappppp






Isnin, 1 Oktober 2012

hari minggu

alhamdulillah... abah budak2 ni selamat sampai ke Alor Star jam 6.30 pagi hari sabtu. Semalaman umi tak boleh tidur krn Penat Irfan menyerang lagi. Biasa la musim hujan mcm ni. Kesian tgk dia menahan sakit. Sblm pergi jemput abah dia kat Shahab Perdana, bg dia minum ubat penat dulu. Nanti siang boleh bawa pergi buat Nebulizer pulak.
Dalam pukul 9 pagi bawa Irfan gi klinik. Tp dr kata dah ok sikit. Tak pelu  nebulizer, Alhamdulillah.... just mkn ubat je, Klu  teruk juga, mlm  baru dia nak buat  nebulizer semula. Nak balik dari Klinik, tgk sorang  mak cik ni bertongkat dengan seorang anak dan seorang cucu menunggu di luar klinik. Mak cik ni minta tolong hantar ke rumah dia. Td datang klinik tumpang org. Ni nak balik org tu tak dapat nak ambik sbb org tu ada kerja. Hurmm... lagipun kawasan ni walaupun  kawasan bandar, tp susah  untuk dapatkan bas. Suami  kata... nak tolong hantarkan. Sbb tgk mak cik tu kesian... tak larat nak jalan.
Balik rumah dan sambung tidur lagi....
Lepas maghrib baru balik kampung. Bermalam kat kampung. Irfan pulak abah dia tak bg p sekolah sbb takut penat tak baik lagi. So balik kampung kali ni... ada aktiviti menarik iaitu memancing... :-)
Irfan dan Insyirah dah siap sedia nak ikut mak tok diorang p memancing kat sawah dan gelung air.

mula2 pilih gelung air ni dulu... air dari sawah  mengalir masuk ke gelung air ni dulu sebelum disalurkan ke sungai.

ha.. sekali letak, dah dapat sekor anak ikan puyu.... Irfan pun dapat sekor. Pandai jugak anak umi memancing ye...

lembu ni pun mcm malu2 je bila org nak amik gambar dia... byk sungguh lalat hinggap kat kaki dia.

umi pulak amik kesempatan untuk berehat dibawah pondok ini sambil menikmati keindahan alam...

Tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar sawah. Krn selepas ini mungkin sawah2 ini sudah tiada. Tgk tu... kawasan perumahan rancak dibina.... dan tanah2 sawah ditepi ini juga akan lenyap tidak lama lagi.... Maka kampung ini akan  jadi kawasan perumahan.. Makin maju tp keindahan alam itu akan hilang... Sayang sekali!....