Selamat menjalankan ibadah rukun islam yg ke3. Alhamdulillah tahun ni dapat sambut puasa bersama keluarga. pendek kata tak kerja. Biasanya setiap tahun puasa jatuh pada hari bekerja. Memandangkan Perlis tak ambik cuti 1 Ramadhan, manakala Kedah pula cuti pada 1 ramadhan... membuatkan aku rasa jelous kepada org yg bercuti itu.. Tp thn ni.. ha.... 2 hari cuti gitu... sabtu dan ahad.
Dan tahun ini juga, aku berpeluang solat sunat tarawikh di Masjid... alhamdulillah. anak pun dah cerdik, boleh la tinggal sekejap. Insyaallah..
Dan.. kepada pembaca2 yg pernah tersingguh diatas penulisan yg sememangnya mempunyai banyak kelemahan ini, aku mohon ribuan ampun dan maaf. Segala keterlanjuran kata adalah dari diri saya sendiri.
Yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk dari diri kita sendiri.
mari kita banyakkan amal ibadat kita... mari kita berlumba2 rebut pahala dan ganjaran yg Allah telah janjikan pada bulan yg mulia ini.. Semoga hidup kita lebih berkat.
Amin...
Isnin, 23 Julai 2012
Jumaat, 20 Julai 2012
Selepas 6 tahun, aku kembali lagi ke sini
LAngkawi ni tempat honeymoon aku... lepas honeymoon tak jejak2 kaki ke sini pun.
erm... semuanya terjadi tanpa dirancang. Tapi best jugak.. sbb apa.. setiap kali aku rancang nak gi langkawi, mesti tak jadi, mesti ada halangan yang buatkan menda tu tak menjadi. Tp kali ni aku pergi tanpa rancang sbb percutian ni adalah percutian famili mertua.. mulanya aku mmg plan tak nak ikut. tp takdir yang bawak aku kesini.. cewahhh ayat.. hehehe
Nak bercerita tentang pengalaman aku ke langkawi kali ni mmg dahsyat. 2 plastik beg aku muntah tau... huhuh... sebelum2 ni tak pernah muntah pun.. Ini adalah fenomena biasa bg org yg tak tahan mabuk laut mcm aku. Akibat dari pukulan ombak yg agak teruk aku rasa... rasa mcm nak terburai segala isi yg ada dlm perut... huhhuhu

sebelum feri bertolak, aku dah p dok tempat org lain sbb tempat duduk aku org lain yg duduk. Oleh sbb malas nak suruh org tu bangun, aku pun main bedal je la tempat duduk org lain. Tiba2 datang satu famili lain.. siap marah2 aku lagi... tarik muka tu tok sah cakap la..... mulut sampai ke dagu ditariknya.... hurmm, beradab la sikit mak cik dan pak cik, cubalah belajar berbudu bahasa. dah la masa tu aku tgh bancuh susu dekat anak aku... hurmmm sungguh tak bertimbang rasa.... aku bngn dgn tangan memegang botol susu dan beg pun tak sempat tutup... suka suki dia je nak maki aku... tebal je muka aku masa tu... mmg salah aku pun duduk tempat depa.. tp entah la... masyarakat melayu sekarang sudah hilang adab dan tatasusila... jgn salahkan anak kita bila anak tak hormat org lain sbb anak kita belajar dari mak bapaknye... huhuhu
Tp syukur, kejadian tu sebenarnya ada hikmah di sebaliknya... aku dah bertukar balik ke tempat asal. Terpaksa aku bercakap dengan org yg duduk tempat aku... " excuse me sir, what is ure seat number? this i my seat..." Pas tu... cina tu ckap... " oooo ada number ke? yang mana ya??? sori yaaa.. i tatau ada number"
See.... apa yg berlaku? ermm pak cik mak cik tu patut lebih belajar untuk jadi sopan.. bukan main sergah org mcm ayat ni... " kami dah beli seat 4 beranak ni.. P la duduk tempat sendiri... haishhhh menyusahkan org!" sungguh biadab, tiada budi bahasa bagi aku.. Sungguh aku rasa nak marah tp memandangkan dia lebih tua.. aku hormat dia. Tempat asal aku kat depan sekali... rasa luas gitu. dekat ruang letak beg... hehehhe..
Nak balik, terpaksa aku cari ubat untuk tahan mabuk laut....
ha,,,, ni ubatnya.. makan 2 biji setengah jam sebelum bertolak... harga RM8.90 sekotak.
ada 6 biji....
Alhamdulillah... perjalanan balik dipermudahkan . Aku tak muntah...:-)
Khamis, 12 Julai 2012
rajuk
saat kaki ini jejak di lantai rumah, mata liar mencari dimanakah kelibat anak2.. rupa2nya sedang mandi dibilik air. Puas bermain lecah hujan barangkali. Bimbang diserang selsema, umi terus capai tuala memberi isyarat supaya cepat2 keluar dari bilik air. Setelah sarungkan baju, bawa mereka ke pasar malam.
Balik rumah waktu maghrib hampir di hujung dahan. Segera tunaikan kewajipan terhadap Pencipta. Anak2 biar dulu di rumah nenek mereka.
Selesai si abg mengaji, terus dia balik rumah mintak umi tolong ajarkan kerja sekolah.
Si adik pun terkedek2 mengikuti si abang sambil minta..."umi nak henset"
Selesai abg buat kerja sekolah, abg capai sepucuk satay yang menjadi makanan kegemaran abg sambil berjalan menuju ke sofa. adik pun mengekoq abg dari belakang. Kemudian, PAPPP... adik hentam belakang abg dengan henset. Abg apa lagi... terlompat2 menangis sbb sakit;
Umi yang sememangnya kurang sabar dalam mendidik anak2... terus gosok belakang abg sambil marah si adik. Si adik diam sahaja... tanda dia salah.
" umi .. nak p dekat mak ngah"... tau dah umi..... merajuk la tu....
dalam hati... ahhh kenapa aku tak tahan sabar tadi? kenapa aku marah dia???
Malam td umi tidur tanpa adik disisi...
Hhuhuhu.....adik dah pandai merajuk.....
Ya Allah... berikan aku kekuatan dalam mendidik zuriat yg telah engkau amanahkan buatku....
Semoga aku menjadi ibu yg lebih sabar dan bijak dalam melayan karenah anak2....

Rabu, 11 Julai 2012
pipi berparut
kesian adik..
muka dah berbirat ha.....
bila jalan suka tak pandang depan....
bila jalan suka lenggang lenggokkan kepala...
akibatnya terkena bucu kandang arnab!!!
kesian adik.
berparut.. nampak ganas kan???
apapun.. anak dara ni mmg jenis tahan sakit.
nangis kejap je... mintak letakkan minyak angin... lepas letak ubat, terus senyap mcm tak dak apa2....
Selasa, 10 Julai 2012
Suami dan isteri
Disaat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya dulu..
Disaat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya senantiasa...
Disaat kamu ingin menduakannya, bayangkan jika dia selalu setia bersamamu...
Disaat kamu ingin membohonginya, ingatlah saat dia jujur kepadamu...
Tetapi awas ! Jangan sampai disaat dia sudah tidak berada disisimu lagi...baru anda sedari betapa bermakna semuanya untukmu...
Yang indah hanya sementara...Yang abadi adalah kenangan...
Yang ikhlas hanya dari hati...Yang tulus hanya dari sanubari...
Oleh itu, belajarlah untuk jujur pada diri sendiri, lakukan apa kata hati, sehingga kamu tidak perlu lagi menyembunyikan apapun dalam hidupmu.
petikan dari FB.. sweet je kata2 ni...so tak slaah untuk kita sama2 berkongsi kan???
buat si suami selalulah puji isteri anda dari puji org lain.. mesti isteri akan kembang semangkuk. Tak payah suruh pas ti apa saja dia akan buat sbb perempuan sukakan pujian....
Jumaat, 6 Julai 2012
sarapan minda
Pagi2 sekarang ni lebih tenang mendengar motivasi pagi yg disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew yg dikeudaran oleh IKIM.fm. Banyak ilmu yg kita boleh manfaatkan bersama. Pukul 7.30 pagi tu akan keudara.
7.45 pagi pulak tukar siaran KEDAH fm dengar pulak doa Rabitah. selepas tu ada slot cuit2 Ustaz Kazim Elias/ DR syukri Abdullah/ dan sorang lgi sheikh ni aku terlupa nama... femous dia ni... sbb masa aku kursus kahwin dia antara penceramah aku. Selpas segment tu disusuli pula dengan doa dhuha,,,
Rasa tenang sgt bila kita dihidangkan dengan sarapan minda dan alunan zikir di pagi hari.

Langgan:
Catatan (Atom)