Selasa, 27 Mac 2012

keterujaan anak2 nak main flash card baru

bila balik rumah buka.. sekali.... mak dia pun tak reti main da.... untuk tambah tolak matematik tu mak dia tau la... tp untuk permainan dominos tu.... failed. camna nak ajar anak? haduiii....

dan.. inilah sebahagian daripada keterujaan anak dara aku nih...

last sekali main susun2 dalam kotak balik je...:-)

Jumaat, 23 Mac 2012

Flash card lagi...

semalam bercerita pasal flash card.. hari ni pun nak bercerita pasal Flash card.
Balik smlm umi dah tunjukkan  flashcard dekat anak2..dan mendapat respond yg baik dari mereka. dalam kereta, boleh main teka2 flash card sambil kenalkan mereka dengan huruf tu.
untuk huruf 'J dan j" sambil tunjuk kat adik.
adik terus jawab Payung... erm.. boleh tahan jugak ingatan adik ni. Mmg umi ajar.. yg mcm payung ni J... tp dia lebih ingat payung... tersenyum abah disebelah yg memandu... semoga ada anjakan paradigma buat anak2 umi....:-)
selesai sudah  huruf rumi dan Jawi, cuma tunggu nak buat  nombor pulak.
Tp umi rasa umi harus batalkan niat untuk  menulis nombor krn umi baru je terima hadiah pemberian kawan umi... Aunty citah... Thanks Aunty citah... atas hadiah untuk besday insyirah ni... mcm tau2 pulak umi suka hadiah mcm ni... hehehhe...
 Tak sabar nak balik tunjuk kat insyirah,...:-)

Khamis, 22 Mac 2012

Flash Card Untuk Irfan & Insyirah

baru siapkan Flashcard untuk Irfan dan adik..
Tetiba je umi rasa  rajin nak buat sendiri.. cari manila kad... dan buat la apa yg termampu..... mungkin lagi berkat... hehehhe Insyaallah....
Rasanya  dah tiba masa untuk Insyirah pun sama2 belajar mengenal huruf ABC ni... Untuk huruf2 jawi, aku dah bg dah dekat bapak mertua untuk buat flash card.. nanti bila siap aku publish na....
so skrg, meh kita layan  flash card pesen aku ni... buruk je...:-).. teruja

Mula2 buat kotak2 mcm ni lebih kurang dalam 4 inci setiap kotak... Kemudian  tulis huruf besar dan huruf kecil sebelah menyebelah.

ha.... pas tu gunting la kotak2 supaya jadi mcm ni... senang kan??


Ha.... ok tak??

Isnin, 19 Mac 2012

kenapa peniaga harus naikkan harga makanan dimusim cuti sekolah??

Rata2 aku dok tgk.. bila tiba saja musim cuti sekolah, mesti org nak bawak anak2 jalan2.. makan2...
Tp peniaga2 ni selalu amik kesempatan keatas pelanggan. Time mcm ni la segala harga barang akan dinaikkan.. termasuklah makanan.
aku  bising2 ni sbb  kebetulan jumaat lepas, aku  ngn kwn2 kuar mkn dekat sempadan. Tak sangka pulak naikkan harga makanan  tak logik langsung.

pulut durian

Mmg dah lama teringin nak mkn pulut durian. So aku oder somtam sepinggan. Somtam yg selalu aku mkn tu.. Tp kali ni tak sedap langsung. masin giler... may be dia kalut sbb pelanggan ramai. then aku oder dan mkn la pulut durian dengan rasa sedapnya....
Masa kami nak gi bayar.. tetiba mak cik yg kira ni.. dia kata.. mkn tomyam sekali kan?
kami jw la.. tak la.... pak cik ngn isterinya yg duduk sebelah menyebelah ngn kami mkn tomyam la...
dia mencari2 kelibat pak cik tu.. tp pak cik tu dah berlalu ngn isterinya. Aku nampak pak cik tu bayar dekat sorang lagi pekerja.
yg  mak cik ni jenis tak paham bahasa. dok berleter kat kami pulak..  dah la hari jumaat, klu tak dak duit jgn mkn... adoii!!!! sakit telinga haku.
pa stu tetiba dia kira kat aku... harga  makan somtam baru RM4, air Rm1. Jumlah semua RM13.. masa bayar tu aku tak perasan apa2 sehinggalah kwn aku tya:  tak berasa mahal ke makanan yg dibayar??
Aha.. ye la.... sbb mak cik tu bisinng tadi dah ganggu kosentrasi aku... huhuhu.. maknanya harga pulut durian  coet tu RM8 ... eshh mahal gilos.....
ermmm cekik darah betul..
kepada peniaga2.. ingatlah.... duit org tu....
jwb la kat akhirat nanti....



Selasa, 13 Mac 2012

Alor setar Berbunga lagi

setiap tahun, akan ada satu musim yang mana pokok2 yg ditanam ditepi2 jalan akan mengeluarkan bunga yg sangat cantik.. tetiba rasa mcm berada kat Jepun pulak. Warna pink dan putih menghiasi tepi2 jalan.. sungguh cantik.. Jemputlah datang ke alor setar.



Takziah buat keluarga adik Dirang

Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan kehilangan kanak2.
corak kehilangan sama iaitu... hilang selepas keluar ke kedai atau hilang selepas balik dari taman permainan.


Ibu mana yg tak berdukacita atas kehilangan anak tersyg. Dalam hati mengharap agar anak yg tercinta dan dirindui akan dijumpai dalam keadaan selamat. Tp ternyata.. Allah lebih menyayangi anak kecil ini.
Setelah berbelas hari hilang, segala kekusutan dan tanda tanya terjawab apabila mayat yg rentung dijumpai di ladang kelapa sawit adalah milik anak kecil ini.

Sebagai seorang ibu yg  mempunyai anak seusia mangsa, aku dapat rasakan kebimbangan dan rasa dukacita atas cara pemergian anak ini. Sungguh kejam manusia yg sanggup melakukan perkara keji dan terkutuk. Tak dapat aku bayangkan bagaimana tubuh kecil itu meronta2 meminta pertolongan ketika api sedang hangat memamah tubuh kecil itu...sehingga suara pekikan  dan tangisan meminta tolong itu lenyap bersama abu2 yg turut padam...Manusia makin kejam. Tiada hati dan perasaan. Manusia itu lebih  teruk dari binatang.

Dan sebagai manusia biasa yg masing2 mempunyai kelemahan diri, mohonlah semoga keluarga kita dilindungi Allah... dan sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan anak2 kita terjaga. kelalaian membawa padah.  Biar anak kita menangis krn tak dapat buat apa yg dia suka dari kita sebagai ibubapa menangis di kemudian hari...

Semoga keluarga ini tabah dalam menghadapi dugaan yg amat berat ini... Takziah. Alfatihah

Isnin, 5 Mac 2012

Char koey Teow ~ Resepi

Jom aku nak kongsi  satu resepi char koey teow. Resepi ni adik aku ambik dari mak mertua dia... Ni bahan untuk 2 bungkus  koey teow hokey:


Bahan2:
20 ekor udang sederhana besar.. lagi banyak lagi bagus
sos tiram( setengah botol kecil)
satu sudu sos ikan
kicap pekat
bawang putih diketuk2.
serbuk cili dicampur dengan sedikit air
taugeh
daun bawang (jika ada)
kuey teow 2 bungkus
Minyak untuk menumis
sebiji telur untuk sepinggan char koey teow

Cara2:
1)Rebus udang sampai masak.  kemudian asingkan udang
2) Air rebusan tadi dicampur dengan sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
3) masukkan 2 sudu besar minyak masak kedalam kuali.
4) tumiskan 2 ulas bawang putih.
5) masukkan 1 sudu kecil cili serbuk yg telah dibancuh bersama air..kacau hingga naik minyak sikit.
6) masukkan 3 senduk besar air rebusan udang tadi.
7) masukkan 2 edor udang yg diasingkan tadi.
8)masukkan sedikit kicap pekat
9) masukkan taugeh dan daun bawang
10) Masukkan segenggam koey teow...
11) pukul sebiji telur dlm  bekas yg berasingan dan terus masukkan ke dlm kuah tadi. kena kacau cepat2 supaya telur tak berketul2.
12) terus tutup api dan boleh dihidangkan

Ha.. siap! senangkan??


Disleksia

Disleksia bukan sejenis penyakit tetapi adalah gangguan dalam pembelajaran yg selalu dihadapi oleh kanak2 terutamanya lelaki. Ia merujuk kpd mereka yg mempunyai masalah utk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yg normal.

Ciri2  penghidapdisleksia:
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Hurm.. yg aku merahkan tu antara  yg sedang berlaku kepada anak sulung aku...

Ini tulisan Irfan masa dia nak keluar dari opis aku.. kat pintu ada tulisan KELUAR.. Dia cuba meniru perkataan itu.. tp hasilnya... seperti dalam gamvar.. Hurf 'L" terbalik...


Ini pulak kerja tgn yg dapat aku tangkap masa  pergi gotong royong di kelas dia baru2 ni.. Dia ni no 10. cikgu dah  tulis nombor pada sekeping kertas putih. Tp dia terbalikkan kertas ni dan lekatkan kerjatangan dia kat belakang. maka, nombor 10 dah jadi no 01...

Erm...sebelum ni ada seorang kakak menasihatkan aku bila dia tgk dlm Fb, anak aku suka pakai kasut terbalik. Katanya bila anak masuk sekolah, ko kena bg extra perhatian  bila anak2 belajar menulis... banyak perkataan akan jadi terbalik. masa tu aku buat biasa2 saja...

ha.. nampak tak? kasut terbalik...

Anak.... Kau satu anugerah... Umi tak akan sia2kan anugerah yg telah Allah bg ini... lagipun   ramai jugak  anak yang mengahadapi masalah ni dan berjaya keluar dari belenggu ini dengan bantuan  dan permerhatian yg lebih dari ibubapa...

Anak umi ni hanya belum kenal huruf kan?? dah kenal nanti pandai laa...

Gotong Royong waris Pra sekolah

sabtu lepas ada sesi gotong royong waris pra sekolah. Mcm biasa la... Irfan paling bersemangat. 2 hari sebelum  gotong royong asyik dok sebut... gotong royong. Word baru yg dia boleh...:-)
Tak ramai waris yg datang. Ada la 2 -3 kerat. Cikgu pun kata... Biasa la tu... mmg selalu mcm ni pun.
Ni cikgu Zainab: cikgu kelas Irfan.  Sedang memberi taklimat apa yg perlu dilakukan oleh waris2...

Ha... bersih tak ruang mkn ni?  aku ambil bahagian dalam acara membersihkan lantai.... Biar anak2 mkn kat sini dengan lantai yg bersih.. ceewahh.. buat syok sendiri.. Kat luar tu ibu2 sedang tanam pokok... tak sempat pulak umi nak p ambik gambaq depa.


abah si Irfan sedang membersihkan halaman taman permainan. Irfan dan kawan2 sedang sibuk bermain...

Hujan turun lepas tu...kami semua dihidangkan dengan bihun  goreng dan teh o panas... Mkn sambil beramah mesra dengan guru2.

Cikgu Zainab dan pembantunya  meluangkan masa untuk berbincang tentang perkembangan Irfan. Erm... sungguh merisaukan... Tp abah Irfan kata kat umi.. Rileks la.. jgn terlalu mendesak anak, takut nanti hilang terus rasa minat nak belajar.

Insyaallah.. Umi tak akan berputus asa supaya anak umi menjadi apa yg umi harapkan...

Sesi potong rambut kedai Mamak

Rambut Irfan dan panjang...So bawak dia ke kedai gunting rambut... Sekejap saja...5 minit sudah siap!


Ha... baru kemas!..
ingatkan dia nak  complain  rambut dia botak ke hape...
Tp dia cakap..."Umi! rambut kwn abg mcm ni laa.." sengeh2...

Khamis, 1 Mac 2012

Celebrate birthday adik

entah kena  akhir2 ni.. aku tersangat2lah malas nak menghapdate blog.
Tp rasanya perlu aku  update  sebagai kenang2an untuk satu hari akan datang.
adik pun nak mkn kfc... sempena birthday dia... aku ajak p McD, tapi abahnye lebih suka KFC...

adik cukup gemar mkn coslow

sebenarnya abg baru je lepas buat  nebulizer.. bila dia rasa ok, terus ajak mkn kfc. Masa ni dah 11 mlm. tak ngntuk2 lagi anak2ku ini..

ciuman hari lahir dari abg buat adik.... muka adik antara senyum dan nak lari je..... mungkin takut mulut abg yg berminyak nak cium dia..

ciuman untuk abah krn membesarkan adik.... untuk umi tak de??? sedihnye.. abah tak tangkap pun gambaq umi....

dan ini... tadaaaa,... hadiah basikal kecik  sempena genap umur adik 2 tahun. cina yg jual basikal ni cadangkan adik ambik basikal yg  mini tu. sbb kaki adik dah panjang, mcm budak umur 3  tahun. Tp adik tak nak.. tetap pilih basikal kecik merah ni jugak...

basikal adik.. tp abg plak yg seronok mengudakan basikal ni... adoii... teringat nostalgia masa abg  jadi baby agaknya... dulu2 basikal abg warna biru...tp dah rosak...basikal abg sekarang pun warna biru.. ermm.. sinonim biru dan lelaki...:-)