Jumaat, 26 Ogos 2011

SelaMaT HaRi Raya AidiLFitRi

Selamat Hari Raya Cda Ucapkan Buat semua Sahabat2 terdekat Cda. Juga yang mengenali Cda....

Untuk kwn2....sepanjang aku kenal hangpa semua,
kalau ada aku mengeluarkan perkataan yg menusuk hati dan perasaan samada secara sengaja atau tak sengaja, aku mohon maaf.. Aku sayang hangpa semua... Tanpa hangpa semua sapalah aku...

Huhuhu... dah  sedih sorang2... sblm ni ada jugak kwn baik aku kat sini. Tp dia dah kena pindah tempat keja... nak buat mcmmana... dah tugas kan???

Buat rakan2 alammaya iaitu bloggers sekalian, Maaf andai ada penulisan dan komen2 yg kurang menyenangkan hati anda.. semoga ukhuwah yg terbina berkekalan dan sama2lah kita menambah ilmu...

Bagi yg nak balik beraya di kampung tu, hati2 dijalan raya... Jgn laju2 sgt... hati2 tau... kat jalan raya , kereta dan bas banyak... Semoga selamat sampai ke destinasi...

dan Raya ni jgn pulun mkn byk sgt tau!,,,, nanti berat naik... dah nak kena minum slim tea  untuk menyakitkan  sistem penghadaman.. kekekkee

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin


pssst: teringin nak hilangkan semua sengketa yg ada... tp......

Khamis, 25 Ogos 2011

sticker rosak

hujan lebatt sgt pagi td...
keluar rumah awal pun, sampai arau.. jem  jugak... so.. 8 lebih la sampai opis.
Tp hati ni lagi disentap2 bila sticker kereta yg menjadi pujaan tu..
berbulan2 aku teringin,.... huhuhu lekang dibawa oleh usapan wiper...
Uwaarghhhh... baru 3 hari pasang!!!!'
tp nak buat lagu mana kan???
Mungkin dah tertulis.."itu bukan rezeki kamu Cda"

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jumaat

aku baru balik soping2 kat The store Kangar...
cukup seronok soping di hari jumaat krn rasa bebas sgt2... 
Kebanyakan pelanggan adalah wanita2 yg tak payah p solat jumaat..
namun ada jugak segelintir suami2 yg terpaksa diheret oleh isteri2 untuk teman soping baju anak2...
sgt2lah cantik gaun budak2.. dan aku telah sambar sehelai gaun untuk Insyirah. esok tak perlu lagi aku ke Padang besar. Jimat petrol... hehehe
Esok bolehla ajak encik somi pergi cari baju raya untuk Irfan pulak...
Jom ronda2 bandaraya Alor Setar!!!

inikah balasan??

inikah balasan seorang anak kepada jasa kedua ibu bapa???
hari tu  tgk kat tv...
mak budak ni ckp anak dia seorang yg cukup2 pemalu....
anak dia hilang ketika pulang dari sekolah...
tp kemarin dgr berita dia berpakat  dgn  boipren utk mintak wang tebusan kat mak ayah dia....

Kepada ibu itu... harap tabah. Ini ujian buatmu....

Belanja mewah sambut Aidilfitri

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUBANG JAYA: Ingin berbelanja mewah sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi dikesan motif seorang gadis berpakat dengan teman lelakinya merancang penculikannya bagi menuntut tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya.
Bagaimanapun, tindakan mereka gagal selepas bapa gadis itu membuat laporan polis sebaik menerima panggilan berhubung wang tebusan berkenaan sebelum membawa kepada penahanan kedua-dua mereka.

Sebelum itu, gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Ameerah Asha Azizan, 17, dipercayai menghilangkan diri dari rumah Jumaat lalu selepas keluar rumah kononnya untuk menghadiri kelas tambahan di sekolah.

Gadis itu dan teman lelakinya ditahan dalam kereta di Saujana Puchong, kelmarin selepas polis mendapat petunjuk ibu bapa mangsa menerima ugutan wang tebusan RM50,000 daripada teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka direman empat hari bagi menyelesaikan siasatan terhadap rancangan penculikan diri sendiri.

“Motif sebenar mereka untuk mendapatkan wang, lebih-lebih lagi dah dekat nak raya ni,” katanya di sini, semalam.


Harian Metro semalam, melaporkan seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu merancang penculikan sendiri bersama teman lelakinya dan berpakat menuntut wang tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya. Sementara itu, bapa mangsa, Azizan Hassan, 40-an berharap sinar Ramadan memberi keinsafan kepada anak sulungnya daripada dua beradik itu dengan tidak melakukan perkara demikian.

“Saya berharap ia menjadi iktibar kepada ibu bapa lain memantau pergerakan anak gadis mereka,” katanya

Khamis, 18 Ogos 2011

org kita

kenapa berat mulut nak ucap terima kasih...
Kalau rasa susah nak sebut tima kasih, boleh ja sebut thank you
belajarlah berterima kasih krn ucapan itu adalah  satu tanda penghargaan...
Biar pun jasa yg diberi cumalah secebis kertas,
biar pun yg diberi hanyalah pertolongan biasa2...
apatah lagi pertolongan yg memerlukan pengorbanan...
ucapan  terima kasih kena ada...
Jgn jadi kacang lupakan kulit...
walaupun tak mintak balasan balik,
cukuplah sejuk telinga dan hati bila ucapan terima kasih terbit dari bibir....


manik baju ke 2 zurini

Cuti smlm menghabiskan jahitan manik2 pada baju raya adik saja...
Irfan kata umi lukis  org ka ni??
Org???
dia kata resakse...ada kepala dan tangan... hahahahhahaa... tinggi  imaginasi  mu wahai anak...

yg ni kat tgn.. simple ja...

Selasa, 16 Ogos 2011

Laporan bergambar

Ada rupa sarjan saji dak???
Abg bersama misai tiruannya...kehkeh... umi suka tgk pic nih..

Adik yg demam.. bgn sahur teman umi dan abah. Sian adik.. kemarin umi terpaksa ambik cuti sbb adik tak boleh nak berjalan atau menapak sikit pun.. sbb lepas kena cucuk 1 thn 6 bulan.. bengkak paha dia.. bleh tahan jugak nooo cucuk last ni...

ptg smlm tolong mak mertua bakar ikan.. canggih kan??? guna kipas angin nak hidupkan api.... hehehhee


anak umi yg sememangnya rajin nak tolong menyibukkk!!!! kipas jgn tak kipas abg Irfan oiii


ikan temenung/ ikan kembung sebelum dibakar... pic lepas bakar lupa nak ambikkk


api ni.. sat2 mati.. sat sat mati....


daging masak merah

Sahur pagi tadi berkesempatan masak daging masak merah...

Lajak jugak encik suami mkn nasik pagi nih... Alhamdulillah.... Kwn2 boleh la try...senang sgt2...

Resepinya:

Bahan2:
Daging yg belum dihiris ( rebus bersama sedikit sirap merah)
l biji bawang besar
halia( dihiris halus)
1 ulas bawang putih
1 batang serai ( diketuk)
1 biji tomato
1 biji cili merah
2-3 helai daun limau purut
sos cili
sos tiram
sedikit garam dan gula sebagai penambah perasa
Daun bawang dan daun sup

Cara:
1) selepas daging empuk, angkat daging dan potong nipis2..dan ketepikan.
2) panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
3) masukkan daging yg telah dipotong
4) masukkan sos cili dan sos tiram
5) masukkan  serai,,
6) perasakan...
7 Akhir sekali masukkan tomato dan daun limau purut...

Sedia utk dihidang... taburkan daun bawang dan daun sup..





Jumaat, 12 Ogos 2011

Hak jiran tetangga....

Bukan tujuan nak mengumpat... tp cuma melahirkan rasa tak puas hati saja...

Adat berjiran kena la jaga....
kata nabi
“ Dan berbuat baik engkau kepada jiran nescaya jadi engkau mukmin yang kamil”
tp seolah2 tak hormati aku sebagai penghuni rumah....
kenapa sewenang2 dan sesuka hati parking kereta dalam halaman rumah aku???
Dah tau rumah kamu sempit...
Dulu elok2 letak 2 biji kereta. Skrg hanya boleh masuk sebiji saja sbb kamu nak rumah kamu cantik sgt kan??
Letak gondola apa bala semua...
Tp rumah aku kau jadikan sasaran letak kereta kamu.
Mulanya aku ingat nak tumpang letak sekali sekala time hujan ke apa...
Tp skrg tiap2 hari.. seolah2 kereta tu aku yg punya.
Kalau mintak izin... walaupun hati aku ni tak suka... aku terpaksa rela jugak bg kau letak kereta.. Tp ni tidak... main selamba badak ja letak...
Rasa mcm aku nak calar2kan je keter kau tu.....
Aku ada  luahkan rasa tak puas hati pada mak aku...
Tp mak aku ckp...
biaq p la....kesian kat org... tp org tu kesian dak kat aku???

Aku masih hormat kamu sebagai jiran aku... Tp jgn sampai rasa hormat aku ni hilang......
Errr.. what  should i do?????

somtam

beli bazar ramadhan ...
makanan kegemaran...tp kenapa  rasa tak mencapai tahap piawaian aku  haa???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
krn asyik melayan somtam inilah....insyirah jatuh smlm....sbb terpijak lantai licin akibat dia sendiri yg tumpahkan air....

Maafkan umi syg..... mesti sakit tak sangga dlm kepala tu....


ini pic sebelum dia jatuh... perkara yg dia suka buat ialah tuang bedak dan tuang susu yg dalam botol tu kat lantai, kat tilam dan kat mana2 tempat yg dia rasa  boleh buat titik...titik....
Ermm... kalau upah titik bedah sejuk agak dia mau dak???/ huhhu

apa nak dikata???

 
Permohonan cuti tahunan tidak diluluskan kerana PEMBEKUAN CUTI REHAT BAGI PERSEDIAAN MINGGU SUAI KENAL SESI 2011/2012 dan MAJLIS KONVOKESYEN KE-6 (oleh jabatan pendaftar)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernyataan diatas adalah amat mengecewakan!!! HUHUHU.. Nak coti Raya!!!!!!!!
NAk balik Kampung!!!! 
camna ni? Asben aku raya ke 3 baru start cuti. Raya ke 4 aku dah kena keja...
Pada  mak tersayang.... ampun dan maaff beribu222222 krn anakanda tak dapat  ikut bonda  beraya dikampung tok iaitu  nenda tersayang...
Mak jgn kecik hati ye??? Bukan niat nak lupakan sedara mara... cumanya.....itulah!!!  bos tak mau approve cuti anakanda...
Padahal anakanda bukan terlibat pun ngn majlis konvo tu... 

p/s: Nasib baik belum buat passport.. kalo tak rugi duit haku!!!!!!!!!! 

Khamis, 11 Ogos 2011

Jejak Ukhwah

Tibanya Ramadhan, ada saja aktiviti yg berfaedah boleh diisi.
Ptg smlm, aku menghadiri program JEJAK UKHWAH di rumah Seri Kenangan, Perlis,
Ini kali ke 2 aku bertandang ke sini.
Bila diri jejak kesini, perasaan sayu  menjengah didasar hati. Melihat warga emas yg  tiada tempat bermanja...hanya kawan2 menjadi teman bicara...
Kenapa ada anak yg sanggup hantar mak dan ayah kesini yg dulunya membesarkan mereka..
Harap dan doa tak putus, hayat aku bersama anak2 tersayang. Sebagaimana aku mengasuh mereka, sebagaimana aku menyayangi mereka...
Dan... perkara pertama  bila sampai kesini, aku akan cari seorang yg aku panggil kak cik.
Kak cik ni kurang pendengaran. Dulu kak cik ni duduk dekat kg mak aku.
Skrg dia dan suami dia dihantar oleh org kampung kesini kerana tak ada  sedara mara atau anak yg boleh jaga mereka.
Teruja bersama Kak Cik...seorang yg penyayang.. habis dicium pipi aku ni..

                                                Untuk disayangi, perlulah menyayangi....

Seronok tgk  pak cik mak cik kat sini gembira bila terima sumbangan... Mulut tak henti2 memberi ucapan terima kasih... Alhamdulillah...Moga si pemberi mendapat barakah...


Selasa, 9 Ogos 2011

juadah sahur

mlm td aku terbongkang awal sampaikan encik suami tak jadi p solat tarawikh sbb anak2 tak da org jaga. Tak tau la kenapa sakit kepala sgt2. cuba tak mau telan panadol tp mata tak boleh lelap jugak... kepala berdenyut. Pukul 11 anak2 dah tidur. Aku bangun masak nasik siap2. takut waktu sahur terbabas.. Tgk2 ayam dlm peti ais belum dibasuh lagi... Aduii... bgn basuh ayam dan goreng  ayam untuk  sahur esoknya.
Lepas tu aku telan  panadol active  fast sebiji. Baru boleh tidor dengan nyenyaknya.
Bangun pagi kul 4.30 pagi dah segar bugar...
So... juadah sahur aku ngn asben semua jenis simple2 je. Pagi ni aku buat ayam goreng kicap. Dlm peti ais ada balance sardin yg sahur kemarin. perangat yg tu la....
ayam masak kicap ....

Tgk encik suami.. nak mkn sambil layan ngntuk...siannya...
"abg nak kuah?"
geleng kepala...
"sardin ni tak nak ke?"
tak mau....
"tambah nasik?"
geleng kepala lagi..."kenyang"

errr... terasa sedang melayan budak2 bangun sahur,,..
tp nak buat camner kan? dah seminggu puasa, selera mkn sahur tu tak berapa nak ada...

Lepas sahur aku akan ambik 2 jenis supplement ni... Multivitamin daily(amway) dan EPO...
Dan 1 biji kurma....


Nota: En somi kata... buat apa mkn vitamin2 ni.... buang duit ja, balik keja tak larat seropa tu jugak... baik  mkn kurma je... Ye ke??? tp aku tetap suruh dia telan multivitamin jugak....

Isnin, 8 Ogos 2011

bubur nasik

sebenarnya nak  tulis ttg  entry ni sblm puasa lagi.. Tp bz la pulak sblm puasa hari tu. Jadi.. hari ni agak free... aku nak menulis ttg bubur nasik yg aku buat ni.
Insyirah tak suka mkn  nasi. So kali ni aku try buat bubur. Bila disuap, dia kata "baby".. Itu maknanya dia kata tu makanan baby. hehe.. Kadang2 Mak ngah dia panggil baby kat dia...
Ha... Bubur ni aku letak susu cair bg menggantikan santan...

Bahan2
3/4 cawan beras
7 cawan air
1 biji kentang
2 ekor ikan kembung( ambil isinya sahaja)
1/2 cawan susu cair @ santan
sedikit garam
ikan bilis (ditumbuk halus)

cara2:
masak  beras bersama air dan kentang.
Setelah kentang agak lembut, masukkan ikan bilis dan ikan kembung.
Jika air hampir kering, boleh tambah lagi air  sbb nak bg lembut bubur tu.
Bila semua bahan dah agak sebati, masukkan susu cair.
akhirnya, perisakan dengan garam secukup rasa.

untuk hiasan:
letakkan bawang goreng dan daun bawang. Kalau ada daun saderi  dan lobak masin lagi besttt.

SELAMAT MENCUBA!!!!

jahit menjahit manik lagi

erm.. cuti 2 hari ni aku habiskan dengan mengemas rumah.. dan menjahit manik kat baju raya adik dan mak aku...
Bling2 la depa raya ni...
Baju aku??? entah la... nak jahit ke tidak....
Kalau rajin aku jahit. Kalau malas... tak jahit. Jom layan pic jahitan aku yg tak seberapa ini...

Baju adik aku ni bercorak2...!st time aku nak memanikkan baju yg bercorak neh..takut tenggelam... Tp cuba la kan???

Ha... zoom sikit

Ni pulak baju mak aku.... simple je. buat kat lengan baju.
Tersenyum mak tgk selepas aku habis jahit. Harap2 dia suka la yeee

ha... ni dari dekat...

ermmm...ok tak?


Ragut lagi...

Kejadian ni berlaku kat kampung mak aku lagi...
Kali ni berlaku pada jiran aku iaitu makcik yang mengajar aku kenal huruf alif baa taa hingga yaaa sehinggalah aku dapat membaca alquran.
Masa kejadian pukul 12.30 tghari. mak cik tu keluar rumah nak buang sampah. Tiba2 dua org lelaki pakai helmet panggil mak cik tu nak tanya sesuatu.
Mak cik tu tanya: Mak cik kenai hangpa ka??
Peragut: Kenai la mak cik..
terus  rentap rantai tgn yg mak cik tu pakai... tergamam mak cik tu.. pas tu jerit2 mintak tlg.
Nasib baik la tak berlaku apa2 kecederaan kat mak cik tu..

Geram ngn peragut2 ni.... keje malas!!!! tau nak ambik hak org lain jaaaa.

Khamis, 4 Ogos 2011

Puasa

Hari ni nak bercerita ttg puasa memandangkan kita berada dalam bulan puasa...

PUASA maknanya Menahan diri dari mkn/minum serta perkara2 yang membatalkan puasa mulai terbit  fajar sidik hingga terbenam matahari.. Ha... tu yg kita kena hafal  nak jwb PMR pendidikan Islam kan?
So... bila dah habis ngaji.. kita dah tak hafal dah.. betul dak??

Perkara2 yg buatkan  puasa kita Terbatal :-


- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
_Memasukkan sesuatu dlm rongga badan contohnya... korek hidung, telinga dan sebagainya,

apa yg pasti... aku tak suka bila ada sesetengah daripada kita masih lagi mengeluarkan perkataan lucah bila bercakap. Sila jaga tatasusila bila bercakap dihadapan sayaa... Huhuhuhu
Sesungguhnya puasa mengajar kita menjaga lidah, pendengaran  dan mata...

Rabu, 3 Ogos 2011

Lihatlah apa yg selalu kita mkn!!!

Uweekkk tetiba rasa nak muntah sbb aku adalah antara penggemar sanwich  yg 4 segi kat bwh tu...
Rajin beli kat pasar mlm masa 4-5 bulan yg lepas di Alor Setar...
Allhu Akbar...
tah apa2 yg dah masuk ke dalam perut kita....
tp harap2 yg telah mkn tu tak mengandungi (benda itu)...

 

 

Kesan DNA babi

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.
TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.
 
KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Dedikasi...

Aku merindui dia...
sehari tak pandang wajah itu, membuatkan aku resah gelisah..
walapun bila bertentang mata...ada saja yg tak kena...
ada saja yg dileteri..
namun bila berjauhan,
aku RINDU.....

Kehkeh... kalau ada sorang kwn aku yg baca ayat ni... mesti dia ingat aku ni demam...

Selasa, 2 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Kepada pembaca2 blog neh...Selamat menyambut Ramadhan Al mubarak...Semoga Kita diberkati dan amalan2 kita diterima Allah....
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...
Sebenarnya agak terkilan dengan pengurusan tempat kerja asben yang menganjurkan kursus masa bulan puasa mcm ni. Teruk jugak la nak kena handle anak2 sorang2... Huhuhu Tp tak pe... ujian kan???
hehehe,... Mulai hari ni sampai jumaat encik suami akan berkursus di Taiping ...
Semoga jiwa ini dan jiwa sahabat2 yang mengenali cda akan dibersihkan dengan datangnya bulan seribu rahmat....Amin...