Selasa, 31 Januari 2012

Memilih Bakal Suami

Pagi tadi aku kemas barang. Tiba2 aku terjumpa satu artikel yg aku rasa tak salah aku kongsikan untuk kawan2 yang masih mencari teman hidup. So artikel tu kata ada 8 kriteria pemilihan:

1) Yang Berkemampuan.
   Mampu bermaksud  berupaya menyediakan tempat tinggal buat isteri, tak kisah la rumah sewa ke, rumah sendiri ke...saraaan hidup yang  biasa mengikut suasana sekarang serta menyediakan pakaian untuk menutup aurat isteri.. Hurmmm membiarkan aurat isteri anda ditatap  oleh  lelaki bukan muhrim, maksudnya  lelaki itu tidak mampu walaupun baju yg dibeli harga beratus2 tapi tak tutup aurat. :-). Pendek kata kena ada pendapatan nak sara anak bini....

2) Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda
 Melindungi isteri dari segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa. Tanggungjwab ayah akan terus diserah kepada suami apabila selamat diijabkabulkan. Jadi, suami adalah tempat isteri bergantung.

3) Mengotakan janji dan percakapan
Masa dok kenal2 tu pun  kita dah  dpt agak.. lelaki itu jenis mengotakan janji atau sebaliknya... Janji mesti dikota serta mengajak isteri melakukan kenaikan serta meninggalkan kemungkaran

4) Berkebolehan dalam urusan rumahtangga
_memasak, menjahit, membasuh adalah bonus bg isteri jika suami mampu dan suka buat semua tu. Tolong masukkan baju dlm mesih basuh pun dah cukup buatkan isteri rasa  ada org nak tolong. So... pastikan si lelaki tu tak berat tangan.. Seeloknya risik2 dia jenis rajin tolong mak dia ke tak kat rumah.. heheheh

5) Memberi kepercayaan sepenuhnya kepada perempuan dan tidak mudah berperasangka buruk.
Sekiranya lelaki tidak mempercayai perempuan, bermakna  lelaki itu sentiasa menyangka buruk... lama2 timbul rasa tak puas hati  dan pergaduhan pasti berlaku

6) Rajin, berfikiran luas dan tidak makan harta perempuan
Lelaki  ketegori ini  bukan pemalas, inginkan kemajuan dan tidak mengharap titik peluh isteri. Hurm... kalau masa dok couple tu asyik suruh pompuan  belanja je,, berhati2lah....nanti kawin tak pasal2 semua benda korang nak kena tanggung.

7) Mudah memafkan
Memafkan adalah yg terbaik. Diantara sifat2  Rasulullah..

8) datang dari keturunan baik2 dan rajin beribadah.
Seeloknya mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, pegangan agama  yang kuat dan tidak  berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit yang boleh membawa kesengsaraan seperti AIDS. Sebab tu  skrg ni ditetapkan untuk menjalankan ujian HIV kepada bakal2 pengantin.  Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya penyebaran penyakit kepada isteri dan bakal anak2 yg akan dilahirkan.

Isnin, 30 Januari 2012

ikan stim

Cuti hujung minggu, mak bagi ikan tongkol.
ikan tongkol selalu buat masak sambal tumis ja....
Tp kali ni teringin nak makan ikan stim. Konon2 diet..:-)
ikan tongkol dimasukkan dalam loyang. masukkan halia dan hirisan limau nipis ke dalam perut ikan.
lepas tu taburlah apa yg patut  seperti hirisan carrot, halia, daun sup,cili padi, sedikit lada sulah atas ikan dan kukus lah didalam periuk pengukus.

dalam masa yg sama, tumiskan bawang merah dan  bawang putih dan masukkan sos tiram bersama sedikit air. Tambah gula sikit. Lepas tu buka periuk pengukus dan curahkan atas ikan. Pastikan kuah tadi pekat sikit. Kemudian tutup semula periuk pengukus dan tunggu sampai ikan masak. Bila masak.. jadilah macam ni...

ha... bila dah masak.. akan terhasil kuah macam ni... Hurmmm sedap! Cubalah

Jumaat, 27 Januari 2012

Ombak rindu Versi TAubat

Tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya
Kerana ku tak sanggup
krn ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingatkan Mu kala dukaku
Namun hanya KAMU yang mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMU

Allah.. Ampunkanlah hambamu
yang selalu dustakan janjiku
Agar kelak  takkan disiksa
krn dosa2 masa lalu

Allah... jatuh air mataku
yang terus mengalir mengiring doakau
Allah yang menampuni segala dosa2 hamba yang meminta
Hanya mampu berdoa
Moga  maghfirah tiba nanti...

psst:;; kan bagus  lirik ni dijadikan lagu betul... ermmm sedap didengar.. aku menaip sambil mendengar lagu.. Syahdu/// Sesungguhnya berat benar dosa2Ku.....

Khamis, 26 Januari 2012

Bila mula mengeluarkan bunga...

ha.. nilah hasilnya.. bunga yg aku suka sgt2 ni....walaupun tiada aroma yg harum tp cukup cantik dimata aku.
 pokok ni aku mintak ngn mak cik cleaner kat sini.
rupanya  inilah keseronokan berkebun bunga,,,,

Kenduri Kawen

org raya cina.... kami rayakan pengantin baru..
Alkisahnya, adik ke 4 aku telah selamat mendirikan bahtera perkahwinan  bersama jejaka pilihan hatinya.
So... kali ni aku antara manusia tersibuk. Rasa kaki dan tgn tak cukup je.. sbb dalam masa yg sama kena buat byk benda. Hanya kesabaran menjadi benteng kekuatan. Tp tak de la kuat mana... sbb kemarahan tu kadang2 terhambur jugak...
Sebenaqnya... aku tensyen ngn mentara2 yg ditugaskan untuk menjalankan kerja2 walimatul urus ni la..
Apa yg aku lihat  zaman sekarang ngn zmaan dulu banyak beza.
Mentara terutamanya perempuan just datang kupas bawang dan kupas apa yg patut pada hari sebelum majlis. cukup 2 jam.. semua pederas balik. Tinggal keluarga pengantin dan jiran terdekat la nak goreng ayam, goreng tu... tumbuk tu ... tumbuk ini, nak cari barang lagi...
Aku cakap kat mak aku... APa kes org  syarikat mcm ni.??.. baik tak payah masuk pakatan. Terus  aku kena marah ngn mak... kata nya  jgn ckapa mcm tu... nanti dengar ke depa, depa tak mau tolong langsung!... errr !!!...Pakatan ni sama la mcm acara merewang. Baik pakai  katering. Aku ingat bila ada pakatan, keluarga pengantin ni... ada masa  untuk melayan tetamu, kwn2 serta sahabat handai dan adik beradik yg datang.. tp hampeh!!!!!
Yang tahu.... ehhh Tolong bancuh air kopi  dekat kami. Tolong bawak kuih2 kat kami. Cukup time  pukul 4 pederas nak  beg plastik serta barang2 hadiah....  Apa kes??? Nama  nak.. kerja tak mau buat. Kalau buat kerja bebetul kan best.... Masa zaman dulu2... selagi periuk tak selesai berbasuh, selagi itulah akan ada org akan membantu. Ini tidak.. cukup pukul 4, lelaki2.. sudah tinggal barang bersepah kat tempat memasak. Yg tahu... makanan  sudah dibungkus untuk mereka2... tanpa menghiraukan makanan untuk panggilan  para tetamu cukup atau tidak.. tau cedok,... cedok masuk plastik bawa balik... Please la.. kesian tuan rumah.

Bg aku, catering is better than pakatan syarikat yg tah apa2 ni. Hanya menyemarakkan rasa tak puas hati je..

Rabu, 18 Januari 2012

BZ sungguh

Lama sungguh tak menulis blog. mood nak menulis  hilang entah kemana.
Almaklumlah, awal tahun mcm ni.. masing2 bz... aku pulak bz dengan urusan  perpindahan opis, bz dengan menjahit manik . Bz dengan persiapan perkahwinan adik aku..
Nanti bila free aku menulis lg...

Selasa, 10 Januari 2012

cucur kodok

balik kerja ptg  smlm lapar yang teramat.
tgk atas meja ada sikit lagi pisang yg mak bg masa balik kampung hujung minggu lepas...
dah masak ranum sgt2
ermmm buat cucur kodok pun ok jugak ni...
cucur kodok a.k.a jemput2 pisang,,,,, yang tak comey langsung... tak jadi bulat2 pun....
kena belajar skill lebih  lagi ni...:-)

ragam adik

tgk sekali rasa nak marah.
tgk dua kali geleng2 kepala
tgk kali ke 3... rasa nak tergelak pun ada
adik... oh adik...
banyak sungguh yang ingin diexplore....
tgk la... adik mandi susu...
dituangnya susu pekat manis ke dalam mangkuk plastik. kemudian disapu seluruh badan.. Huhuhu../ Adik nak putih ye dik???
kejadian ni  terjadi sewaktu aku tgk sibuk masak. masa ni  dia ada kat belakang aku je...
Terpaksa mandi sekali lagi.... Mmg aku buangkan baju dan seluar dia siap2 sbbnya klu dia nak mkn, baju pasti akan kotor...huhuhu... gini pulak jadinya... hehhe... mcm2 perihal anak...

Khamis, 5 Januari 2012

Hari kucing sedunia.

Aku kena marah gara2 seekor kucing...
Aku pun tak perasan bila masa aku kurung kucing.
masa nak cuci masing2 muka mencuka.
Hari ni ada selonggok lagi sbb ptg smlm cari tak  jumpa...
Tp kami dah letak pasir untuk memudahkan mak cik cleaner nak cuci nanti.

Tgh aku berserabut  dengan SKT akhir yg perlu dihantar,
Tetiba Mak cik Cleaner cakap " Tak dak dalam  senarai tugas kami cuci taik kucing. Org yg kurung kucing sepatutnya buang" sambil senyum2...
Rasa nak menjawab tapi hati aku tgh panas. Bimbang pula terkeluar perkataan yg kurang enak didengar.
Aku pandang mak cik tu tanpa kata apa2 perkataan, terus aku masuk bilik aku.
Rasa nak marah membara,
Bukan aku sorang kena sound... malah kwn aku kat opis kat bwh tu pun dah kena sound ngn mak cik tu..
Rasa mcm nak kata je
" kalau tak dak dalam senarai tugas mak cik, tinggal je kat situ... nanti saya buang. Nanti saya masukkan dalam SKT saya...." hahahhaha....

Rasanya hari ni adalah   Hari kucing sedunia. Bukan nya apa... Pagi tadi pun topiknya  kucing. Aku brake emergency gara2 seekor kucing yang nak melintas jalan. berasap kesan aku brake sehingga mengeluarkan bunyi syreeeeyyttttt... seb baik tak terbabas atau pun  ada keter kat belakang. Tp Alhamdulillah... kucing dan aku selamat....

hurmmm  ketaq kaki tak habis lagi... topik kucing  berak pulak menjadi isu..
huarghhh tensyen betoi


Rabu, 4 Januari 2012

Hari Pertama Irfan ke Pra Sekolah

Syukur Alhamdulillah... Irfan tak banyak karenah untuk ke sekolah...
Aku pulak yang risau lebih2. Sanggup kami suami isteri pakat2 ambik cuti semata2 nak temankan putera kami ni untuk menghadapi hari pertamanya bergelar pelajar Pra Sekolah. Almaklumlah, Irfan tak dihantar ke tadika atau pusat asuhan yang memberi pendedahan kepada dia untuk bergaul dengan ramai org.
Tp aku  teramat risau krn ada jugak aku perhatikan rakan2 sekelas dia ada yg dah boleh menulis nama sendiri. Tp aku diam je...
Irfan " Mcm mana ni umi, abg tak pandai nak tulis ngn baca"
aku " Tak pa, kan kita dah beli ubat nak  bg pandai pegang pensil"
Itu hanyalah kata2 semangat untuk dia tak rasa terasing dengan kawan2 yg lebih maju kedepan dari dia.
Dalam hati  aku mula timbul perasaan menyesal krn  tak hantar dia ke tadikan  seawal umur 5 tahun. Tp harap2 dia  kuat macam umi dia dulu. Umi dia  dulu pun tak masuk tadika. Terus masuk darjah 1. Mula2 memang aku rasa asing sekali dunia ABC.. Apakah itu ABC... Rasa jauh  ketinggalan ke belakang. Org lain dah pandai mengeja tapi aku baru merangkak nak kenal apa itu A, apa itu B hingga ke Z. Peperiksaan pertama aku dapat nombor 26 dari 40 org murid. Kira Ok la kan...walaupun tak masuk tadika..Lepas aku kenal semua, baru boleh nak tangkap apa yg cikgu ajar... Alhamdulillah, Syukur krn Allah mempermudah segalanya bagi aku...
Jom tgk gambar yang sempat aku snap masa hantar dia..
29 dec 11 - siap sedia umi nak hantar Irfan p sekolah ni...Umi yg berdebar2..Padahal hanyalah sesi pendaftaran dan taklimat  waris je...

duduk dulu sementara nak tunggu cikgu sampai. Sorang pun aku tak kenal waris2 pelajar ni.. Masing2 dah kenal. Almaklumlah sekampung kot.. Aku je yg rasa mcm jakun sikit sbb tak kenal sapa2

3 jan 12.. cari  meja  yg paling depan berhadapan ngn meja cikgu. Umi pesan kat dia: nak pandai kena dok depan tau...Dia cuma angguk2.. sbbnya aku  ni risau dia akan buat bising sbb dia seorang yg aktif. Tp aku  ngn asben dok senyum2 bangga sbb  tak sangka pulak dia boleh duduk baik2 je kat tempat dia...

cikgu suruh beratur sbb nak gi perhimpunan sekolah bersama budak2  darjah satu hingga darjah 6.
Irfan kat depan budak yg pakai baju ben10. ehh... duduk dlm keadaan senang diri...(mmg anak abah)

umi ngn abah  mengekoq sampai tempat perhimpunan tau....

tgk... betapa disiplinnya mengatur kasut2....

no 2 dari depan. bersiap nak balik sekolah dah... masa ni sengaja dtg awl sbb nak tgk dia boleh bawa diri atau tidak.. nampak kami, terus dia senyum2.. bukannya apa... td risau  jugak bila tgk sorang budak perempuan, asyik keluar dari kelas... nak ambik kasut nak  gi kat mak dia, tok wan dia tak larat nak kepung. tok wan dia kata payah jugak kalau mak mengajaq sekolah yang sama... anak dok kira nak cari mak  je.

Masa nak balik, cikgu pesan:  Bagi tau mak, esok mai sekolah tak payah bawak beg ngn bekas air..
Ooo...mcm tu.
Untung sekolah kerajaan, yuran tak payah bayar. Makan pun diberi percuma.Hanyalah bayar duit uniform dan baju tshirt. Harap2 Irfan dapat timba ilmu sebaik mungkin. Walaupun ada  org kata  sekolah kerajaan ni tak bagus, lambat boleh, sekolah org yg tak dak duit, aku tak kisah sbb inilah sekolah yang paling dekat dengan rumah. Nak harap umi hantar sekolah baik2, umi keluar kerja awal. Tghari confirm mak ngah boleh tolong ambik..... Tp aku harap sekolah ni akan bagi yang terbaik buat anak umi sorang ni.

tghari td call, mak ngah dia ckp Masa nak balik td  ada sorang budak  pompuan bye2 Irfan sambil buat  flying kiss.. heheh... ada org mengorat anak teruna umi ek??? hehhe....Belajar baik2 wahai anak....


Isnin, 2 Januari 2012

~Hutang~

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Bermulanya tinta untuk tahun 2012... Berharap aku dapat mencoretkan post2 yang mudah2an memberikan pahala serta diberkati Allah.....

Mulanya aku nak bercakap tentang HUTANG...
Kebanyakan dari kita sekarang banyak sungguh hutang. Hutang PTPTN, HUtang kereta, Hutang Rumah, HUtang pinjaman peribadi... ooohh dikelilingi hutang. Tu tak termasuk hutang Tupperware kat kawan2 lagi.. Hutang duit Kutu lagi... Hutang baju kurung kat Mat Bangla lagi... Hahahaa.. seronok berhutang yeee...
Tp pastikan hutang dibayar pada masa yang ditetapkan. Kesian org yang kutip hutang tu.. Tak larat nak  melayur muka nak mintak kita bayaq hutang depa. Kena ingat: kalau kita mati, sapa nak bayaq hutang kita???

Aku untuk tahun 2012 ni dah bebas satu hutang iaitu HUTANG PINJAMAN PENGAJIAN... Dengan rasminya habis December 2011. Lega sangat2....walaupun tak banyak, sekurang2nya dapat menarik nafas lega krn satu hutang dah langsai.
Hutang Tupperware ngn kawan, Alhamdulillah dah settle tiap2 bulan, dan tak de ambik tupperware lain lagi....Hutang ngn bangla tak de pun sebenornye....hutang Kutu??? ohhh belum berhutang ngn sape2...:-)

Bak kata kwn aku, kalau org hutang kita tp org tu terlupa nak bayar, kita halalkan je la... kalau seringgit dua tak pe, halalkanje la... kalau beratus, beribu.. org tak nak bayaq... org lari, mungkin tu bukan rezeki kita... bersabarlah...

Walau banyak mana pun hutang kita, berusahalah untuk tidak berhutang krn hidup tanpa hutang adalah yang terbaik... Kita  jugak kena cari Redha manusia, sbbnya kalau org yg memberi hutang tu tak redha dengan cara pembayaran kita, kita jugak yg berdosa... Nak dapat Redho Allah, kena cari jugak redho manusia...

Semoga kita semua  mendapat manfaat dari hasil bebelan aku diawal tahun... amin