Isnin, 31 Disember 2012

Kita Hanya Merancang....

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Harap2 berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya....
Sebelum ni pulun nak p Cameron. Alhamdulillah, aku sampai jugak Cameron tp apa yg dihajatkan tidak kesampaian. Nak buat mcmmana kan.. Kita merancang, Allah yang menentukan,
 Lepas menghadiri kenduri di rumah bapa saudara sebelah suami, kami terus berangkat menuju ke simpang pulai. Sampai kat Ipoh, Jalan mula jem. Bayangkan dari Ipoh nak keluar ke tol simpang pulai tu ambil masa selama 1 jam setengah. Sampaikan hero kami nak terkencing. Nasib baik ada botol.
heheh.. mcm cerita senario the movie plak rasanya....
Letih nya mengharungi jem yg serupa ini... masa ni pukul 4.30 ptg...

tol tak jauh dah tu.. caiyok2... rasa mcm nak keluar berjalan je... cemuih gila.

Kami berhenti dekat stesen minyak petronas dalam pukul 6 lebih. 6.30 Teruskan perjalanan ke Cameron. Dah la tak booking hotel ke hapa kat  Cameron nun... Main redah je... Bayangkan kami sampai ke Brinchang pada pukul 10 malam.. Fuhhh byknya org datang Cameron. Best sgt ke Cameron??
Hahaha.. soklan org yg sedang tensen.. kuikuikui..
Sambil melewati Pasar mlm Brinchang.. tgk ada org tgh mkn  strawberi coklat. ermm meleleh air liur mak labu ni. Asben cakap.. Takpa2.. kita p cari hotel dulu. Hurmm
Semua Hotel PENUH!!!!!!
Aku dah letih terus ajak asben turun mlm tu jugak. Sakit hati tak terkata. Pasar mlm nak singgah pun tak boleh. Tak de Parking. So aku cadangkan.. kami turun balik dan cari penginapan sekitar Simpang Pulai dan Ipoh. Ternyata nasib tak menyebelahi kami. 10 biji hotel kami masuk, semua penuh. masa tu kami pusing2 Ipoh sampai pukul 2 pagi. Akhirnya hotel ini menjadi pilihan kami untuk tumpang beradu...


Hentian Rehat dan rawat Sungai Perak...
he... bestnya tido dalam hotel "PERSONA".  Save budget ok... Duduk situ sampai la azan Subuh. Lepas tu bangun mandi dan solat Subuh kat situ. Nasib baik la ada hotel jugak kan??? :-)

Akibatnya: Hari ke 4 hari aku sakit pinggang... Huhuhu.. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang Tp Allah jua yang menentukan.  Dah serik nak jalan mana2 kalau tak booking hotel dulu... Sungguh aku serik!!!





Khamis, 20 Disember 2012

Perkara yang berubah selepas mempunyai anak.

Disini aku nak kongsi artikel yg aku dapat dari FB..
Lepas kita bersalin, mesti akan tak cukup tidur.
"kau tidurlah puas2.. nanti dah ada anak mesti tidur tak cukup. Betulkan?"

Dan yang pasti... selepas kita ada anak, banyak perubahan  akan berlaku dalam hidup kita. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita tertumpu kepada anak kesayangan, sebenarnya banyak perkara menarik akan berlaku.

1) Menemui kekuatan dalaman yang tanpa kita sedar.
2) Merindui saat 9 bulan kehamilan walaupun kita terpaksa mengendong perut yg boyot dan besar.
3) Kita tidak lagi perlukan jam. Baby kita yang menetapkan jadual harian kita, Kadang2 pukul 4 pagi dah bangun uuu..
4) Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5)Jika anak kita sakit, kita akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.
6) Kita tidak keberatan tidur pukul 9 malam pada malam jumaat. :-)
7)Perasaan kita mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal2 berkaitan dengan anak
8) Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding diri kita sendiri
9) Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya gembira bila anak kita poo-poo.
10)Kita akan lebih menghargai diri sendiri
11) Kita lebih rela meluangkan masa utk peluk cium anak, walaupun kita tahu kita akan lewat ke tempat kerja,.
12) Menyedari kita punya kuasa yg hebat bila dapat menenagkan anak yg sedang menangis.
13)Sentiasa mengira gigi anak yg mula tumbuh.. Happy kan??
14)merasakan mempunyai anak bukan masalah yg besar tetapi kita amat sukakannya
15) Mula faham situasi ibu bapa yg sedang memegang anak mereka menangis\
16) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ia adalah satu masa yang singkat
17) Mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak
18)Perkara yg kita anggap penting sebelum ini adlah tidak lagi selepas kita ada anak. Anak adalah segalanya bagi kita.
19)Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah org asing bagi kita.
20) Setiap hari adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan...

Beruntung kita dapat jadi IBu...





Cameron Highland... tunggu kami ye...

Sabtu ni, lepas je kenduri sepupu, kami sekeluarga akan bertolak ke cameron. Sbbnya adalah Irfan yg tak henti2 mintak nak pergi  cameron lagi. Dulu pergi katanya adik masih dalam perut. Kali ni pun nak pergi adik lain pulak yang ada dalam perut umi.. :-)
Tp yg merunsingkan aku adalah.... TEMPAT PENGINAPAN. Dah 10 tempat yg aku call.. semuanya dah PENUH!!!! Hurm... mcmmana ye? Rasanya kena tukar plan B plak untuk sampai ke sana.
Samaada bermalam dulu di Ipoh ataupun  berdekatan dengan simpang pulai ke... Pagi2 lepas subuh baru gerak p  Cameron. mana2 aje la kan.. sampai atas sana... klu ada rezeki, boleh la bermalam kat sana. Klu tak de rezeki, ptg tu dah boleh turun ke Ipoh.. lepas tu boleh la singgah mana2...

Rabu, 19 Disember 2012

batang pokok mempelam

Baru2 ni tebang segala pokok kelapa dan pokok mempelam di halaman rumah. Bimbang musim hujan pokok tumpang menghempap rumah jiran atau pun kereta. Hurm.. lepas ni susah la nak cari kelapa. Kena beli la jawabnya...
Dalam dok  membersihkan kawasan rumah, terjumpa satu batang pokok mempelam yg sudah dipotong. Tetiba rasa cantik la pulak tgk keratan rentas batang ni...

ni ha... berbentuk hati (love).. inat mcm nak buat perhiasan saja.. Tp tak tau nak buat asas apa...

Ada cadangan tak???

Selasa, 18 Disember 2012

Mana milik kita ~ Rabbani

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya....

Tidak ada kita punya..
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya...

Kita Allah punya...
Bumi langit ciptaaanNya..
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
tidak ada kepunyaan kita
Kita mengusahakan
Apa yg telah ada

Mengapa kita sombong
memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah krn milik Ia Punya
Jgnlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri,
Kita tidak punya apa2...

Jgnlah mengungkit
mengungkit jasa kita
Jasa kita disisinya
yang sebenarnya Allah punya...

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah...
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
utk khidmat kepaNya

Selepas itu lupakan saja..
agar tidak mengungkit2nya...

Jumaat, 14 Disember 2012

bacaan paras glukosa dalam darah


Sabtu lepas aku kena buat BSP. 4 kali sehari kena ambil bacaan gula dalam darah.
Untuk bacaan pertama.. kena pergi klinik pada pukul 8 pagi. Masa ni tak boleh makan apa2 pun. So, pada masa ni bacaan glukosa dalam darah aku ialah 4.0.. ha… rendah. J
Lepas ambik darah tu.. aku makan sebiji bun ikan bilis dan sekotak air susu dutch lady. Kemudian aku minum sedikit pati delima.ha.. 2 jam sebelum abil darah berikutnya dah tak boleh makan apa2 dah…ini bermakna pukul 10 pagi aku dah tak boleh makan apa2 langsung sebab bacaan paras gula dalam darah kali ke 2 akan diambil pada pukul 12 tghari.
Mcm biasa aku pergi klinik.. kali ni bacaannya ilah 3.8.. ermmm terlalu rendah. Misi tu  kata aku terlalu kawal pengambilan gula hingga kandungan gula dalam darah  terlalu rendah .
Lepas tu terus pergi makan kenduri. Ada kari daging, ayam bakar, kerabu taugeh+rumpai laut,  air asam, serawa labu, 2 gelas sirap roselle. Ha,, semua tu aku mkn. Pukul 2 aku dah tak boleh nak mkn apa2 lagi sbb kena ambil darah kali ke 3 pukul 4.45 ptg.  Aku sampai klinik tepat 4.45 ptg.. tp klinik berkunci la pulak. SO… aku terus ke  farmasi untuk buat BSP. Hurmm biasa jugak bacaan gula dalam darah aku.. 4.1 je.. so, kena la bayar RM5 dekat farmasi tu.  Cuba bayangkan kalau 4 kali kena bayar.. dah RM20.. ermm, betapa mudahnya dapat perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kementerian Kesihatan Malaysia.  Bersyukur kan jadi rakyat MALAYSIA ni…
Lepas check ni.. aku Cuma makan cucur masin yg aku buat. Cicah dengan sos cili..  pukul 8 aku kena check kali ke 4. Aku terus ke klinik tp tgk gelap je. Tunggu sekejap. Lepas tu ada misi yang bertugas datang ditemani suaminya.. Alahai.. kesiannya, kerana aku sorang, orang lain pulak kena stanby.. Tp nak buat mcmmana kan?  Dah tugas mereka untuk membantu pesakit macam aku ni.. Cewahh.. Dan kali ni bacaan gula dalam darah aku ialah 5.3.. ermm masih dalam julat yg baik.
Esok paginya aku kena jumpa doctor. Punya lah lama tunggu turn nak jumpa doctor.  Dari pukul 8 pagi aku tunggu, pukul 11 lebih baru boleh jumpa. Masuk jumap doctor tak sampai 5 minit. Depa just nak tgk  bacaan gula dalam darah aku ok ke tak sahaja. So.. dalam masa sebulan lagi aku kena buat BSP sekali lagi sbb nak tgk aku bebas dak dengan penyakit kencing manis sewaktu mengandung ni…
Insyaallah… aku akan kawal tabiat pemakanan yang tak elok.  Mana taknya, sblm ni setiap kali makan, mesti aku akan pesan teh ais.. ermm gula byk tu dalam susu…

so...
bacaannya ialah .. 4.0 , 3.8, 4.1,5.3

Jumaat, 7 Disember 2012

menurunkan glukosa dalam darah

berita kurang menyeronokkan...
esok aku kena ambil darah untuk test bacaan gula dalam darah aku...
hari tu lepas minum air gula... ternyataan bacaan darah aku naik agak tinggi...
hurmm.. esok misi jadualkan kena amik darah 4 kali. Pukul 8 pagi, pukul 12 tghari, pukul 4.30 ptg dan pukul 9 malam.... nampak gayanya esok tak bleh p meronda2 la....
hari ahd kena jumpa doktor...
Risau jugak.. so,  untuk 4 mlm berturut2 aku skip makan nasik. Just mkn roti gardenia yg berserat (wholemeal yg kaler hijau tu)
ha,,, ni rupanya roti tu...
2 keping untuk satu malam... tp tgh mlm perut agak berkeroncongan.. sian baby.. mesti lapar kan? Umi terpaksa berlapar untuk kurangkan bacaan gula dalam darah. Harap2 umi tak kena kencing manis... :-)

Dalam pada tu, seorang kawan perkenalkan aku dengan pati delima, Katanya boleh mengurangkan kadar gula dlm darah. Apa salahnya mencuba kan??? Baik untuk ibu mengandung sbb kwn aku pun dok telan pati delima ni juga...

ha.. ini rupanya  yg dibotolkan.. sapa2 yg suka masam, boleh minum mcm tu je.. sapa yang tak tahan masam, boleh campur sedikit dengan air suam. RM18 je sebotol. Pak sedara aku beli kat penang RM25...

manfaat pati delima;


Kita hanya mampu berusaha.... Allah yang menyembuhkan....





Khamis, 6 Disember 2012

berkat kah dengan mengambil barang yg bukan hak kita?

dah lama nampaknya aku tak update blog kesayangan ni...
bukan bz apa pun.. cuma aku bz  dengan menghabiskan  citer ADAM dan HAWA...
Dalam keseronokan tu, aku ada satu masalah...
Kepercayaan yg aku beri, dikhianati oleh student yang tak kenang budi.
Sekarang.. aku jugak yg tgh menanggung azab sengsara dari perbuatan mereka.
Balik rumah bercerita dengan suami... suami kata mungkin sbb aku garang.. tu menyebabkan student berdendam.
Tp  dengan kawan2.. depa kata aku tak garang dan tak strict...
Ya Allah.. aku dah buntu memikirkan apa yg terjadi...
Semoga Allah lembutkan hati nya utk memulangkan kembali apa yg tak sengaja dipinjam olehnya...
aku saja gunakan ayat tak sengaja... supaya ilmu yg dia dapat itu berkat....
Apa saja barang yg bukan hak kita, diambil tanpa pengetahuan tuan empunya barang, adalah dianggap mencuri!!!!

Dan lepas ni... aku akan lebih berhati2.... dan bina benteng ketidak percayaan terhadap org lain...
Dan.. mmg salah aku sbb cuai dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.....
 Semoga harapan aku akan subur kembali . Aku tak marah jika ada yang datang minta maaf dan mengaku salah....
Jika terlepas didunia, hitungan di akhirat kelak pasti menanti...


PULANGKAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Khamis, 29 November 2012

Happy Birthday buat suami tercinta

Hari ni 29.11.12 ialah  Hari lahir suami tercinta,
Umi tak da hadiah yg mahal2...
Hanya dapat bg kek ni je...
harap balik nanti suami suka... :-)

kek  carrot.. order dari sahabat baik aku.. sity...

klu korang nak tgk hasil tgn dia... dan nak tempah sekali, sila klik sini 

Simple kan ayat ini? tapi penuh dengan harapan dan Doa... semoga Allah merahmati suamiku.... AMIN...

Selasa, 27 November 2012

APA NAK DIKATA???

hari ni  adalah hari untuk aku berleter...
dah jemu dengan tindakan sekumpulan kakak/adik cleaner kat sini. Sepanjang aku kerja,(sblm pindah mai sini).. aku tak pernah jumpa lagi cleaner yg berani marah staf... ooh ya Tuhanku...
Kalau dulu... aku sentiasa baik ngn mak cik2 cleaner.. pagi2 mai kerja.. mesti nak sembang2 kosong dulu  sambil tgk depa sapu koridor. Depa pun rajin nasihatkan aku supaya memandu berhati2.. dan byk jugak la berkongsi pengalaman ngn org2 lama ni...dulu2 pun pernah jugak la kena marah ngn cleaner sbb aku terkurung kucing dalam bilik... 2 hari u.. kucing tu terkurung . Habis berterabur najisnya.. Mau mak cik tu tak berleter kat aku. Tp tu sbb salah aku.. marah2 syg la....aku tak amik hati pun.

Tapi sejak aku pindah kat sini... Hanya tuhan saja yg tahu. Bukan aku sorang mengalaminya.. malah satu pejabat terasa dengan tindakan mereka ini yg tidak menghiraukan staf kat sini. Bukan sekali 2 dah buat report.. tp depa seakan2 jaguh kat sini. Aku ni tak apa lah jugak.. bilik aku kat tingkat 1.. agak jauh dari port mereka  melepak. Yg jadi mangsa, seorang kawan aku ni.  bilik dia betul2 sebelah tempat lepak depa,. Dah tak larat dengar mereka pasang lagu kuat2 dan nyanyi... Sakit telinga hokey!! Sungguh tak menghormati    org lain.

Bab kerja, kita takut nak panggil mereka tolong cuci. Nanti mcm2 alasan yg diberi. Kami sibuk. Tak larat. baru kemas bilik mesyuarat .. bla.. bla..bla.. Satu hari aku ada panggil untuk vacum carpet kat bilik aku. sekali datang sampai 6 org u... mcm mafia nak serbu org. lepas vacum.. alamak! habis komputer aku jadi hang!... sampai  longgar RAM komputer aku dikerjakan mereka... depa sepak  CPU aku ke? hehehe.. ingatkan aku sorang je yg kena.. rupanya.. semua kawan2 aku pun jadi mcm tu...haduiii

oleh krn tak tahan sgt dengan apa yg berlaku, kami report kat bos, Bos plak dah bgtau depa punya tokey. So, nampak tokey depa mai... depa kena marah la kot. Ptg tu.. depa memberontak.. cakap kuat2 kat bilik kawan aku tu sambil ketuk tingkap... Cepat wei!!! satgi org kata kita tak buat kerja pulak. Bila kwn aku melewati kawasan lepak depa, ada nada menyindir... Tak puas hati cakap depan2.. jgn cakap belakang...
Hurmmm.. bg aku, benda ni sungguh kurang ajar!

Pukul 8 tak start buat kerja lagi....sarapan dulu.. pukul 11.15 tu dah pakat melepak dah bawah tangga tu ..diselang selikan dengan lagu tah apa2... cakap dengan kuat... sampai pukul 2 time rehat.. pas tu pukul 2 masuk, pukul 3 lebih baru nak mula kerja.. pukul 4 dah bersiap sedia nak cabut balik sbb pukul 4.30 tu dah aman dan tenang...

APA NAK DIKATA???



Kalau korang berada ditempat aku.. apa korang akan buat???

Isnin, 26 November 2012

aktiviti riadah hujung minggu~ bandaraya alor setar

Sabtu lepas, bgn je tidur.. tetiba rasa nak mkn angin dekat tempat org joging.
terus kejutkan anak2.. cakap.. nak p joging dak?
dgr perkataan joging.. 2 beradik tu terus buka mata.... nak joging!

Depa suka la sbb kat tempat rekreasi tu ada taman permainan...
Tp agak tak best sbb tempat tu dalam proses baikpulih.. so tak boleh nak main dengan bebasnya...

ha.. ni tempat favourite aku... jalan refleksology. rasa tenang je jalan atas ni.. keluar segala angin2 dalam badan. Tapi keadaan skrg tak mengizinkan aku untuk berjalan atas2 batu ni...
Ifran terjengkek2 jalan.. adik steady je jalan sbb dia pakai kasut.. ahhaha tak aci!

umi hanya memerhati saja lahhh

tak puas lagi nak main kat taman permainan... umi dah ajak balik.. menangis2 nak naik jugak... dlm kereta pakat dok tunjuk protes. 
so, terpaksa umi cari port baru yg lebih selesa untuk depa main..

berdepan dengan perkarangan stadium darulaman ni ada satu taman permainan...

ha... kat sini lebih luas.. ada beberapa set  tempat untuk kanak2 melungsur...

adik buat perangai lagi... nangis tak nak masuk dlm benda ni la pulak.. td main ok je...

dulu masa mengandung kat insyirah, umi buaikan abg sorang je... kali ni, umi buaikan 2 org... berebut2 suruh umi hayun.

:-)









mee bandung muar

alkisahnya ada seorang kwn pergi muar, so.. aku kirim la perencah mee bandung muar, Lupa pulak nak ambik gambar perencah tu. keterujaan untuk menikmati mee ini membuatkan aku lupa nak snap2 gambar nih.
Sgt mudah untuk menyediakan masakan ini krn rencah2nya telah siap sedia. Kita perlu tambah bahan2 yg kita suka je.

Cara:
1) Rebus ayam atau daging sampai empuk..
2) masukkan perencah mee bandung.
3) masukkan udang, sawi, carrot
4) perasakan dengan garam dan sedikit gula
5) masukkan mee. Basuh mee dahulu utk hilangkan rasa air kapur.
6) pecahkan telur dan tutup api.
7) Hidangkan dengan bawang goreng dan asam limau. (aku guna limau kasturi. bawang goreng tak dak stock...)

tadaaaa!!!.. dah siap,  untuk hidangan ni aku guna separuh daripada sebungkus mee kuning.


Isnin, 19 November 2012

bubur asyura

Bila tiba bulan Muharram, mesti ramai akan buat bubur ni... yg tak buat pun pasti dapat merasa kemanisan bubur ini sbb amalan  menyedekahkan bubur ini kepada jiran tetangga sudah menjadi  kebiasaan. Selalunya Hari asyura ni disambut pada 10 Muharam. entah kenapa tahun ni mak aku buat lebih awal bubur ni.


kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak di bahagian bawah

ha.. ni rupanya setelah dimasukkan gula merah

kacau... jgn tak kacau... eyyahhhh 2 jam gak la mengacaunya

siap sedia untuk dihantar kepada jiran tetangga... zaman dulu2 letak dlm daun pisang.. tp skrg ni payah sikit nak cari daun pisang... polisterin pun jadi la... 

campuran tepung beras, tepung gandum, santan, gula merah, pisang, ubi, kacang hijau, jagung dan juga gula..

untuk santapan keluarga.. main cedok je... mkn panas2 sedap ni...

lepas makan, layan budak2 ni mandi pulak... mcm2 gelagat mereka... nanti bila besar mesti teringat2... :-)







Paras gula dalam darah

Assalamualaikum,.,,
Nak cakap pasal tajuk di atas ni la...
Ok... terlebih dahulu... meh sini aku nak istiharkan yg aku kini tgh mengandungkan anak yg ke 3 insyaallah...Kandungan aku dah  nak masuk 5 bulan.. alhamdulillah, segala gejala alahan dah hilang.
So.. selama aku mengandung sblm ni.. tak pernah pulak aku menelan air gula yg ditakuti oleh semua wanita mengandung.
Nak dijadikan cerita, pagi kemarin mcm biasa la rutin bulanan kena pergi check perut. Masa urine test, pembantu makmal tu cakap kat aku... " dah mkn ke? sbb dalam urine ada gula.. meh sini jari nak amik darah sikit nak check paras gula"
Toing!! jarum kecil tu singgah kat jari manis aku.. Tak lama lepas tu keluar result bacaan paras gula 7.9.. Mak aii tinggi jugak tu...
Lepas masuk jumpa misi apa semua... aku kena minum ayaq gula hari RABU ni... Ahhhhh tidak!!!! kena korbankan cuti tahunan lagi....
Hurmmmm.... apa lah nasib...
Hari ni... pagi2 buta lagi aku dah telan sebiji minyak kelapa dara yg aku tulis sblm ni kan.. baru nak rasmi..sbb aku baca dekat khasiatnya.. MENGURANGKAN KENCING MANIS... harap2 aku bukanlah penghidap kencing manis. Cumanya sejak aku peknen, setiap hari aku nak minum teh ais. Org dah pesan.. klu nak dapat kencing manis, minum la teh tarik atau teh ais selalu... Huhuhuh
 Pagi ni sejarah... sarapan dengan air kosong... :-). No more teh ais
 Korang semua doakan aku dapat telan air gula yg begitu menjelekkan tu ye.....
Dan doakan aku tak de penyakit merbahaya ni ye....



Rabu, 14 November 2012

Minyak kelapa Dara

Sana sini org bercakap pasal minyak kelapa dara. Best ke? Byk ke khasiatnya?
Seorang kawan telah memperkenalkan tentang minyak ni..
Teringin untuk mencubanya. Ha... tgk tadi dah ada dlm pigeon hole. Ha... nak cerita lebih2 tak berani sbb belum mencubanya sendiri.

Ha... ni dia rupa bungkusan luarnya. Dalam bahasa omputisnya Virgin Coconut Oil (VCO). Dalam bahasa melayunya minyak kelapa dara. Keluaran catalyst.

Datang dlm bentuk softgel. Ada 60 biji.  Ha.. dlm bentuk ni senang sikit nak ditelan jika dibandingkan jenis cecair..  confirm tak tertelan. Untuk wanita mengandung juga disarankan ambik supplement ni.

Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini .



Isnin, 12 November 2012

Mengatasi tabiat anak menggigit kuku

baru2 ni aku perasan.. kenapa dah lama aku tak potong kuku Insyirah. Asyik dok potong kuku abg je. Lepas tu aku p la belek2 kuku dia... pendek sgt2..Dlm hati aku... Sapa la yg potong sampai kontot kuku anak aku ni.. Perhati punya perhati.. tgk dia dok gigit kuku. Terus aku larang dia supaya jgn gigit kuku tu.. Lagi la dia gigit...Huhuhu...
 bila aku tgk balik gambar ni, Insyirah tgh gigit kuku. Menurut sumber yg aku baca, kanak2 akan gigit kuku bila diorang stress. Mmg masa tgh ambik gambar ni, Insyirah tgh ketakutan tgk belon udara, Masa ni depa tgh tgk abah depa naik belon panas. Mmg dia nangis2 ajak dok jauh dari belon tu sbb dia takut  dengan bunyi gas panas tu...Aduhai... budak2 pun stress ye??

Meh nak kongsikan sama2 Cara mengatasi anak yg suka gigit kuku..( tips utk aku jugak)

Cari penyebabnya
Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah bertanyakan pada si kecil mengapa dia gelisah. Selalunya kita hanya melarang anak-anak daripada melakukan tabiat buruknya tanpa mengetahui punca sebenar perbuatan tersebut. Seharusnya ibu bapa perlu mengkaji penyebabnya dan berfikir sama ada si kecil mengalami stres ataupun tidak. Anda perlu bersabar untuk menghadapi situasi ini kerana tidak semestinya anak anda akan mendengar larangan anda. Apa yang penting ialah kesabaran dalam mengatasi masalah ini. Cuba atasi dengan cara positif dan bersabar.

2 Jangan marah
Perbuatan menggigit kuku sering dilakukan tanpa sedar. Justeru, elakkan daripada bertindak memarahi atau memaksanya menghentikan kebiasaannya itu. Sebaiknya beritahu si anak secara perlahan-lahan kerana mereka lebih suka dipujuk daripada dimarahi.

3 Tentukan batasan
Ingatkan pada anak anda bahawa perbuatan menggigit kuku adalah perbuatan tidak sopan dan tidak boleh dilakukan di depan orang lain. Katakan juga pada anak anda bahawa perbuatannya itu akan mengganggu orang lain. Bicara dengan lembut dan berhemah mengenai tabiatnya itu. Tidak perlu menekan atau memaksanya menghentikan tabiat tersebut secara drastik kerana ia akan membuat si kecil bertambah stres. Semakin kurang anda memaksanya, semakin mudah untuk anak anda menghentikan kebiasaannya itu.

4 Diskusi bersama
Ajak anak anda untuk membicarakan mengenai tabiat buruknya, kesan terhadap perbuatannya dan cara penyelesaiaannya. Misalnya anak anda mahu anda ingatkannnya jika lupa, anda ankan mengingatkan bile merasa terganggu.

5 Beri bantuan
Buat persetujuan bagaimana cara anda mengingatkan, terutama bila di depan umum. Misalnya dengan bahasa isyarat agar tidak disedari orang di sekeliling. Menegur secara terbuka mungkin akan menyebabkan dia berasa malu dan rendah diri. Biarpun ada kala ejekan rakan-rakan juga dapat membantu anak anda menghentikan tabiat buruknya itu dengan lebih cepat.

6 Tawarkan alternatif
Bila anak anda ada keinginan untuk menggigit kuku, cepat-cepat alihkan dengan benda-benda yang lain. Biarkana anak anda leka sehingga dia lupa untuk melakukan tabiatnya itu. Selain itu, suruh anak anda tarik nafas dalam-dalam dan gunakan teknik teknik relaks yang lain supaya berasa lebih lega.

7 Elak kecederaan
Menggigit kuku dianggap sebagai tanda kegelisahan yang berlebihan. Tabiat ini boleh mendatangkan kemudaratan ke atas diri si kecil sehingga menyebabkan kuku dan jari terluka dan berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor atau mendapatkan bantuan psikologi sekiranya tabiat anak anda itu tidak dapat diatasi


Kuih Seri Ayu

Ha... sebenarnya dah lama teringin nak buat kuih seri ayu ni. Dia punya acuan tu pun dah setahun aku beli. Tp kuihnya tak jugak2 buat. Malas satu..mood nak buat pun x dak. Nak dijadikan cerita, jumaat lepas ada terbaca satu blog ni. Tuan dia buat kuih ni. Dengan serta merta rasa nak mkn kuih seri ayu ni. Nak mkn hasil tgn sendiri. Bukan yg beli. Maka, Pagi Ahad tu terhasillah kuih ini.

heheh.. agak comot, nanti buat lagi bg cantik sket.

Satu adunan boleh dapat 24 biji. 2 kali kukus.

Resepi bleh klik ni..  Credit kpd pemilik blog ni...

Jumaat, 9 November 2012

SMS cikgu

kemarin adalah hari last budak2 sekolah.
So, aku ambil keputusan untuk hantar SMS dekat cikgu Irfan untuk ucapkan terima kasih. Lagipun aku tak dapat p ucap sendiri sbb aku kerja.

ha.. ni ada SMS aku dekat cikgu Zainab.

Dok tunggu cikgu balas tapi tak balas2. mungkin habis credit kot atau tak sempat nak balas.  
Dan mlm tadi pukul 11.30 mcm tu, tiba2 bunyi SMS masuk. Dan aku  sangat2lah gembira bila cikgu Zainab balas SMS aku tadi...

ha.. ni dia balasan cikgu....

Insyaallah doa seorang guru tu pun penting selain doa ibu bapa. Aku sgt2lah berterima kasih kepada cikgu Pra sekolah yg tanpa jemu membimbing anak aku untuk belajar. Yang sentiasa memberi perhatian dan tahu dimana kelemahan anak aku. Alhamdulillah... Hanya Allah yg dapat membalas jasa guru2 sekalian. Beruntung jadi seorang pendidik krn pahala sentiasa bersama selagi ilmu yg dicurahkan itu berguna...


Khamis, 8 November 2012

kejamkah aku?

kejamkah aku?... bila mana aku terpaksa membuat keputusan untuk berkata TIDAK!!!
kejamkah aku?? ... bila mana hasrat yg diingini aku bataskan hadnya..
Kejamkah aku??... bila mana kata2 perangsang yg didambarkan hanyalah sebuah pendustaan,,
kejamkah aku?? ... bilamana aku terpaksa suarakan apa yg aku fikirkan...
Kejamkah aku??... bila aku tiada daya untuk membantu....

Disaat aku rasakan itu adalah SUKAR, mungkin ada CAHAYA didepan..
Disaat aku berlepas harap, mungkin gemilang menanti,
Disaat aku REBAH, mungkin ada tgn untuk MEMAPAH,

Yang pasti.. apa yg kita tempuh adalah rencana dari Allah....
Krn hanya Dialah tempat kita bergantung harap, tempat kita meminta dan tempat kita mengadu...

Allahu akbar!!

Selasa, 6 November 2012

Jika membesarkan anak dengan cara....

Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan/kekerasan, dia belajar membenci.
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan,
dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan hinaan, dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan sebaik- baiknya perlakuan, dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dukungan, dia belajar menyenangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia pun belajar 
menemukan cinta dalam kehidupan.


ayat2 diatas aku copy dari FB, sumber asal tidak dapat dikenalpasti. Tapi apa yg pasti aku cuba nak kongsi dengan rakan2....

Bukan mudah nak membesarkan anak2. Kalau hasil didikan yg baik, maka baiklah yg dapat. 
Merenung kembali anugerah2 ibu mithali, kebanyakan anak2 mereka adalah anak2 yg berjaya didunia dan diakhirat.
Semuanya bermula dengan niat dan doa krn anak2 adalah satu amanah. 
oleh itu, amalkan cara hidup Islam krn Islam itu indah, melengkapi seluruh cara hidup...

teringat pulak kisah Irfan bila tahu aku sedang marah.. automatik dia akan datang peluk aku sambil minta maaf.. indah rasa saat itu. Mak saudara aku hairan melihat situasi itu. Katanya, cucu dia bertuah la nak peluk mak dia bila ken amarah ngn mak dia. Lagi melawan ada laa..
 Bila dia berkata mcm tu, baru aku rasa sebenarnya aku belum berjaya mendidik anak dgn cara terbaik. Tp aku berusaha untuk menjadi yg terbaik, Insyaallah...
Kadang2 rasa marah kita mengatasi kewarasan,,,,


jagung rebus


masa balik dari makan tengahari, singgah gerai buah dan terbeli jagung selonggok. Selonggok ada 8 putung jagung yg besar2. dapat dengan harga RM10.  so, rebus la jagung2 tu. Irfan suka jagung rebus yg dihiris2 mcm ni. Alasan yg diberi: takut gigi dia yang baru tumbuh patah. So, Umi hiris jagung mcm ni dan letakkan sedikit butter cup dan sedikit gula.. 
erm... licin dikerjakan anak2... :-)

Isnin, 5 November 2012

Graduation Day ~pra sekolah~

pejam celik.. pejam celik anak aku dah nak habis pun menjalani sesi  pra sekolah. Sekejap je masa berlalu. Dah besar anak umi...
Sebelum Raya Haji, cikgu dah keluarkan surat yg hari pra graduasi akan diadakan pada hari selasa. SO.. aku  tambah la cuti raya haji aku, semata2 nak tgk anak sulung grad... hehehe.. Nak tunggu grad Universiti lagi 16 tahun.. insyaallah...lambat lagi tu. Zaman aku dulu2 mana ada  pesen2 ni.. Aku sendiri pun tak masuk tadika. Terus masuk darjah satu.. Ha... terer dak aku?? org lain dah terer ABC sampai Z.. aku baru nak merangkak kenal apa itu A?? apa itu B?? Mmg mencabar aku rasakan. Tp alhamdulillah.. naik darjah 3 aku dah mula menapak maju.(hehhee...puji diri sendiri).
Dipendekkan cerita, pagi2 lagi abah dia dah hantar Irfan ke sekolah sbb dia akan bertolak ke dewan menaiki bas sekolah. Para waris ken ap sendiri la.. So kami sampai ke dewan dalam pukul 9.30 mcm tu.

aksi adik ketika abah berhenti untuk isi minyak...

alahai.. besarnye jubah! umi tgk anak umi mcm nak berlakon opera cina je... :-)

bertukar! ada2 saja aksi bila depan kamera.

bersama kawan2 selepas menerima sijil.

cikgu bagi nasi lemak sorang sebungkus. ewah.. santek stokin anak aku.suka sungguh dia berjalan tanpa pakai kasut.. jenuh aku nak menyental.

waktu nak balik, cikgu bagi pilihan sama ada nak balik dengan waris atau dengan bas. Irfan pilih nak balik naik bas. terpaksa la kami  follow bas dari belakang. takut tertinggal pulak putera kami yg agak lincah ini...
Semoga anak umi terus membesar dengan sihat dan cemerlang. Amin








Rabu, 31 Oktober 2012

ceritaku

Ptg smlm kami menghabiskan masa di kampung.
Tiba2 ayah diserang penyakit penat lagi. Nasib baik kami ada masa tu... terus bawa ayah ke hospital.
3 kali sedut gas pun masih tak berapa nak ok... dr nak tahan ayah wad, tp dia tak nak.
Risau dengan kesihatan ayah yg kurang baik sejak akhir2 ni. 
Doktor kata paru2 ayah kembang. Kesan merokok.

Akibat daripada  bekalan ubat yg dah habis. Ayah ke hospital untuk ambil bekalan ubat tapi surat doktor pulak hari tu dia tak bagi. So nak kena buat appoinment ngn doktor sekali lagi la nak ambik ubat tu.. Hurm...mcm2 prosedur...akibatnya bertambah teruk sakit ayah aku...

So, mlm tadi kami bertolak balik dan sampai ke rumah dalam pukul 11 malam. Aku terus kemaskan tempat tidur sbb anak2 dah tidur dalam perjalanan tadi. Dengan mak2 depa sekali tidoq. Pukul 11.30 aku terjaga, Kesian tgk suami tgh menjahit butang tack kat baju uniform dia.. Aku mintak nak tlg jahit... Dia kata dah mlm, biar abg ja yg jahit...
huhu tetiba rasa mcm mendera suami sendiri pulak.. sbb tugas menjahit tu biasanya dilakukan oleh isteri. Dia cuma minta aku tlg simpulkan benang je...
Lepas tu aku minta izin tdur dulu..
Pagi tadi bangun pukul 5.30  nak iron baju, tgk dia siapkan 4 butang tack...:-) mlm ni aku sambung plak la..insyaallah...

Khamis, 25 Oktober 2012

selamat hari raya Haji

Aku masih belum bercuti...
Tp dapat pelepasan balik awal hari ni... Yuhuuu....kul 1 satgi cabut balik!!!!
ngntuk la pulaks....
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua....
Kepada yg balik kampung, Hati2 di jalan raya....

Rabu, 24 Oktober 2012

Bila Org asing menjadi Raja

P stesen minyak nampak bangla...
P kawasan pembinaan nampak bangla, indon dan myanmar,
P kawasan kilang myanmar jugak
Masuk kawasan airport, bangla dan indon
masuk bilik air, indon
P kedai makan,  dipelopori warga Thailand
Pendek kata mmg byk org asing yg  mencari rezeki di Bumi kita, Malaysia.

Makmur dan rezeki mencurah2.

Tu yg seronok dilihat

Tp yg tak seronoknya...

Kes bunuh.. kerat kepala... warga asing
Kes samun... warga asing jugak... Tak dinafikan.. org tempatan pun ramai jugak yg buat benda ni..
Kadang2 tgk mcm citer hindustan plak... tembak menembak, bom, boh pisau kat leher...
Tgk 999.. pelacuran,.. warga china.. oohh sarang maksiat banyaknyeeee


Erm.. mula2 menapak, semua takut... nak cakap pun terketar2.
Tp bila dah bertahun2.. dah lama kerja...  mula nak naik kepala

Alkisahnya...
Aku ada seorang adik lelaki.
Skrg tgh bercuti sbb baru habis PMR.
Tp gedik nak kerja. Mak kata dok umh je la... Tp budak lelaki kan.. ada saja la nak cari income lebih sbb nak topup prepaid tepon aweks le tu...
So.. dia  dan kwn dia dapat la kerja kat kilang ais.
Nak dijadikan cerita, adik aku tertumpahkan ais dia...
terkena la si mamat bangla ni...

Tahu apa bangla ni cakap??
" Wei BABI! mata letak mana??? nak bunuh aku ka???"
Wah2.. sesuka hati sesedap rasa nak maki org kan??
See...mcmmana diorang punya bahasa. Jgn kepala kita sebagai rakyat tempatan dipijak sudah....

Tp aku percaya tak semua mcm tu. Ada yg berbudi bahasa... datang dengan niat utk mencari rezeki menyara anak bini kat negara mereka yg begitu  daif sekali.

Hurm.. adik.. oh adik... semoga kau belajar mcmmana susah payahnya mak ayah  mencari rezeki nak membesarkan kita adik beradik. Dan lepas ni... masuk tingkatan 4... mula belajar bersungguh2... krn masa depan kita terletak di tgn kita. Takkan selamanya nak mengerah tulang 4 kerat yg gaji hanya ciput? Sekurang2nya dia dapat belajar erti susah dan tak mau rasa susah nak hadapi masa depan.

Selasa, 23 Oktober 2012

Ibu

Rasa seronok sgt2 saat kali pertama dapat berinteraksi dengan sidia...
saat melihat denyut jantungnya,
saat tangan dia bergerak2....
erm....
canggih kan teknologi zaman sekarang... ada 3D dan 4D lagi...
Zaman tok nenek kita dulu tak dak benda2 mcm ni...
Hanya mengharapkan bidan kampung nak tahu kedudukan baby dalam rahim ok ke tak.
..
gambar ehsan: encik google
ha... bukan senang nak alami fasa pertama mengandung. Adik aku baru2 ni.. sampai pengsan2 kat opis. Kat dewan makan pulak tu... kesian dia. Mengandung anak sulung mmg  byk cabarannya. Ada org alah teruk, ada org tak alah langsung. Mcm2 pengalaman ada... Ada yg tak lalu tgk nasik, ada org yg selera mkn bertambah2... ada org nak tgk blog yg menjadi favourite dia sblm tu pun jadi muak... buka blog... nak termuntah. ha... mcm2 kan? Yg lagi teruk... bau suami pun tak boleh.... sian suami kan? Tapi nak buat mcmmana... sementara hormon dalam badan nak stabil balik...


Terima Kasih Ya Allah... krn memberi peluang untuk aku merasa indahnya menjadi seorang ibu....
Ya Allah.. Rahmatilah ibuku,
Buat semua yg bergelar ibu... Tahniah dan jadilah ibu yg terbaik buat anak2  krn mereka adalah anugerah yg tak ternilai...




Isnin, 22 Oktober 2012

kek besday

Seperti yg dijanjikan...
nin dia kek yg umi tempah sempena besday anak teruna umi...



Jumaat, 19 Oktober 2012

Buah Ciku

Buah ciku... Kalau  sebelah utara ni  sinonim  dengan panggilan buah sawa.
Aku suka akan baunya yg  bau manis2 gitu....
Dari kecik lagi... mmg antara makanan kegemaran aku. Kalau mak atau nenek bagi buah ni.. mesti senyum sampai ke telinga....


ha.. ni rupanya bila dah dikupas dan dibelah

Ciku merupakan buah buahan tropika yg dipercayai berasal dari Amerika Tengah,... Ohooo...
Nama sains dia pulak: Achras Zapota.. tudia!! sekali keluaq nama sains da....
Kandungan Kalsium dan Vitaman C lebih tinggi dalam buah ciku ni... Ha.. setanding dengan buah Pear gitu... Tak yah mahal2... belakang rumah boleh cari...

Tp buah ciku ni adalah pemberian seorang kawan sekerja. Baru je sebut teringin nak makan buah sawa. Minggu depan... toinggg seplastik dok depan mata. Thanks Mira. Rezeki.... Alhamdulillah....


Rabu, 17 Oktober 2012

Hadiah birthday Irfan

Untuk hadiah birthday thn ni... abah dia hadiahkan helipcopter ni... dok mintak lama dah...


kuat pulok menatang ni makan bateri...

meningkat pulak la bil elektrik....
:-)

Umi hadiah apa??? tak de apa2.. :-(

Selasa, 16 Oktober 2012

Durian Crepe

Aku tahu mkn saja.. buat tu tak pandai lagi.. tak pandai atau malas??? terus terang mmg malas bab2 buat kuih ni...
Bila mendengar tentang kesedapan durian crepe ni.. aku pun oder la... Ptg smlm sampai ke tgn aku.. 5 biji RM10. Maknanya sebiji tu  dlm RM2.

Inilah rupanya durian crepe tu...

x besar mana pun kecik aje...

ini rupa isi dalam dia... mengandungi whipping cream dan isi durian... sgt sedap

Nak dijadikan cerita, ptg smlm Irfan, Insyirah dan abah diorang datang Perlis naik Bas. Adui.. abah bawa anak jalan jauh ye... susu pun tak bawak .. sian Insyirah. So dalam kereta, diorang jumpa  durian crepe ni. Irfan 2 ketul, Insyirah 2 ketul.. tinggal la kat umi dia seketul. Jadilah... umi boleh rasa jugak... Depa mintak umi belikan lagi benda ni. Sedap katanya....




Isnin, 15 Oktober 2012

Selamat HAri Lahir yg ke6


Hari ni... 15.10.2012.. genap 6 tahun umur putera sulung aku... Syamsul Irfan. Sekejap ja masa berlalu. pejam celik.. pejam celik... ohhh dah tinggi dan besar anak umi.  Semoga anak umi membesar menjadi anak yg soleh, taat pada ibu bapa, hormat org tua, sihat sejahtera serta menjadi pembela agama, bangsa dan negara.. ohh terasa patriotik pula bila umi bercakap mcm ni. :-)

Mlm td, setelah diberitahu yg esok adalah birthday dia, abg dan adik bersungguh2 ajak p KFC.  Dah menjadi kebiasaan klu birhday sapa2 pun mesti p KFC, Tak dak tempat lain ka??? Mc D ke??? Marrybrown ke??? Dah la umi teringin lama dah nak mkn Samurai burger tu... hehe tp kehendak anak2 punya psal, umi ikut je la.. asal depa suka...

hanya oder dinner plate .. 3 ketul ayam untuk diorang. Buat masa sekarang tekak umi x bleh terima ayam, so umi hanya oder cheezy wedges. Tp pakat berebut nak cheezy wedges umi la pulak... akibatnya... abah kena perabis 2 1/2 ketul ayam goreng... kenyang tak abah?? hehehhe
erm.. adik klu tgk kamera, mcm2 aksi yg nak dibuat,

Ifran tya... Umi nak hadiah apa kat abg??
"umi hadiahkan kasih syg yg tak ternilai"
kasih syg ja ka? mainan tak dak??
erghhh... hehheheh..... Insyallah akan menyusul....


Jumaat, 12 Oktober 2012

Jalan2 cari makan sekitar bandar ARAU

tghari kalau hari jumaat kitorang suka ronda2 cari kedai makan... So tghari ni kami ke arau.
Hajat dihati nak mkn di kedai makan  Favourite kami iaitu Kafe D'kontena. Terletak di belakang pasaraya cmart arau. Sblm p tu, call dan oder dulu. sampai kedai, kedai baru buka.. so tunggu jela... jom layan pic yg sempat aku ambik, Kebetulan hari ni meriah krn kami dapat berkumpul ramai2. almaklumlah... masing2  kerja berlainan tempat sekarang ni... Bila dapat berkumpul mcm ni rasa seronok sgt2... Sorang je tak dak.. Kak su... lupa plak nak ajak tadi.. huhuhu sori sue...sbb tak nampak hg online hari ni.

memandang tekak aku ni masih belum dapat menerima makanan yg pelik2... aku oder koteow goreng je,, licin  hokey

spaghetty chicken mushroom ni... kak citah yg oder. mmg makanan kegemaran dia pun.. aku jugak suka.. tp setakat tumpang makan pinggan org punya je.. sbb aku pernah oder.. tp bercinta jugak la nak habis.. sbb perut aku ni jenis sebu....

chicken chop sos blackpapper.. ha.. yg ni pun sedap. Siti makan sampai licin.. baguih sungguh... :-)

koteow  tom yam... Mira punya... rasa td mcm sedap.. heheh mungkin sbb dalam claypot yg jadi sedap... 

gambar2 lain tak sempat nak snap sbb teruja dah nak mkn.. lapaq punya pasal... len kali aku update lagi  pasal makanan ni...  
Kalau tokey D'kontena tgk aku promote kedai dia ni..  Confirm len kali aku p, dia bagi diskaun.. hehhehe
tp dia kenal aku ke?? ahhahaha




wangian kereta

 ha... ni  satu wangian yg aku jumpa masa dok servey2 nak tukar car perfume baru... saja nak try yg lain plak selain ambi pur

"hokkaido Lavender" sedap jugak bau dia... Beli kat Giant Alor Setar. RM 15.90....
 Cubalah,,,,