Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat hari Raya Aidil fitri

 Nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua blogger dan kenalan ... Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada menyakiti hati sesiapa... Kita sama2 belajar untuk jadi yg terbaik.. Jadi, lupakanlah segala persengketaan... Moga Rahmat Allah tak jauh dari kita....

Kepada yg balik kampung halaman tu, berhati2lah di jalan raya.... semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju....

Selamat Tinggal Ramadhan yg penuh keberkatan......

Khamis, 9 Ogos 2012

puding caramel ~ pencuci mulut berbuka puasa ke 19~

bimbang susu cair yg telah dibuka  rosak, sbb guna sikit ja... balance banyak lagi, so, fikir punya fikir.. ha... buat puding caramel je aaaa.. cepat dan mudah. balik kerja samapi rumah pukul 6.. sempat sediakannya...
ni hasilnya, permukaan tak berapa cantik.. tak tau pasai apa.. mula2 naik elok... lepas tu dia mcm turun sikit..
untuk resepi  klik sini...

Rabu, 8 Ogos 2012

menu sahur ke 19~ nasi goreng~


nasi goreng lagi.... pakai cili hidup supaya tak terlalu pedas.. tp  sbb jenis lidah yg suka pedas,,, potong cili padi masuk jugak sikit.... Untuk tidak membazir, letakkan baki butter prawn yg tak habis sahur kemarin... er... best jugak bila rasa butter prawn ni dimkn dengan nasi goreng... rasa lemak2 gitu.. :-)

Selasa, 7 Ogos 2012

menu sahur ke 18~butter prawn~

ha.... dari minggu lepas lagi mengidam nak mkn butter prawn. mengidam? Hhahah/... ni semua gara2 tgk masakan artis siti Sariyanti masak dlm rancangan ketuk2 ramadhan la... alkisahnya,,,,
So mlm tadi terhasillah butter prawn.. atau dlm nama melayunya udang butter...
Boleh tahan jugak rasa masakan ni... Meh aku syerkan resepi ni utk sapa2 yg tak pernah try lagi....

1) mula2 bersihkan udang dan goreng udang dlm minyak panas, angkat udang bila udang sudah masak.
2)masukkan sedikit buttercup di dalam kuali. lebih kurang 2 sudu.
3) Tumis bawang putih dan sedikit daun kari.
4) masukkan udang yg telah digoreng tadi.
5) Tambahkan butter cup lebih kurang 4 sudu.
6) masukkan sedikit susu cair. aku gunakan susu cair Dairy champ... heheh ter pengaruh ngn TV lagi...
7) tambahkan sedikit garam dan sedikit gula....
8 sedia untuk dihidangkan...

sedap mkn dengan nasik panas2...

Jumaat, 3 Ogos 2012

menu sahur ke 14~ ayam lemak masak lada hitam~


resepi untuk sahur hari ini... ayam lemak lada hitam.. main campak2 je.. tak de resepi.. Boleh tahan rasanya... so sapa2 nak try menu  bersahur cara ni boleh la cuba,,,,

1. perap ayam dengan garam, kunyit , dan bawang merah yg telah ditumbuk.
2. panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg telah ditumbuk halus.
3. masukkan ayam tadi... dan goreng sebentar. lepas tu masukkan sedikit air.
4. bila  menggelegak, masukkan lada hitam yg telah ditumbuk.
5. kemudian masukkan satu sudu sos tiram
6. masukkan sedikit santan. perasakan dengan sedikit garam....
7. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan biarkan sampai ayam masak .

:-)





Rabu, 1 Ogos 2012

menu sahur ke 12

mlm td prepare siap2 juadah sahur untuk pagi ini. Mcm tau2 ja pagi ni nak terlewat...:-)
buka peti ais nampak ikan mambu yg mak bg ahad lepas.. Hurm... nak buat gulai asben tak minat, nak buat sambal .. asik2 sambal je menunya... fikir punya fikir.. aha.... buat stim je la...
sediakan bahan2 seperti bawang besar, serai, halia, carrot,btang daun sup dan hirisan lemon... ha.. sementara tu bolehlah panaskan periuk kukus kita ye.... bila dah panas baru masukkan ikan ni kedalam periuk.
bila ikan hampir masak, ambik kuali, tumiskan bawang putih dan masukkan sedikit sos tiram dan sedikit stock ayam serta cili padi. bila masak, curahkan kedalam ikan kukus tadi. Boleh taburkan daun bawang dan daun sup. lepas tu kukus lagi sampai betul2 masak...

senang kan???

ha... tak lupa jugak... sambal ikan bilis.
sambal ikan bilis bersama kacang. sepatutnya menu sahur yg ke 11. Tp tgh goreng kacang tetiba plak gas habis. So.. simpan dulu kacang. Mlm td baru goreng ikan bilis utk dijadikan sambal...

pssst:: harap2 post ni tidak mendatangkan makruh. Sbb tak de niat untuk bg org lapar ke hape,,, hanyalah untuk koleksi kenangan bulan ramadhan... Dkt FB mcm2 input dari frens... sian plak dekat org2 yg terbabas sahur tu... tp blog ni tak ramai yg tahu.... :-)