Jumaat, 30 September 2011

tq

rezeki hari jumaat...
tq
katanya buah tangan sempena hari raya... tak de apa nak bg....
sapa nak rasa jemputlah....hehhehehe

wanita dan masa2 jangan diganggunya~PMS~

Kebanyakan wanita mesti akan mengalamai keadaan PMS- PREMENSTRUAL SYNDROME

Kebiasaannya terjadi 2 minggu sebelum kedatangan haid. Masa ni perubahan hormon berlaku. Sbb tu la.. Kdg2 ada ja yang tak kena.
Seperti aku... Keadaan normal kadang2 aku boleh menerima apa jua jenis lawak samaada kasar ataupun lawak kurang ajaq., Tp bila time ni...silap sikit ja... ada saja yg nak kena  bambu.... kdg2 jadi sensitif terlebih.. org kata too emosional.
Kadang2 sakit kepala yg teramat(migrain)...semua tu normal la kan???
Ada jugak org yg akan rasa tertekan sangat2 time ni...

Menguruskan PMS & migrain diet:
1) makan makanan sikit2 sebnayak 6 kali dalam masa 3 jam. pilih makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah gula
2)Kurangkan pengambilan lemak, kafein, garam, alkohol
3)Ambil makanan tambahan seperti vitamin with B6(100 mcg), B complex, magnesium (300mg), Vitamin E (400 IU) and vitamin C (1000 mg) adalah di syorkan kepada penghidap2 PMS.

4) Senaman - boleh kurangkan rasa stressed yang dialami.
5 ) Dan perkara yang paling penting: dekatkan diri kita dengan Allah... banyakkan beristghfar, selawat banyak... Insyaallah////


Ha.... pada lelaki2 khususnya para suami kena la paham isteri2 atau  gilpren2 anda dalam situasi mana....

Pssstt: Aku sedang ber PMS....Huhuhu... mood kacau bilau

curiga

Bila curiga datang
cemburu juga datang bertandang
membuak2 bagaikan bahang
melambak2 bagaikan gunung ganang

Bila tiada rasa percaya
syaitan menghasut beria ia
pasti begolak rasa dijiwa
selagi tidak diurai sengketa

Bila nafsu mengusai diri
nafas dihela bagaikan tertusuk duri
melarik mimpi membawa berlari
menyusur rasa membelah hati....

Apa  gunanya dipanjangkan curiga
kelak diri menanggung derita
luahkan rasa yang terpendam didada
agar bahtera tiada bergelora

menagih simpati bukan mainan
titis jernih bukan senjata
buangkan yg keruh ambil yang jernih
tangisan hiba cumalah penutup rasa,,,,,,,

Khamis, 29 September 2011

istikharah cinta~ SIGMA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yg tersembunyi
Berteman dimlm sunyi penuh doaa

Sebut namamu
Terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian  luahan rasa
Teguh satu pilihan
Mohon separuh nafasku  dalam maha perindu
Diistikharah cinta…

Nota: Sungguh membuai perasaan dan terperasan seketika. Dimana  cinta berputik dan dimana perlu melakukan satu keputusan. ....Semua sudah tertulis.. Kalau jodoh ada takkan kemana....Buat sahabat2 yg masih mencari, tetapkan pilihan anda  dengan  beristhikarah....:-)

pintu Taubat

Tersedar  dari khilafku
bersujud memohon ampunan
atas segala dosa dosaku
yang telah gelapkan hatiku

KebesaranMu ya Allah
kasih sayang dan rahmatMu
dalam sedarku  terlupa mengucap syukur
dalam  sujudku berdoa
dalam tangisku menyesal..
astaghfirullah bukalah pintu taubatMu...

entah kapan ajal menjemputku
mungkin esok hanya kau yang tahu
mungkin usiaku tak cukup lagi
untuk hapuskan segala dosaku

aku hina dan tak pantas memohon ampunan
tapi hanya engkau tempat untuk ku meminta


Nota: Setiap manusia melakukan kesilapan...Tp Allah bg kita peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan... bukannya terus hanyut dibuai segala dosa...

Char koey Teow

Mlm td buat Char Kuew teow...
P Pasar mlm cari bahan2 nak masak.. tp kat sana  daun bawang pulak tak dak....
Hurm... guna je la apa yg ada... janji hajat nak mkn char kuey teow terlaksana. Berminggu2 dah dok mengidam... Mengidam???? hahhaa... cam org mengandung pulak bunyinya....
Ini lah char koey teow... eshhh payah bebenor nak mengeja  koey ke...koew ka... hentam saja la...
Untuk resepi char koeyteow kali ni... mudah ja... aku guna resepi rahsia.... Sbb apa aku ckp rahsia???

Sbb aku sendiri taktau apa bahan2 yg letak dalam sos tu... Meh sini aku nak  tayang sikit kat korang sos yg selalu aku guna untuk masak ni.....


ha.... sos ni la... botol kecik ni RM4.50 jaaa..

Cara nak goreng dia pun senang...ada ditulis belakang label tu.

Cara2:

panaskan minyak
Tumiskan udang
masukkan 6 sudu sos ni.
masukkan 1 cawan air.
bila mendidih, masukkan segenggam koey teow.
masukkan taugeh dan daun bawang
akhir sekali pukul sebijik telur dan terus tuang ke dalam kuali tadi..
kena kacau cepat2 sbb takut telur tu tak pecah dengan cantik.
padamkan api dan boleh terus dihidang...

~ha....sapa2 pun boleh masak~

Rabu, 28 September 2011

Sedih bila jadi LAGU ni....

Pagi2 ni berkesempatan melayari blog seorang akak yg gemar memberi tazkirah... Teringin nak jadi mcm  dia satu hari nanti....Insyaallah....

Bila org Islam menghina hukum agama sendiri tanpa disedari...
Jgn biarkan kejahilan mengheret kita ke arah kegelinciran landasan..... Korang tgk sendirilah karikatur ini.... Fikir dan nilailah menggunakan otak dan akal yg Allah bagi....
Dulu2 kita dok tgk org obersea ja  dok buat mcm tu.. skrg ni dalam negara kita pun dah ikut sama...
Harap maaf andai coretan ini tidak disenangi.. tp sebagai umat Islam.. adalah menjadi tanggungjwb kita untuk membetulkan apa yg kita rasa perlu diperbetulkan.....
hurm....itulah karikatur itu

Untuk maklumat lanjut boleh baca kat sini. klik laa... kot2 kita juga terbuka minda...

Selasa, 27 September 2011

bebelan pagi

salah tetap salah...
tp salah boleh diperbetulkan...
bertindak perlu bertindak...tp tindakan yg dibuat haruslah betul
Adil perlu adil tapi biarlah berbatas

Setiap kesalahan perlu diberi peluang....
peluang untuk berubah....
 bertindak baru nasihat....
itu juga salah...

Tindakan tak seharus dipelopori oleh org lain.
apa guna menjadi nakhoda
andai kemudi tidak berfungsi
kelak pelayaran entah kemana....

Butter Prawn

 mlm tadi...buka peti ais ada 4 ekor udang. Dok fikir nak masak apa yang tak pedas bagi anak2 makan. Kat umah tok depa dah ada gulai udang. Dalam hati dok teringin nak buat Butter prawn tp mcm ingat2 lupa resepinya... Hentam sajalah labu.... Yang penting anak2 makan nasik bertambah... Alhamdulillah.... Senang sgt hati seorang ibu bila anak2 makan.

Jom share resepi hentam kromo ini

bahan2:
udang
2 sudu marjerin
4 sudu sos tiram
1 biji bawang merah
daun kari
cili kering
garam
gula

udang diperap dengan sedikit garam dan sos tiram.
Selepas 10 minit, pecahkan telur dan gaul bersama udang yg diperap tadi.
Panaskan 2 sudu besar marjerin.
Tumis bawang merah dan cili kering yg dipotong bersama daun kari.
Masukkan udang bersama telur yg diperap td,
Tambahkan 1 sudu keci gula.
Bila agak kering, tambahkan sedikit air... goreng lagi sampai udang masak dan kuah  agak kekeringan.

Isnin, 26 September 2011

SaTu CiNta~STARFIVE

Ku memohon
dalam sujud ku pada Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan pendirianku..keimananku

Ku memohon dalam sujudku padamu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan pendirianku... keimananku..
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari,
Tiada waktu ku tinggalkan demi cintaku kepadaMu
Walau seribu rintangan
yang menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya padaMU
Ku pasrahkan...

Oh Tuhan...
Selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia..
Oh Tuhan...
Jauhkanlah hamba ini dari hidup yang sia2...

c/o Lirik lagu yang ringkas tp padat dengan mesej yang bagus.... Kalau hayati dengan muzik  sangat2lah best.. Sapa2 yg tak pernah dengar lagi.. sila download ye...

Cuti hujung minggu yg terlalu padat..

Cuti hujung ni merupakan cuti yg agak padat. Jumaat mlm sabtu kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi karnival pertanian & ternakan yang berlangsung di stadium darulaman.Itu pun pukul 10 baru ke sana sbb ptg asben kena shift petang. So bila dia balik kerja.. umi ajak la dia p sana... gerai2 banyak yang dah tutup.. cuma kami sempat ke gerai2 orkid , pokok2 bunga dan tgk lembu2 baka besar.. kambing..




antara orkid2 yg sempat aku snap.. tgk yg tak pernah tgk.. aku amik gambar la.. tp syg... kamera henset ja... gambar tak cantik...

esoknya  asben kena kerja shift pagi... habis kerja,, aku ajak lagi dia menghadiri majlis sambutan hari lahir anak rakan sekerja a.k.a sahabat baik aku kat Perlis. Tp asben aku bgtau aku... mlm ni kena stanby... harap2 tak de org sakit mlm ni... Lepas majlis kami bergegas balik. Niat hati nak ajak asben singgah pekena Char koew tiaw best kat tanah merah... sbb lama dah teringin nak mkn kat situ. Elok je sampai jitra.. telefon berbunyi... Arghhh rasa mcm tak nak angkat je.. tp terpaksa angkat la... "mlm ni kena keja". Cansel mkn..cansel nak jalan2 kat aneka. Tp asben lagi letih kan??? Kesian dia.. Tp nak buat mcm mana kan... Dah itu punca rezeki. Redha adalah yang terbaik..
Esok pagi abah balik kerja..  aku dah siap2 nak pergi servis kereta pulak. Ingat nak bawak Irfan je. Sekali asben kata dia nak ikut sbb lepas tu boleh singgah rumah mak kat kampung. ermm elok jugak tu... So.. kena tunggu dia tidur kejap. Takut  jadi miaw2 ngntuk sat gi susah pulak...
Nak dijadikan cerita... elok sampai tempat servis tu.. kena tunggu  dekat 2 jam la jugak.. padahal dah booking awl.2.. nak wat mcmmana kan.. aku tak kisah sgt bab menunggu ni... tp anak2 bukan boleh duduk diam. Ada saja yg nak diusik kat waiting room tu.. er... lain kali kena tinggal la jwbnya.. kesian kat depa...ingatkan kejap je.
Pukul 1 kereta dah siap. Singgah tesco untuk mkn tghari sblm balik rumah mak. Saja tak mau menyusahkan mak. Nanti nak kena sedia makanan kat kami pulak. Erm.. asben aku dah cakap kat aku... suruh aku pesan kat mak supaya jangan layan dia macam tetamu. Erm.. Mak aku mmg mcm tu.. kalau tetamu datang dia akan layan makan minum semua... hidangkan makanan...Kadang2 termalu jugak la kami.. MAk layan baik. Dah jadi tabiat dia mcm tu.. Nak buat mcm manakan?? Lagipun Nabi ajar suruh kita muliakan Tetamu.. Hehhe... kami anak mak.. bukan tetamu.. biar kami  buat sendiri ye...
Mlm sekali lagi... Kami bawak mak ayah dan adik2 semua sekali lagi ke karnival pertanian tu. Sekali lagi aku jadi gila tgk pokok2 orkid.. huhuhu tp satu pun aku tak beli..aku hanya smepat rembat sos untuk buat char kuey teow dan mee kering keluaran agro mas. Nanti kalau rajin aku balik  ambik gambar ye... heheheh... Ermmm sungguh letih hari ni....letih kaki... letih mata tapi puas hati!

Jumaat, 23 September 2011

Bila Mementingkan diri sendiri

 Tak tahu lagi apa nak kata..
bila kita fikir kepentingan kita sendiri saja..
tanpa  berfikir adakah org itu suka?
Fikir kepentingan sendiri sehingga hak org lain diselongkari...

Letak sikit rasa  malu bila org malas nak layan..
kenapa la tak faham2...
Ya Tuhan...
Bikin sesak nafas nak memikirkan tentang kamu...
Dan Perlukah aku berdiam???
Dan perlukah aku kurang ajar dengan manusia seperti kamu???
Aku bukan tak kesian... tp kamu yg tak beradab...
Kesian2 jugak.. tp sampai bila kamu nak mcm tu???
bersenang2 dengan hak org lain...
Kamu jawablah di akhirat nanti....
Jangan sampai org muda hilang sabar dengan karenah org yg lebih tua....

Khamis, 22 September 2011

Lafaz Yang Tersimpan- UNIC

LaFaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yg sayu...
menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih... zahirkan laku... sedangkan bibirku jauh dari lafaznya....

raut tuamu...
membekas jiwaku.. meredakan rindu..
mendamaikan kalbu
TAk mungkin kutemu
iras sentuhanmu
biarpun ku redah... seluruh dunia.. mencari gantimu...

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa
menuturkan sayang
kasih yg terlimpah
hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yg melindungkan kalimah rahsia...

Masih kubiarkan waktu
melarikan lafaz kasihku padamu....

Apakah yang hilang
andai dilisankan
bait penghargaan
penuh kejujuran
tak mungkin terlihat... cinta yang merona
Tikanya renungan mata yang bersuara
Bukan Atur kata...

Tiada lagi ertinya pengucapan
andai akhir nafas dihujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam..
usah biar kehilangan
menantikan lafaz...Yang tersimpan....


Dalam sungguh maksud lagu ni..
Kita sebagai anak kadang2 tak pandai dan tak tahu nak menzahirkan perasaan sayang kepada ibu dan ayah kita. Tp dalam hati yg paling dalam.. tiada manusia yg paling kita sayang selain ibu dan ayah kita. Bibir kelu untuk meluahkan rasa.. sbbnya?? sbbnya mungkin kita tak dibiasakan dengan ucapan..." Saya sayang mak.. Saya sayang Ayah"... Kadang2 ada org  berpegang.. Kasih syg tak dapat ditunjukkan dengan kata2... Renung dalam mata... dapat dilihat dengan hati...
Hurm.. Mak dan Ayah< Tiada pengganti yang lebih baik dari mak dan ayah yg aku ada sekarang>.. walaupun kadang ada saja yg dikomplen... ada saja yg tak kena..Tp itu lumrah,,, Maafkan anakmu ini... Tanpa kalian berdua.. tak mungkin aku wujud dan bernafas di dunia ini. Tiada yang boleh  aku balas segala jasa yang telah kalian taburkan...selain kasih sayang yg tulus ikhlas...
Kepada kwn2 yang masih mempunyai ayah dan ibu.. buangkan segala sengketa... Lafazkan perkataan sayang kepada mereka. Biar mereka tahu yang kita sayang kepada mereka... HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA...


Mak sewaktu menghadiri majlis konvo adik aku...
Terima kasih mak.. krn bagi didikan yang cukup untuk anak2mu.... Trima kasih krn menjadikan aku insan yang berguna...
huhuhu... tetiba menitik air mata ketika aku menulis N3 ni....
Ya Allah.. Kau rahmatilah kedua ibu dan ayahku...Amin...

lagi koleksi manik

memanikkan baju adik aku... kelam kabut... dalam masa seminggu ja ambik masa nak siapkan.. tak sempat nak bg meriah lagi. Asalnya dah plan nak buat corak lain.. tp krn kesuntukan masa dan dia nak pakai dah baju tu.. tu je yg termampu akakmu ini siapkan...

baju ni dapat masa masuk pertandingan antara nasyid 2 tahun yang lepas...Dalam masa 2 hari..hanya dapat siapkan  corak simple yg mcm ni ja... Insyaallah kalau ada masa lagi... nak tambah lagi apa yang patut..

Sagu

Mlm tadi selongkar2 almari jumpa biji sagu. Ingat nak buat sagu yg salut ngn kelapa tu... Tp mlm2 mcm ni mana nak cari kelapa... Lepas tu aku kacau2 la sagu tu sampai masak. Lepas tu buat kuah susu cair ja.Nasib baik pokok pandan tepi rumah jaaa.. settle.
Selalunya org akan masukkan gula siap2 dlm sagu tu... tp aku cuba nak ubah resepi la kononnya....
Biar yg sagu tu kosong.. tp lebihkan gula kat kuahnya... sekali tak sedap sgt la....
anak2 hirup kuah ja.. isi  tak mau...sbb tak berasa apa...tp bila mkn isi ngn kuah.. sama je rasanya... Tp tak pe la.. lain kali umi tak berani dah sesuka hati sesedap rasa nak ubah resepi..

pagi ni bawak bekal mai opis... hehehe

Hari Merdeka+ Hari Malaysia

Mmg meriah sambutan merdeka di Alor Setar tahun ni. Tahun lepas biasa2  saja... Tp tahun ni cukup meriah. Mlm merdeka Aku, asben dan Irfan keluar sambut merdeka... Sian adik kena tinggal. Ikut hati.. mmmg aku nak bawak. Tp abah dia seorang yg cukup prihatin dengan kesihatan anak. Takut anak dia kena embun. Nanti demam katanya. Adik kena tinggal la  jwbnya. Mlm merdeka Insyirah tidoq ngn mak ngah dia laaa.. Sbb masa kami balik tu.. semua org dah tidur.
tgh menunggu detik 12 tgh mlm.. nak tgk bunga api sebenarnya...
berdentam dentum percikan api... best sgt. suasana di perkarangan masjid zahir sungguh meriah...dikiuti sorakan org ramai...

Pagi2 lagi pukul 5 aku dah bangun. Siapkan sarapan sbb nanti nak mengekoq encik suami. Dia kena keluar awl sbb nak berkawad....Pukul 7.30 keluar nak mencari tempat parking lagi....
mcm biasa...lokasi sambutan kali ni depan pekan Rabu...Pusat bandar....seronok tgk...  tak de kereta yg boleh masuk kawasan tu.. Kalau hari2 biasa nak lintas kena pakai titi laaaa
Nasib baik kak ipar  nak ikut... boleh dia tolong tgk2kan anak2 aku yg agak lasak...Lega sikit aku....Terima kasih Kak... I lap U

awl lagi masa ni...bersemangat nak tgk perarakan hari merdeka.


punya laju berkawad.. x sempat snap gambar abah yg tgh senyum bila dia perasan kami kat depan sekali.. Lawak la abh ni... hahahahha... boleh senyum2...org lain  serius jaaa


anak umi yang sememangnya bersemangat patriotik mcm uminya.... hehehe

bila ada ja pasukan pancaragam melintasi depan kami... insyirah akan peluk aku kuat2...ketaq2 dia takut bunyi alat muzik yg agak kuat...

selesai acara: Irfan bawak balik Ipin sekoq...adik  bawak balik minni mouse sekoq...

itulah kisahnya dihari merdeka/ hari malaysia...

Rabu, 21 September 2011

Perjumpaan dengan geng2 PPEOC+NPOC+waja Club...

hujung minggu (ahad) ada kenduri Shauqi... member PPEOC. Mmg best... 1st time join menda2 mcm ni. Syok la jugak boleh jumpa dengan org yg kita tak kenal. Sblm ni kenal2 mcm tu ja la bila dok mengarut dlm FB. Ni Real... terkedu lidah..  dan2 aku jadi seorang yg pendiam.. hehehe

masing2 nak gerak ke destinasi dah...

dari atas...stadium

konon2 tak nampak org tgh ambik gambar... hehe.. panas sebenarnya...sampaikan ada sorang member ni jatuh pengsan.

para marshall yg sudah berpeluh2.. tahniah kepada marshal2 yg jaga lalulintas dengan baik..

ni masing2 baru sampai.. tunggu nak beratur ramai2.. krn kami termasuk dlaam  rombongan pengantin.

err... gambar  kat rumah pengantin tak dan nak ambik  la... lapar sgt2...

apapun,  insyaallah.. lain kali kalau buat TT lagi.. aku nak join lagi.....

Selasa, 20 September 2011

berisi

erm... ramai sungguh  pakat dok tegur yg aku nampak berisi////
erm...."ada apa2 ka?"
jawapannya..."tidak apa2...mkn cukup kot.. atau terlebih mkn...
tp apa yg berlaku.. semakin  aku kontrol makan, makin berisi...
er...er... camna nih???
 Apapun.. aku tgh bizi.. esok lusa aku jengah blog2  korang yg  marvellous itu....

Khamis, 15 September 2011

berdua bersatu...forteen

sejak akhir2 ni dok angau dengar lagu ni pulak... syok gak layan...

BERDUA BERSATU

mengapa  cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu kita berdua bersatu...

atau mungkin kau dan aku
ditakdir utk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu cinta selain darimu

Jika denganmu salah ku tak mahu yg benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai.. ku sanggup krnku mahu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yg jelas
jika denganmu hanyut biarlah aku lemas

walau dilanda ribut
kusanggup krn ku mahu
 kita berdua bersatu


er...er... lumrah masa  bercinta semua sanggup... lautan api sanggup direnangi...
Bila lama2?????
Tp aku suka sgt  dengan kesanggupan lagu ni....
Bang Berahim sanggup tak harungi ribut krn isterimu ini???
er...er... tak yah la bang berahim... krn aku nak abg berahim Selamat.. Lepas ribut baru cari ye... hehhehe

Selasa, 13 September 2011

berhenti isap puting

Alhamdulillah... setelah berusaha selama seminggu, Irfan yg berusia nak masuk 5 tahun dah berjaya meninggalkan tabiat isap putingnya,, Dah 3 kali cuba, tp kali ni berjaya...
Kisahnya bermula apabila dia bangun pagi cari puting yg dia selalu isap tu tak jumpa. Aku pulak  start keje. Tinggal dia ngn abah dia je. Mlm tu jugak aku p cari puting kat giant. Sbb puting adik pun putus. Adik suka gigit puting.
aku beli 2 puting. tp  aku sembunyikan satu lagi dari dilihat oleh Irfan. Dia kata.. kesian kat abg.. umi tak beli puting kat abg.
" Abg dah besar... nak sekolah kan?.. nanti  abg tak hensem."
 Bermula dari mlm tu dia dah berenti isap puting. Tp hati seorang ibu ni agak tersentuh bila tgk dia agak sukar untuk melelapkan mata. Sambil nak tidur,  gigit bibir...Tp aku kuatkan semangat untuk dia  jugak. Gigi makin mancung....
Tp kita... IRFAN dah BEBAS DARI GEJALA ISAP PUTING..
Tahniah buat anak umi. Nanti umi bg hadiah....sbg tanda abg berjaya.
ihsan: googled

perlis BANJIR lagik....

Ahd petang dapat khabar yg perlis mula dinaiki air.  Isnin dalam hati berkira2 nak p keja ke tak?
Gagahkan jugak la p keja... tp dlm hati harap2 tak da apa2 yg menyekat ditengah jalan. Bukannya dekat alor setar dan perlis ni... tak pasal2 aku kena patah balik...
Sampai perkarangan opis mcm biasa.. cumanya  dlm perjalanan tu tgk dah  cikgu2 perempuan pakat2 selak kain nak redah banjir... sbb hari isnin start UPSR...
Hujan makin turun. pukul 11 hujan berenti. Aku p tinjau2 kawasan. Mana tau kan... satgi aku terkepung kat opis ni... sbbnya kat sini selalu jadi pulau...
kat luar gate utama dah nampak dah kereta umpama feri meredah air... err takutnya nak keluar dari sini... tp terpaksa keluar jugak.

pukul 1 aku gerak keluar dari sini...terus balik rumah.
Hari ni pulak..tawakal je la dtg keja. Alhamdulillah... banjir dah surut. Cuma depan gate ni jugak la air masih ada. Aku redah je la.. kali ni lebih berhati2.. Bimbang peristiwa  enjin kereta berasap terjadi lagi sewaktu banjir gelombang ke 2 pada bulan april lepas. Alhamdulillah....berjaya merentasinya...

Skrg ok.. ptg nanti tak tau mcmmana..sbb dgr kata kawasan kangar air makin naik...

Khamis, 8 September 2011

hari ni  opis buat jamuan aidilfitri & majlis penyampaian hadiah untuk besday staf dari bulan april hingga september.
Aku punya besday dah lama dah...bulan mei... Kali ni aku pun dapat hadiah...


dalam ni  ada hadiah... jom kita tgk apa yg aku dpt...:-)



ha... frame gambaq... Thanks to my schools.

Kepada kwn2 yg bg semangat untuk hantar puisi merdeka, Terima kasih atas support kalian.... hehe.. hanya 2 penyertaan je... So  sapa yg masuk tu dapat hadiah yg sama berupa  duit berharga RM75.
Thanks kepada rakan kami: en Alimin krn sanggup susah payah tolong aku bacakan puisi ni. Tuan empunya puisi sora dah jadi sora itik....


Rabu, 7 September 2011

tragedi sebelum raya

 tgk je gambar dulang isi air ni...mesti nak menitik air mata..
tragedi 2 hari sblm raya...
Irfan dihempuk oleh nenek sedaranya....
nenek sedara dia ni nyanyuk... So  dulang ni masa tgh main2.. jatuh . so retak2 la... hurmm
masa kejadian aku tgh cabut rumput kat halaman rumah. Asben keje. Tiba2 Irfan lari  sampai ketar2  panggil "umi! Umi! Umi!"
Nenek sedara  dia pas tu ligan dari belakang... mai dok marah2... kata anak aku ni nakal la.. buas la...
Aku yg  sememangnya tgh panas.. lagi panas la...
Tp masa tu aku tak tau dia ketukl kepala anak aku dgn talam ni...
Elok dia tgk ja mak mertua aku...  baru dia ok sikit...
Aku rasa nak melawan ja.. tp  pikir2 org tua tu nyanyuk.
Aku terus bawak irfan masuk dlm rumah.
Irfan terus nangis sedu sedan. Cari kayu cota abah ... nak pukul org tu..sbb org tu pukul kepala dia...
Dengan umi2 dia sekali nangis...
Lepas tu aku suruh Irfan siap... aku pun siap... Jom kita keluar kedai cari  dulang baru kat nenek tu..
Hurm.. Aku beli dulang baru.. Harga RM8.. ganti balik dulang nenek tu yg harganya cuma RM 1.90..
Hurmm skrg harga bukan menjadi perkara pokok.. Tp aku tak suka org buat mcm tu kat anak aku.. aku sendiri pun.. dlm dok pukul anak... aku tak pernah sentuh kepala depa...
Tp bila balik nak bg kat dia.. dia tak mau pulak!!!
ptg tu.. dia mai rumah siap salam lagi dengan Irfan..
Ermmm apa nak dikata???? Org dah nyanyuk.. Huhuhu..
Sampai skrg masih berbekas di hati.
'
Pesanan Untuk anak: Semoga anak2 umi jgn nakal2 lagi tau... nanti org tak suka kat anak2 umi...

Puding karamel

Mlm tadi tiba2 teringin nak mkn puding karamel. Telur ayam ada 2 biji setengah ja.. setengah tu sbb Insyirah pecahkan... maka jadi setengah ja la yg tinggal.. pas tu p  ambik sebijik lagi telur kat rumah mak mertua selaku kedai runcit aku...(hehehe)..



taraaa... dah boleh ngappp


kali ni: ekspedisi buat karamel menjadi... so nak syer resepi yg teramatlah senang ni..

Bahan:
4 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
2 sudu gula.

Cara2:
panaskan gula dalam loyang sampai bertukar warna perang. ratakan gula tadi...biar sejuk.

blend telur, susu cair dan susu pekat.
Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang tadi.

kemudian kukus selama 20 minit..

sejukkan dan bolehlah dimkn..




Selasa, 6 September 2011

Sajak Merdeka

Asyik bercerita pasal raya je kan? Sampai ramai dah terlupa pada merdeka.
Td aku check email .. ada satu pertandingan mencipta puisi sempena kemerdekaan.,
Hadiahnya agak lumayan kalau menang.

Hadiah :
1.         Tempat pertama : hamper bernilai RM100.00
2.         Tempat kedua : hamper bernilai RM75.00
3.         Tempat ketiga : hamper bernilai RM50.00
4.         Hadiah Saguhati: hamper bernilai RM30.00

Tapi~~~~~~~~~~
Syarat yg aku tak sanggup nak buat  ialah:
Peserta akan mendeklamasikan puisi sempena jamuan raya SoME pada 8/9/11

Hurmmm... Tak jadila nak hantar puisi..
So aku karang dan letak kat blog aku jadi la kan???


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan keramat,
Yang datang kian menghambat,
Yang pergi bagaikan kilat,
Kini….banyak yang merempat..
Ya… merempat dibumi sendiri..
Mengemis ditengah jalanan,
 Tetapi… berdiri aku sebagai anak merdeka,
Tak gentar menerima kecaman,
Tak goyah dilanda taufan,
Biarpun badai yg melanda,
Ku anyam janji pada diri,
Biarpun ada yg cuba mengubah fakta…

Bangunlah anak bangsaku,
Kita hayati erti sebuah merdeka,
Bukan hanya pada nama,
Hayatilah pengorbanan serikandi  negara,
Perjuangan dan darah satria yg telah tertumpah,
Betapa perit, betapa jerit  berjuang hingga ke titis terakhir,

Jgn biarkan tanah tumpah darah kita dicemari,
Mewahkah kita jika setiap hari kita dicaci maki,
Senangkah kita jika saban hari waktu dibaziri,
Dan sedarlah… bahawasanya hanya kita yg berhak
mempertahankan Kemerdekaan yg kita kecepi….


So... Apa pendapat kwn2?

Isnin, 5 September 2011

hurmmm

walaupun aku ni perempuan,,, jgn pandang sebelah mata....

hurmmm susah nak mengajaq org yg suka buat kepala tau.. padahal satu apa pun tatau....

Setakat nak solder tu apa la sgt.......

Org ajaq tak mau nak ikut ... buat pala tau...

lantak le  ke korang.. perosah la sampai boleh... aku  malas nak amik tau dah!!!!

koleksi manik aidilfitri 2011

baju insyirah....

ini baju umi insyirah... simple ja kali ni...hanya jahit kat lengan baju saja...

yg ni pun baju umi insyirah... nampak tenggelam bunga tu sbb  sekaler ngn  corak baju... errr... failed bab memanik kat baju bercorak.

baju insyirah...sengaja atur  ikut mcm bentuk rantai.. ganti rantai mas.. tak yah ragut2...hehehe

sampul duit raya

Dalam banyak2 sampul duit raya yang anak2 aku dapat....
*
*
*
*
*
*
*
Sampul ni yg paling best kami terperasan... dapat dari sapa tak tau laaaaa....

Ahad, 4 September 2011

esok start kerja....

Hari ni dan kemarin kereta kat jalan raya cukup byk... semuanya  berpusu2 nak balik rumah masing2 sbb esok semua kebanyakan dari kita akan mula bekerja mcm biasa....
alahai.... malas  melanda bila dengar perkataan kerja...huhuhu...
Esok kalau ada masa terluang, insyaallah aku akan meng'update' cerita2 sepanjang aku bercuti...