Khamis, 30 Jun 2011

makaroni goreng.

Pagi rabu tak tau nak  mkn apa buat sarapan. almaklumlah, aku kena sarapan pagi sbb perut ni cepat masuk angin kalau mkn lewat. Godek punya godek dapur tu.. Ha... ada makaroni je.. So pagi tu aku masak la makaroni goreng.
Bahan2:
makarani ( direbus dan ditoskan)
bawang putih( dicincang halus)
serbuk cili.(kalau guna cili kisar lagi bagus)
sosej dipotong
fish ball(dipotong)
kicap
sos cili

cara2:
tumis bawang putih.
masukkan cili
tunggu sampai pecah minyak.
masukkan sos dan kicap....
bila mendidih, masukkan sosej dan fish ball..
bila kuah agak kering, masukkan  makaroni.
Sedia utk dihidang...taburkan daun bawang...

Banjir Kilat

Hari Rabu Kedah dan perlis cuti sempena Israk dan Mikraj. best boleh lepak2 kat rumah. Ptgnya adik ipar ajak keluar teman beli barang2 persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung dia. Dalam pukul 3.30 kami keluar dari rumah. Tetiba hujan lebat turun. Er... mcmmana nak soping erk? dah la aku bawak anak kecik neh...
Mula2 aku ckp kat asben.. kita gi pacific. asben ckp: ni tgh hujan, mesti jem jalan satu lagi... mai kita ikut jalan lain. Setibanya kat kawasan tu.. alamak, air naik laa... tak berani nak redah, ajak dia p Alor Starr Mall pulak.  Keadaan kat sana pun sama.. dah byk kereta yg hampir ditenggelami air. Bukannya bumbung kereta tenggelam ye... tp tayar kereta jerr yg tenggelam.. Hehheeh.. tp tu la... klu aku jadi pemilik kereta2 itu... tak berani jugak la nak start enjin. So.. kami terus balik je la... takut sibuk2 shoping, kereta tenggelam.. jenuh plak.
mau tak mau kena redah jugak la... nak patah balik kereta kat belakang banyak.

tetiba banjir kilat. terasa ohhh mahu banjir teruk lagi ke??? hehhe... boleh cuti panjang lagik.. kekeke


tq Ila...

Tgh sembangf ngn kwn lama.. tetiba dia kata tak de angin tak de ribut dia dapat bonus. Aku saja je melawak ngn dia mintak belanja Mc Donald. Aku berani lawak ngn dia sbb dia jauh. Tak sangka pulak dia betul2 nak belanja. Dia transfer duit utk aku... Terima kasih byk2 ye Ila.. Lain kali boleh belanja lagik.. Hik!hik!hik!...
Sebenarnya dah setahun lebih tak mkn burger Mc D. Dok tgk iklan baru Iklan burger GCB tu mcm sedap... sekali cuba... mmg sedap pun...

Ha.. ni dia burger GCB yg aku teringin tu...

adik yang sentiasa takut dengan benda2 pelik...

Ha.. ni rupa bungkus dia...

dan tak lupa juga Happy meal untuk anak2...
Sekali lagi terima kasih byk2 Ila... Semoga bertambah rezeki kamu.. Amin...

Isnin, 27 Jun 2011

Celcom Broadband mmg BERUK!!!!

 Sangat2lah tak berpuas hati kepada celcom beruk ben ni. Dipendekkan cerita...
Adik aku dapat bantuan Komputer 1 Malaysia. So untuk dapatkan komputer secara percuma kita kena daftarkan diri menjadi pengguna beruk ben.
So 4 hb jun tu adik aku pun daftarkanlah beruk ben dengan harga bayaran muka  RM 70 dan dapatla komputer 1 malaysia ni...(notebook).
Dan mlm tu  boleh la guna beruk ben nih.
dok seminggu heran... komputer yg dapat tu... tak keluar display.sah Display rosak.. Oleh sbb komputer tu dalam warranty lagi..p la tanya cikgu yg uruskan pasal komputer nih. Cikgu bleh  jwb.. Sya tak tahu. Saya cuma tolong bagi borang je.  So, kepada siapakah kami nak adukan masalah ni...
Lepas satu hal.. satu hal lagi menimpa... 4/6 daftar beruk ben..25/6 bil sampai.
Billnya ialah 86 ringgit...76 bulanan dan 10 ringgit charge tah apa2...
Oleh krn tak berpuas hati.. sbb masa promosi tu celcom katapakej bulanan 48 ringgit je.. tp 3 bulan pertama bayar 38 ringgit. Tp bil sampai 78 ringgit.
Sungguh2la tak berpuas hati. Ptg smlm adik aku gi cawangan celcom. Depa kata... Kami mmg cas untuk 2 minggu sekali punya bil. 2 minggu bil 21 ringgit. 2minggu lain 21 ringgit.But...next month, back to normal price: RM48/month. Erkk... entah apa2 punya dungu punya jawapan laaa...Mintak bayar jugak2... kalau tak bayar depa nak block.  Dah la bil sampai awl.. mahal pulak tu...
Bencik ngn celcom sbb tu aku dah terminate line tefon aku. Ada saja agenda tersembunyi.
Tentang komputer satu Malaysia:  apa  agenda tersembunyi bagi bantuan kat budak2 sekolah aku tatau la.... kesian ngn org2 miskin yg tak mampu nak bayar  bulanan beruk bend yg tah apa2...
Kesimpulannya : SAPA YANG UNTUNG???

oh rambut!!

bersama  kwn sepermainan dia..Sudin Alboyos...anak sepupu aku.  Org pertama yg Irfan cari bila balik kampung...

Lihat lah.. Rambut Irfan mcm  digerit tikus!!!!
Itulah kerja Pak su dia ketika aku tinggalkan Irfan seketika untuk pergi cari kain baju Raya... Balik dah jadi  gini. Nak marah pun tak boleh  sbb takut paksu kecik hati. Niat dia nak bg anak menakan dia nampak stylo.. Tp Irfan mcm seronok je... siap buat rambut pacak lagi....
Hurm.. Abah agak tak berpuas hati sbb  rambut anak dia nampak mcm budak2 nakal.. Balik rumah, rambut Irfan kena tarah sekali lagik hampir botak...
Kesian anak aku... Huhuhuhu

Makaroni Sup

Makaroni Sup Ala Cda...

Bahan2:
Makaroni (direbus dan ditoskan airnya)
Carrot(dipotong panjang dan halus)
Ubi kentang (dipotong kecil2)
putik jagung
bebola ikan
ikan bilis (ditumbuk halus)
hotdog(dipotong bulat)
4 ulas bawang putih(dicincang)
sup bunjut
2 sudu serbuk sup
1 sudu Lada hitam (ditumbuk)
1 biji tomato(dicincang halus)
daun bawang

Cara2:
1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai garing.
2) masukkan air.
3)masukkan ubi kentang
4) masukkan sup bunjut dan ikan bilis.Tunggu sehingga mendidih.
5)Masukkan hotdog, fish ball.
6) masukkan carrot dan putik jagung.
7) bancuh serbuk sup dan masukkan ke dalam periuk.
8) perasakan dengan garam secukup rasa, Nak lagi sedap masukkan stock ayam.
9) masukkan tomato.
10) masukkan lada hitam
11) masukkan daun bawang.
12) tutup api dan masukkan macaroni yg telah direbus tadi..


 sup makaroni untuk Irfan siap dihidang. Tak sabar nak mkn. Lapar katanya.

Ini untuk Umi Irfan....

yang ni cara aku. Nanti nak try cara lain yg letak sos tomato.

Penang lagi....

Sabtu lepas kami ke penang lagi. Kali ni sbb nak melawat bapa saudara suami yang menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang. 

Adik ngn abg berebut2 nak duduk depan atas riba umi..mcm iklan grand livina daaaa

abg dengan spek mata...bosan sbb menunggu feri sampai.

tgk2 laut: aku sebenarnya gayat ngn laut...huhuhu

Adik pun takut macam umi. Peluk Mak Ngah dia tak lepas2... betapa takutnya adik.. Sian adik... huhuhu

Pemandangan Feri yang melalui  jalan laut yg sama...

tgk ha.... rambut abg tercacak ditiup angin laut..

Yang ni pulak kami singgah ke rumah sepupu suami di Ayer Hitam untuk solat dan makan2. Insyirah teruja tgk Kuda getah yang boleh dibuat lompat2 ni...Mcm best la pulak.... elastik je....



Khamis, 23 Jun 2011

Tika Dinihari~ Devotees

oh Tuhan ku
tiada indah di mlm yang dingin
melainkan dengan bermunajat kepadaMu
tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepadaMu

oh Tuhanku
 tiada indah hidup didunia
melainkan berzikir dan menyebut namaMu
tiada indah tiba  di akhirat yg abadi
kecuali dengan keampunanMu

Ya Allah ya Tuhanku
Yang merubahkanku
tetapkanlah hatiku
moga sentiasa dlm agamaMu
jua....taat akan perintahMu..

Tuhan.... jgn bebankan kami dengan bebanan yg berat
seperti yg pernah kau berikan kepada umat yg terdahulu dari kami
Tuhan... jgn pikulkan kami yg tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
ampunkanlah dosa2... rahmatilah kami..


psst: Lirik nasyid yg mendamaikan jiwa... Doa yg tak pernah putus dari seorang hamba...

Sifat org yang menghidap penyakit Hati

Td aku godek2 baca artikel, terjumpa satu artikel ni. korang boleh rujuk sini.

Jadi disini aku nak ringkaskan....

Imam AL Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :-

SOMBONG!!!
  1. Kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya_ Org ada PHd pandang org ada master tak pandai, org ada master pandang org ada ijazah tak pandai, orag ada ijazah pandang org ada diploma tak pandai, org ada diploma pandang org ada sijil tak pandai, org ada sijil pandang org yg tak sekolah tu tak pandai... dan begitulah seterusnya.. Itu piramid alam pekerjaan...Pendekkata digelar TAK SELEVEL dengan aku.. Oh... hentikanlah tindakan  anda yg suka menghina org bawah...
  2. kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.- Sesungguhnya kita lalai  dalam menjalankan  perintah Allah...
  3. kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.- Mintak dijauhkan...
  4. Berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.- Yang ni banyak dari kita secara tak sedar, kalau tak puas hati ngn seseorang, laju je mulut nak mengutuk org. Termasuk aku la... huhuhu
  5. berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.- Yang ni pun banyak terjadi dikalangan kita. sikap bermegah2 dan menghina orang lain yang tidak berkemampuan. Allah boleh tarik harta yg dipinjamkan tu bila2 masa je...
  6. kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi_ Kuatnya dia... heheheh. Tp kalau dialam pekerjaan, Kuat atau tidak sesorang itu boleh dilihat pada status jawatan yg disandangnya....
  7. sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api._ Rasa bangga dan mendabik dada.. Aku Hebat.. KO buat mcm tu  ADA AKU KESAH??? ... errr.. sesekali tolong bataskan percakapan yg membuatkan org lain naik muak ngn kiter.
Apa yang penting,  tip2 diatas adalah sebagai panduan supaya kita tak tersasar dan  masuk dalam kategori 7 org yang mempunyai penyakit hati... Tak senang dengan org lain dan tak berpuas hati terhadap tindakan org lain walaupun tindakan org tu bukan memberi kesan pun kepada kita. Tp akibat penyakit hati ni, Kita Lupa siapa kita. ...

jus roselle


Ptg smlm ada seorang kawan bg bunga Roselle.. Katanya boleh rebus buat minum. Pernah juga dgr sebelum ni... tp tak pernah buat pun. Ha... balik rumah terus rebus kelopak2 bunga roselle ni sampai mendidih dan bertukar warna merah....

pic: google je....
 Ha... ni bunga roselle yg siap direbus. Seeloknya tambah gula . Nak minum tuang je. Tp memandangkan kuantiti gula tidak mencukupi, aku tak masukkan gula. rebus kosong je.


 Ha...nak minum, masukkan air gula dan tambah 2 atau 3 ketul ais cube..
taraa...siap.


 ha... ini adalah  brownies pemberian daripada seorang kwn.ada stoberi lagik!..Kak ida Tq, boleh buat buka puasa ptg nanti...

Rabu, 22 Jun 2011

erti sebuah puisi

Apa motif jika hati disandar dan dibelenggu benci,
kemana dilempar sebuah sayu,
pergi berlari mencari erti,
tp  berpijakkah diri di kaki bumi,
Mencari  erti sebuah hakiki?//

Tp apakah salah dia??
dia juga seorang manusia,
yang menjadi penyuluh dikala aku kegelapan,
menjadi pendamping ketika aku keresahan...

Senang bgmu utk melempar tomahan,
Berikan gambaran seribu kejelekan,
Kata2 itu bak halilintar mencari panahan,
Tahukah engkau itu bukan pendirian aku....

Lemparkan Takabbur itu pergi,
jauh jauh tinggalkan diri,
berbanggalah sementara masih didunia,
krn diakhirat sana kita sama sahaja...tiada beza,
beza nya cuma amalan yg kita bawa,,,,

Senyum yg diukir hanyalah penutup dustamu,
Kini hamparan kebenaran sudah bertamu..
Doa kini menjadi bentengku,
Sesungguhnya Dia Maha Tahu,
Syukur Ya Tuhanku....

Selasa, 21 Jun 2011

Kisah Hati~ Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

P/s: Mula2 dengar lagu ni... ingatkan lagu ni dinyanyi oleh beberapa org penyanyi... mmg power suara Alyah ni.. Suka.... skrg jadi lagu tema Stanza cinta...

Roti telur

Hari Ahad petang, encik suami bawak aku ngn Irfan gi joging kat taman Rimba. 2 round je boleh p.. penat sehh.. lama tak joging. Balik joging lapar la pulak. Masa tu dah maghrib.. tetiba teringat nak buat roti telur. Simple je resepinya...





Bahan2:
5 keping roti gardenia
2 biji telur
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit mentega untuk menggoreng/membakar.
Cara2:-
1) Pukul telur hingga agak kembang.
2) Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
3) Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Kalau tak de mentega... minyak masak pun boleh.
4) Salutkan roti dengan telur.
5) goreng/ bakar dalam kuali yg dah dipanaskan dengan mentega tadi.
6) ulangi langkah tadi sehingga habis roti. Begitu juga dengan mentega.. oleskan mentega pada kuali setiap kali untuk menggoreng/membakar roti.
7) Angkat dan bolehla diletakkan jem strawberry atau sos kalau nak peda. Ikut citarasa masing2...

Itu tgn Irfan.. sudah tak sabar nak mkn... lapar punya pasal

Air asam

Cuti hujung minggu mcm biasa ...balik kampung. Mak aku kata ada ikan pari, tapi tak tau nak masak apa. So aku kata.. kita bakaq dan buat cicah ayaq asam je la... Kat sini aku nak share resepi air asam yang aku buat nih...


Bahan2:
Sebiji bawang besar dipotong2..
8 biji cili padi (cabai melaka) juga dipotong halus
1 ketul belacan- dibakar dahulu
sedikit air perahan asam jawa- seeloknya guna air yg telah dimasak
sebiji limau nipis
1 sudu besar kerisik
gula & garam secukup rasa..

Cara2nya:
Belacan yang telah dibakar tadi dilenyek2 menggunakan sudu garfu. kemudian belacan yg sudah dilenyek dicampurkan bersama air perahan asam jawa.
masukkan gula dan garam,
masukkan kerisik
kacau bagi hancur.
Perahkan asam limau.
Tuang air asam yang telah disebatikan tadi ke dalam mangkuk yang berisi bawang dan cili.

Note: Kalau ada tomato lagi best....
enak digunakan untuk mencicah  ikan bakar..

ikan pari yang telah dibakar. Huduh sikit rupa dia.. sbb kulit daun pisang masih melekat ...

Selamat mencuba!!...

lok laq

Pagi ni aku bangun awl.. so keluar rumah pun kira awl laa.. almaklumla, sekolah dah bermula,. kena keluar rumah  pukul 6.45.. boleh la bawak keter relax2 sambil menikmati keindahan pagi..tak de la rushing semacam je kan?
Sampai arau, aku dibelakang aku ada kereta myvi. Aku dah cam plate number myvi nih..KBW4*11(perempuan)... Dari dulu hingga kini mmg dok nampak sedikit kekalutan dia. So, aku buat tatau je la ngn keter ni. Masa kat arau, kereta ni dok depan aku.lorong kanan. Aku terdetik dalam hati. "Eh! keter ni bukan  akan masuk ke sekolah yg terletak kat kiri jalan ke? napa dia  dok lorong kanan ek?" dalam dok kata tu, tgk terus dia bagi signal dan terus masuk  ke dalam sekolah agama. 2 atau 3 biji motor terpaksa mengelak masuk lorong lain.. sebijik motor tu brake menyenget... Hadui.. kenapa tergesa2 sampai mcm tu?
dah tau nak masuk sekolah, lain kali sila ambik jalan kiri tu siap2... Dok terfikir jugak dalam hati.. mau kata dia terlanggar org tadi, Aku nak turun tolong penampaq sedas sbb byk kali dah dia dok buat lok laq mcm tu kat jalan. Dah tau awk tu lewat, lain kali keluar awal sikit. Aku andaikan dia ni cikgu sbb masa ni jam menunjukkan pukul 7.40 pagi...
Aku boleh cam plate dia pun sbb dulu hampir2 dia langgar mak cik ngn anak mak cik yg tengah lintas jalan. Masa tu pun aku dah naik kecut perut... sebab kejadian depan mata....Kepada pemandu berkenaaan.. harap2 insaf sebelum terlambat...huhuhuhu

Jumaat, 17 Jun 2011

hampir nak langgar keter org

Pagi2 lagi aku dah hantar kak murni kat opis dia.. memandangkan gate belakang ni mmg dah ditutup, aku dengan yakinnya... masukkan gear reverse dan undur belakang. Tetiba je aku dengar hon. PINNNNNNNNNNNNNN.. Aku terus brake. Masa brake tu baru sensore keter bunyi. Hurmm.. dalam hati.. matilah aku.. langgar keter org. Jenuh.... Tp beberapa saat kemudian, kereta myvi oren itu telah bergerak meninggalkan tempat kejadian. Ini bermakna tak kena pun kereta dia. Alhamdulillah... terselamat daripada menegeluarkan duit nak bayar kereta org yg kemek. Totally salah aku kan? sapa suruh tak tengok betul2 td. Nasib baik tuan empunya kereta tu hon.. klu tak.. aku dengan yakinnya akan gi  langgar  sisi kereta dia.
Tp yg aku heran.. kenapa dia berhenti belakang aku ?  dah tau aku  tgh undur.. ko masukkan lah gear tu n jalan terus,,, ni ko pun berhenti jugak. Mcm redha untuk dilanggar je...
Tp mungkin jg org tu ingat aku tgh parking kot... Hurmmm berbagai2 kemungkinan..
Apa pun aku bersyukur krn tak de apa2 yg tak diingini berlaku... AMin..

Selasa, 14 Jun 2011

jumpa boo n patin


Kemarin berkesempatan jumpa  dengan kwn alam maya kami. Kami kenal dalam satu forum. Lepas tu masa pasangan ni kawen pun.. kami hadir ke majlis mereka. Dengar je depa nak datang Perlis, Terus je atur plan nak jumpa... Boo sempat lagi cari gym kat putra palace. Katanya mahal la... RM 10 untuk 1 jam. Kalau kat KL...RM4 je...
Heheh... Boo..ni gym kampung je....tu yg mahal.. kekeke
Lepas je diorang gi gym, kami bawak depa  mkn kat anjung keli. Elis dah kenyang... mkn tapai je laa...
Sempat jugak la borak2 pasal  family , pasal negeri perlis yg indah lagi mempesona nih...(hehehehe), tp kejap je la sbb lepas ni ada aktiviti lain pulak yang depa nak ikut.



 bergambar kenangan sebelum berpisah... ct, shitah,cda n elis.. yg tgh peace tu,.. iman yg comei..kwn Irfan. Bila balik rumah tunjuk gambar ni kat Irfan, Irfan tanya: Umi, ni kawan abang kan? ingat lagi dia...masa sama2 mandi kolam kat apartmen elis 2 tahun yg lepas.



iman bergambar bersama uminya...


ha.. ini daddy boo bersama aliff . Semangat budak ni. mcm bapak dia jugak...hehhehe

adik abg

Aku belum pernah upload video dalam blog aku. Kali ni aku nak cuba masukkan video pulak.
Video ni dirakam oleh asben aku selepas aku mandikan anak2 dan belum sempat budak2 tu pakai baju pun. Sempat snap gelagat adik yg terkejut dengan abg dia yg suka mengusik bg adik terkejut dan takut. adik pulak kalau terkejut atau takut, automatik dia akan lempang abg dia....and terus lari... sungguh mencuit hati kami...
Anak2... kaulah permata hati  umi dan abh.  Semoga terus membesar menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Amin....

Jumaat, 10 Jun 2011

Evening primerose oil

 Sebagai menyahut kempen Pn Lily tentang pentingnya pengambilan supplement terhadap badan kita yang dah semakin menginjak usianya, tghari tadi sempat singgah watson dan sambar satu vitamin. Ha... namanya Evening Primrose Oil (EPO). Ambik jenama Kordel's sbb jenama ni lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Keluaran Blackmores.  Apa salahnya mencuba kan....
Aku try google2 tentang kebaikan vitamin ni...Antara khasiatnya adalah untuk:

1) kecantikan kulit.- muda dan berseri.
2) Mengawal atur kitaran period.
3)Mengurangkan simptom putus haid-panas bdan, peluh sejuk, kekeringan dot dot
4)Memperbaikan rambut yg rosak
5) melegakan kegatalan kulit kepala
6) Menguatkan kuku - kalu kuku jenis yg suka mengerekot atau mudah patah/ rapuh katanya sesuai...
7) Melegakan sindrom sebelum Haid (PMS).- sakit kepala, senggugut..Hurr..hur... aku mmmg  akan alami sakit kepala time PMS ni....

Oleh itu, Apa salahnya mencuba kan??? hehhe...

Khamis, 9 Jun 2011

Thanks ALIMAZ...

Jutaan  terima kasih buat sahabat aku saudari Siti atau lebih dikenali dengan Alimaz...
krn byk membantu mempromosi dan membangunkan semula blog aku yg dah runtuh dulu....
Jasa kamu aku hargai. Kali ni  hg bantu aku.. kedepan2... aku bantu hg. Klu aku tak dapat bantu hang, Hanya Allah yg dapat membantu hang... Amin...

Rabu, 8 Jun 2011

wednesday word

Walau dimana aku berada, aku masih kenal diri aku siapa...
walau dicampak ke dasar lautan paling dalam...aku masih memberi harapan agar aku dapat berenang ke permukaan...Begitulah diibaratkan diri ini.. yang cuba bangun kembali dan menjadikan pengalaman paling berharga yg aku kutip sepanjang perjalanan yang telah aku tempuh...
Syukur PadaMu ya Allah krn dipermudahkan dibukakan  segala pintu Rahmat Mu,,,
Semuanya adalah Ujian Bagiku....

Baru selesai sesi pendaftaran... Terpaksa ajak kwn2 p cari kasut baru... Kopakkk!!! dalam dok jimat2, kasut yg sedia ada nak terkoyak la.... Tp Ok la...a aku dapat ganyah dia hingga ke titisan terakhir... hehehehe...


Tgk la jenama kasut...Beli kat cmart RM22.90 je... hahah.. tgk boleh bertahan berapa bulan pulak kali ni.  Kasut yg ni sebijik mcm kasut ct. Selalu kami akan berkenan benda yg sama. Sejak zaman anak dara lagi suka beli barang yg serupa. Hingga la skrg, klu beli baju anak ke, kdg2 baju mak...terbekenan fesyen yg sama.. cuma kdg2 terpaksa ambil  warn ayg berlainan.. takut org panggil boria....

Jumaat, 3 Jun 2011

sakit hati

Aku masih lagi belum dapat membersihkan hati ini...
Rasa sakit hati atas perbuatan org yang dengki dan khianat terhadap diri aku yg dulu hampir padam.. kini kembali berapi....
Kenapa? kenapa? kenapa?
Aku harap Tuhan bukankan pintu hati dia untuk kembali ke jalan yg di redhoi....
Dan sesungguhnya Allah itu adil.... Setiap perbuatan pasti ada pembalasan
Ya Allah... kau peliharalah hati anugerah teragung yang telah engkau anugerahi Buatku....
Aku tak nak  sekeping hati ini dicalari dan dipenuhi titik2 hitam.... AMin...

Khamis, 2 Jun 2011

Perlukah aku cermin lagi?

Aku Masih Lagi berpijak dibawah...
Dibumi Yang Allah ciptakan aku dari sebahagiannya....
Walaupun Langit Tinggi aku selalu melambai2...memanggil2 aku kesana...
Aku sedar, Aku hanya lah seorg Kuli.. Ya.. Kuli seperti kau Jugak ...
 Ya... Kat rumah aku ada  cermin, Kat Bilik air ...kat ruang mkn, semua ada cermin, Dan cermin itu selalu membiaskan kembali cahaya kepada aku.. supaya aku sedar siapa aku.
Ya....aku tahu kelebihan aku, aku tahu kekurangan aku....
Dan KAu juga tak layak untuk berkata begitu kepada aku krn kau juga sama seperti aku.
Dan... hidup ini umpama roda. Kadang diatas, kdg dibawah.   Tak selamanya kita diatas.

Rabu, 1 Jun 2011

Irfan dah start baca muqaddam

Mula2 ingat nak ajar sendiri. Tp aku ngn asben surrender  la... Dia tak mau ikut baca.
Memandangkan Mak mertua aku ajar budak2 kampung mengaji alquran, Aku suruh mak ajarkan Irfan sekali. Sebelum2 ni ada jugak suruh Irfan mengaji ramai2 ngn budak2 tu.. tp dia tak mau...asyik nak kacau org mengaji... ajak main je lebih. Kebetulan minggu ni ada sorang budak baru masuk mengaji. Usia dlm 6 thn. So Irfan suka ikut budak ni( pompuan). Aku saja je cabar dia... Irfan ngn kakak tu sapa lagi pandai?
Irfan Jwb.. Mestilah Irfan...
" Kalau Irfan pandai.. lawan la baca Alif..ba...ta.. ngn kakak tu"
"Ha...nak. Jom balik mandi... pakai kopiah"
"eh! senang pulak budak ni..."
 Tp smlm lepas solat maghrib... aku p la tgk apa yg dia buat.. Ha....kat meja, tgh diajar alif hingga ya...
Hurm.. tu untuk mlm tadi... Mlm ni tatau mcmmana lagi....