1) Bangun sebelum Subuh,,,
Yang ni bagi sesapa yg bekerja selalunya akan bangun sblm subuh. Tp jadi liat nak bangun bila tibanya hari2 cuti... Tu yang akan jadi subuh gajah, resaksa dan sebagainya...
Bangun solat subuh ni boleh memperkuatkan akal fikiran. Kesegaran udara subuh boleh merawat penyakit TB....
2) Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi... Setiap khamis/jumaat baginda memotong kuku, mencuci rambut halus dipipi, dan memakai minyak wangi.
Cuba check: kuku kita pendek dak? ada taik kuku dak? Rambut kusut masai tak? Gigi gosok tak??? wangi tak korang???
3) Tidak pernah mkn berlebihan
Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,
Berpuasa sunat.
Kita??? mkn satu hari 5 kali.... tu tak termasuk jajan. Kenyang dah pun... tambah lagi sampai sengkak senak.. Mau tak banyak penyakit datang hinggap...
4) Gemar berjalan kaki
Rasulullah jalan kaki pergi masjid, pasar dan ke rumah sahabat2.... Jalan kaki ni menyebabkan peredaran darah berjalan dengan baik. Boleh menghindarkan dari serangan jantung/
Kita?? bangunan 2 tingkat kalau ada lift... rela naik lift lagi.... lift rosak baru hegeh2 nak naik tangga....kalau nak parking kereta, depan2 kedai berhentinya.. wlaupun depan kedai tu dah tulis.. dilarang meletak kenderaan... nak gi joging 4 bulan sekali pun belum tentu.
5) Tidak pemarah
yg ni kena berlatih lebih.
Kalau kita rasa nak marah... cuba ubah posisi. Kalau tgh berdiri.. kita duduk.
kalau tgh duduk kita baring dan sebagainya....
istighfar banyak2.... krn marah itu sering merugikan diri sendiri.
6) Optimis dan tidak berputus asa
sifat2 diatas dapat melapangkan jiwa. perlu banyak bersabar, istiqamah, tawakal kpd Allah.
7) Tidak iri hati
Yang ni pun kita kena lebih menjiwai supaya kita dpaat latih hati kita dari sifat iri hati kepada kejayaan org lain. Ada yg sanggup menjatuhkan org lain krn rasa iri hati tu datang. Tak boleh tgk org lain lebih sikit.. mulalah dipersoalkan...
Bersyukur dengan apa yg kita ada.....
8) Pemaaf...
Tak faham mengapa begitu sukar untuk melafazkan maaf walaupun ternyta diri sendiri yg melakukan kesilapan.. Mungkin EGO????
Memaafkan org lain membebaskan diri dari dibelenggu rasa MARAH... Marah tu kan tak sihat.....cepat dapat darah tinggi......