Khamis, 27 September 2012

bila hujan

ptg2 skrg ni  balik kerja mesti hujan, so... aku  dah tak perlu bersusah2 siram pokok bunga.... pokok2 dah kena tempias hujan.. cuma pokok2 yg ada dalam garaj tu je yg kena siram sikit2....
seronok bila tgk anak2 pokok keladi aku mula naik bercambah, rasa bahagiia je....

begitu juga dengan pokok2 ini... dah penuh pasu.. rasanya perlu ubah ke pasu lain, agar anak2 yg baru tumbuh tu dapat bernafas dengan lebih selesa. tp apakan daya... mood untuk bercucuk tanam hilang entah kemana... insyaallah.. lepas ni akan tambah dengan pokok yg bewarna warni... agar tak nampak seperti hutan... :-)

Ya Allah... syukur krn  engkau turunkan hujan.... bila hujan, semua tanaman subur, cuaca sejuk... tak perlu pasang kipas.... Hujan itu Rahmat Allah...
 

Selasa, 25 September 2012

hari pertama kena tinggal

Hujan renyai2 membuatkan rasa malas nak bangun, rasa mcm nak tarik selimut je...
Sungguh mencabar untuk kejutkan anak teruna bangun dari mimpi. Mcm2 umi buat. angkat kaki, tarik selimut, korek telinga, geletek2, tak sedar langsung. Sekali lagi cuba kejutkan... "bangun.. umi nak p keja, lewat dah ni syg. Nanti umi tinggai abg na...."
Anak teruna terus bangun... :-) Kesian dia... Bila abh tak dak, terpaksa la dia bangun awal. Aku tak nak susahkan mak mertua pagi2. Kesian pulak ... seharian nak kena pekesah kat cucu2 dia. dah la nak mkn pun dia kena suap. Alhamdulillah.... aku dikurniakan seorang ibu mertua yg baik seperti mak aku sendiri.
Dan... dah dekat seminggu Insyirah tidur ngn mak ngah dia. Mlm tadi aku ajak Insyirah tidur sekali. Dia datang terkedek2 dekat aku.
"adik nak tidoq ngn mak ngah. Umi buat adik"
errr... alahai anak... tak boleh kena marah sikit. rajuk berpanjangan. Uhuhuhu...

mlm tadi dah pakat tepon abh tanya bila nak balik.... Rindu barangkali...

Buah hati umi....penawar dikala duka, penghibur dikala kesepian....
Biar pun apa yg terjadi, anak2 adalah anugerah yg tak ternilai.....

Isnin, 24 September 2012

Kursus lagi dia...

Smlm en hubby tersayang dah bertolak ke Kluang, Johor krn ada kursus.  Aku tya la.. kursus apa bang??
"kursus solat"
"ceh!!! solat pun nak kena p kursus ke?"
"ingat team building je yg  bleh kursus? Solat pun perlu kursus tau.... Sejauh mana pun akan abg redah klu bab Ilmu mcm ni. Free pulak tu. Dah jabatan yg calonkan.. Balik ni boleh share ilmu  dengan org lain. Dapat Pahala."
Gulp!!! aku hanya dapat menelan air liur atas kesilapan ayat aku td.
Mmg betul... kdg2 kita rasa kita dah betul.. tp setiap hari kita perlu belajar untuk  memperbetulkan lagi apa yg menjadi kebiasaan kita....
Bila aku tgk pengisian tajuk2 dalam ceramah yg akan disampaikan.. aku sendiri pun rasa teruja nak p kursus tu... Tp aku jabatan lain, org tak jemput! hehhee...
Apapun, seminggu la kena berjauhan dgn cik Abe. Harap2 minggu ni aku tak teruk mcm selalu... Tak de org nak tlg picit kepala....
Insyirah kata: '' Abah p tuih" masih lagi pelet... terhibur dengan telah si manja.
Umi jwb: Tuih tu ludah... hehhhee


Jumaat, 21 September 2012

twister KFC

apa sahaja jenis makanan terasa sukar untuk ditelan.
Rehat hari ni member2 ajak p kfc.
KFC??? bunyi ayam saja sudah membuatkan tekak ini geli geleman.
sampai KFC.. nak mkn apa ye???
sampai depan kaunter, dengan yakinnya aku terus oder twister dan cheezy wedges.
Alhamdulillah, twister habis separuh.. cheezy wedges.. yillek... licin.
separuh lagi bungkus letak dlm handbeg.. balik mkn kat opis...
Dalam tak lalu ayam... kenapa aku mkn twister ek? sedangkan isi dalam tu ayam... :-)

gambar  ehsan: google
mood malas nak ambik gambar sbb ada some of my fren dah ckp cda the uploader...
:-) dah tabiat suka ambik gambar makanan n letak dekat FB...

he... setiap org ada citarasa masing2... ada org suka berkebun, ada org suka amik gambar  org lain... ada org suka ambik gambar diri sendiri, dan mcm2 lagi .

Rabu, 19 September 2012

pengakhiran sebuah ikatan perjanjian

Aku sendiri tak tahu bagaimana untuk memulakan penulisan ini. Tapi biarlah aku kongsikan sebagai pengalaman aku dan keluarga aku untuk dijadikan bahan cerita pada hari ini.
 
bermula puluhan tahun dahulu.. sewaktu tok wan menetap di air Hitam, abg kepada Tok wan minta Tok wan balik  buat kampung di tanah milik abg tok wan. Katanya Duduklah disini sampai ke anak cucu cicit. Kami takkan kacau. Dengan janji yg diikat, terbinanya 3 biji rumah anak2 tok wan termasuk rumah milik ayah aku.

Tp bila abg tok wan  dah tak ada, tok wan pun dah pergi menghadap Ilahi, kini yg tinggal masing2 nak tunjuk kuasa.... Lupa akan perjanjian. demi kuasa, demi wang ringgit, manusia dah tak kenal saudara. Kami dgr khabar, tanah tu akan dijual pada pemaju untuk dibuat rumah. Tp minggu lepas, tuan tanah sendiri a.k.a sepupu ayah datang. Katanya jgn risau, kami nak ambik tanah depan ni saja, rumah kami takkan kacau.

Tp... perkhabaran mlm tadi sungguh menyedihkan. Dia kata, nak ambik jugak tanah tu. Suruh ubah rumah ke tanah sebelah. Tanah sebelah?? tempat bangsal lembu!.. Nak ubah rumah??? bukannya rumah kayu mcm zaman dulu, boleh main ubah2... Ni rumah batu, ubah habis pecah la rumah....
Erm... tgk betapa mudahnya melayu lupa pada janji..
Dan sebagai pengajaran... itu tanah org. Tak da nama dlm geran. Masuk mahkamah pun sah takkan menang.

Mlm tadi sengaja ayah cabar dia, kami nak lawan. Tp dia jadi cuak!.. Jgn la macam ni pak su, kita kan adik beradik... OOO ingat pulak kita ni adik beradik. entah la.... hidup ni sebenarnya memerlukan hitam putih... Perjanjian mulut tak boleh pakai mengikut undang2... Tp undang2 Allah kan ada...

kalau boleh, kami nak tuntut hak kami. Bukan kami nak banyak mana pun, cukupla wang pampasan yg memadai .. krn rumah itu juga kami bina hasil dari titik peluh sendiri.. bukan secara haram. Tp itulah patut lah kenduri baru2 ni boleh buat2 tak kenal, buat tak nampak, Rupanya takut dengan bayang2 sendiri krn hati dan minda telah merancang sesuatu. Terima kasih byk2 atas penganiayaan yg dibuat, Allah itu ada.

Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami. Berilah petunjuk dan jln yg terbaik utk kami.

Selasa, 18 September 2012

oho ais... oh ais

pagi td sebelum bertolak ke tempat kerja, sempat sarapan sekeping roti gardenia dan segelas susu. Tp... apa yg masuk, itulah yg keluar balik.. bukan rezeki aku barangkali. Sampai di opis, adik aku belikan sebungkus nasi lemak. Itupun hanya 2 sudu mampu aku telan.
aku turun ke kafe, hajat dihati nak beli teh ais, tp lori ais belum datang. so... teh tarik pun jadi la.....
sekarang tgh kunyah biskut je....

Jumaat, 14 September 2012

apa nak dikata

suami saya pesan.... jgn suka marah org, nanti org tak suka, nanti org benci.
Kalau tak marah, depa tak dgr kata....
Kalau saya baik... nanti depa pijak kepala....
tghari smlm budak2 ni berani perli arahan saya....
saya bukan nak mengarah, tp dah itu peraturan.
Saya cuma jalankan tanggungjwb yg telah diberikan kepada saya.....

Cuma saya pelik,
Mak ayah hantar mengaji sbb nak cari Ilmu..
So nak cari Ilmu yg berkat kena lah buat kerja2 yg  tidak mendatangkan masalah kpd org lain.
Hurm.... ni korang mencuri...
kenapa ye????
 hurm....tak tau nak kata apa.. cuma mampu mengeluh.

Khamis, 13 September 2012

piscanita sambut lawatan isteri menteri pengajian tinggi

baru balik dari sambutan sempena lawatan isteri menteri pengajian tinggi. piscanita ni adalah kelab   isteri isteri dan isteri staf . so yg hadir sudah tentulah semuanya wanita..... :-)

 Kedatangannya ke sini adalah sbb teringin nak melawat sini  bila dia balik kampung. Kecik molek serta kiut orgnya. Datin Seri Rosni Omar.
   
dari percakapannya, nampak dia seorang yg sangat lembut. sbb tulah org kata, kejayaan seorang suami tu adalah disokong oleh isteri 

yg lemah lembut, sejuk mata memandang.. hehhehe////


Silap x bawa  kamera td.. tidak bleh jugak snap sekeping dua gambar beliau.

Tak sangka plak kitorang  dikejutkan dengan jamuan aidilfitri. Ingatkan mkn biasa2 je...
Rupanya ada mcm2 makanan, 

Satay, laksa, bubur kacang, cendol pulut, nasik beserta lauk,soto, alhamdulillah... Rezeki....




Rabu, 12 September 2012

koleksi jahitan manik sempena aidilfitri 2012

ni baju puteriku Insyirah.... ternyata dia sgt suka!

ini tudung pemberian mak su insyirah, tp umi tambah sikit bunga2 biar anak umi nampak lagi comey....ternyata insyirah suka jugak... rasa bahagia sgt bila anak sendiri puji umi jahit cantik!...

ni pulak sudah semestinya baju uminya.....

ni pulak manikuntuk tudung anak sedara~ nurul khairun nisa~

ni juga tudung buat anak sedara ~wan athirah natasya~

ni pulak tudung adik saya.... simple je... tgk tu, belum hilang kesan lukisan sbb belum basuh lg...
beading atas tudung bawal mmg menguji kesabaran

ini pulak tudung Qaisara~ anak member satu opis~

tudung adik jugak... ni pun nak buat jugak atas kepala... tp nak yg simple2 je....

baju kawan lama... kawan masa zaman sekolah rendah, jumpa balik kat FB, terus tempah baju... hehhehe thanks sakinah.

ini baju adik jugak... 

baju cikgu sekolah adik ipar ~ 1st time buat crumble~ hehhe

ini baju sahabat baik aku~ sity aiza~ thanks ye ct.///

baju adik ipar...

ni baju cikgu za.

baju anak sedara shila... shila beaders yg paling bz... so dia pass baju yg tak dan jahit kat aku... heheh thanks2... rezeki.

ni pun baju anak sedara shila jugak....

ni bahagian bawah baju....

baju anak sepupu je lupa nak amik... entah kenapa ye??? termiss la plak part tangkap2 gambaq ni....






















Isnin, 10 September 2012

segenggam tabah....

Ku mula langkah dengan bismillah....
Ya tuhan berkatilah langkah dan perjalanan hidupku,
Kususuri jln yg telah engkau takdirkan dengan seribu harapan,
Agar ianya adalah pahala buatku.

Ya Allah,
Kuatkanlah diri ini...
Berikanlah aku segenggam tabah,
utk aku terus mengharungi ujian ini,
krn aku yakin dengan apa yg telah Engkau janjikan...

Buatmu Suami tercinta,
ku harap engkau bersabar dalam melayani karenah2ku..
Tak lama syg....
sekejap saja...
detik2 ini akan berlalu jua,...
Semoga engkau faham apa yg aku rasa.....

Untuk anak2....
Maafkan umi,
umi tak terdaya......